Monday, November 22, 2021

Raya Terakhir Mek

Assalamu'alaikum W.B.T. Tadi saya tengok gambar lama lama, saya teringat Mek dan Ayah iaitu ibu bapa Umi saya. Ayah dijemput Ilahi pada 3 Mac 2011 dan Mek pada 17 Januari 2014. Saya rindu sangat dekat Mek dan Ayah. Saya boleh dikatakan rapat juga dengan mereka sebab saya selalu tidur di rumah merekadan ikut ke mana mereka pergi. Tapi saya terkilan sebab tak banyak yang saya berjasa pada mereka sebab dulu saya kecil lagi dan Mek Ayah dah berusia. 

Semoga roh Mek dan Ayah sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan tinggal dalam syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T. 

P/S: Gambar di atas adalah gambar raya terakhir Mek iaitu pada 2013. Keluarga saya tak ada sekali masa tu dekat rumah kakak sulung Umi. Kami pergi masa lain sebab kami balik beraya di Pahang.

Petang raya sebelum kami bertolak ke Pahang, kami singgah ke rumah Umi Besar, kakak sulung Umi. Saya tak pasti Mukhlisin duduk dekat mana masa ni. Mungkin dia tidur. 

Okaylah. Sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Saya akan sentiasa merindui Mek dan Ayah. Mereka sangat baik dan sabar dengan kerenah saya. Love you Mek dan Ayah. Sentiasa dalam doa saya. 

22 November 2021

No comments:

Post a Comment