Monday, November 1, 2021

Klinik Gigi

Semalam 31/10/2021, saya dan Syahadah ke klinik gigi untuk buat rawatan gigi dia. Hanya seorang saja yang boleh masuk bangunan jadi saya tunggu dalam kereta lah. Boleh tahan lama juga lah saya tunggu. Dia keluar dengan mata merah. Hihi dia menangis!

Sebabnya Syahadah tak pernah rasanya buat rawatan gigi sepanjang 19 tahun hidup. Ini pertama kali. Mungkin terkejut lah kot kena tampal sebab ngilu kan. Kena bayar RM18 tapi ada hamba Allah yang mulia tolong bayarkan iaitu Ustazah Normah kawan Umi. 

Syahadah kena scaling juga. Saya pun pernah buat tapi di universiti tahun 2015. Tak sakit tapi berdarah lah. Haa saya sebenarnya excited sebab pertama kali menjejakkan kaki ke klinik ini sebab baru buka. Dulu dekat bandar Rantau Panjang. Kecil saja tempatnya. Nak parking kereta pun payah. 

Klinik baru ni sangat besar dan banyak tempat parking. Jadi tak susah hati sangat lah setiap kali nak parking kan. Lagi pun tempat ni dekat saja dengan rumah saya. Tak sampai 5 minit sudah sampai. Okaylah sampai di sini dulu blog saya kali ini. Bye!

1 November 2021 (Monday)

No comments:

Post a Comment