Friday, November 19, 2021

Jejakkan Kaki Di Rumah Kakakku

17/11/2021

Abah, Umi, Angah, saya dan Syahadah bertolak ke Negeri Sembilan untuk ke rumah kakak saya pada pukul 11.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.30 malam selepas berhempas pulas dengan jam. Akhirnya kami dapat jejakkan kaki ke rumah kakcik dan abe cik! Alhamdulillah. Dah lama dia ajak tapi tak berkesempatan. Sekarang baru dapat peluang itu. Hihi. 

Cantik sangat rumah kakcik! Cantik sangat sangat. Tak tipu. Malam malam lepas Mahgrib ada budak budak datang mengaji. Comel sangat! Cerdik sangat budak budak tu. Sukalah mengaji dekat rumah ustazah ni sebab banyak chocolate dan gula gula. Boleh melukis juga. 

18/11/2021

Hari ini lepas selesaikan beberapa perkara yang perlu dibuat, saya dan keluarga ke rumah Maklong iaitu kakak Abah di Bukit Mahkota. Sekejap saja sebab dah Maghrib. Tapi sempat lah berborak dalam sejam juga. Kesian Maklong penat balik sekolah dan uruskan cucu. Paklong pun ada. Comel sangat Ariq cucu pertama Maklong.

Petah betul dia bercakap. Sempat lagi kami buat origami sekali dan coloring. Excited dia cerita Cikgu Ching ajar dia buat origami. Lepas tu dia tunjuk 'pokok hantu' dekat saya. Dia tunjuk jalan semut yang dia buat juga. Comel kan? Masa kami nak balik dia nampak macam sedih. Hihi. Saya pun rasa sayu nak tinggalkan dia. Harap ada rezeki boleh jumpa lagi in shaa Allah. 

Balik saja, saya dan Syahadah main di taman permainan depan rumah kakcik. Excited benar Syahadah sebab dah lama dia teringin nak main. Macam lah dekat rumah kami tak ada permainan macam itu. Hmm memang tak ada pun kahkah. Okaylah sampai di sini dulu coretan blog saya yang random ini. Bye!

P/S: Yang sedihnya Mukhlisin tak ikut sebab dah kena masuk asrama. Tapi tak apa. Asalkan pelajaran dia terjamin. Lagipun dah lama dia kelas online. Nak juga dia bercampur dengan kawan kawan dan mengaji dengan ustaz secara face to face. Saya reda.

19 November 2021 (2.27 AM)
Di ruang tamu rumah kakcik.

Budak budak mengaji sambil melukis.
Di klinik untuk buat swab test Angah.
Posing depan kedai motor.
Bahan bahan memasak.
Gula gula dan bahan untuk buat air.
Rempah ratus.
Ruang kerja Kakcik.
Bersama anak sepupu, Ariq yang comel dan bijak.
Bila orang lebih umur excited main buai beginilah rupanya.
Saya matang. Saya tak main buai.

Bersama Paklong dan Maklong.

No comments:

Post a Comment