Tanpa kusedari, anak saudara lelakiku yang dilahirkan pada 11/11/2018 ketika aku sedang berjuang mati matian (ptuihh) di universiti sudah menginjak umur tiga tahun.
Setelah tiga tahun menjadi anak bongsu, tiba masanya untuk Abdurrahman bertukar status sebagai abang. In shaa Allah berkuatkuasa pada April 2022. Doakan.
Perangai masih seperti seorang tipikal adik yang tak mahu kalah dan gemar merebut barang yang dimain oleh kakak Iman. Tapi tak apa. Keadaan itu akan dirasainya juga bila mempunyai seorang adik nanti. Rasakan!
Keadilan untuk Iman!
Keadilan!🇲🇾
ReplyDelete👀
Delete