Sunday, December 31, 2023

JUMPA ANIS DI AIRPORT


Punyalah masa cuti 2 minggu itu hari rancang nak jumpa di Pantai Genting. Namun qadarullah hujan lebat, stall pun tak buka. Jadi tak ada rezeki jumpa di sana. Sekali, tadi masa beratur nak naik flight, terjumpa Anis! Punyalah excited tapi tak sempat borak apa apa sebab dah nak kena naik flight. Nasib sama flight sebab Anis dia transit 2 kali. Sekali di KLIA, sekali di KKIA. 

Sampai di KLIA, bercerita sakan dek. Duduk pun tidak, bercakap tepi kedai haha. Itu menunjukkan banyak sebenarnya cerita yang nak disampaikan oleh kami, update itu ini haha. In shaa Allah cuti akan datang kalau ada rezeki boleh lah berjumpa di Kelantan ya. Nanti nak jalan jalan di Pantai Genting. Nampak meriahlah jual itu ini. Yang paling penting nak makan aiskrim dalam kelapa.

Saya sekarang masih di KLIA, menunggu flight untuk ke KK jam 10.15 malam. Ramai geng cikgu saya jumpa di sini. Rasa lega. Hiks. Kakda dan Basirah ada sekali alhamdulillah. Takdelah saya sunyi. Saya sebenarnya excited sebab ada guru PAI baru lapor diri di sekolah kami. Boleh lah kita berbagi bagi jadual ya ustazah baru. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. 

KLIA.
Tepi Basirah. 

Saturday, December 30, 2023

POKSU SHIN LEGEND


Gempak ke tidak Poksu kau Muhammad. Jangan main dengan Ahmad Mukhlisin. Cara duduk pun tahu sudah berkarisma atau tidak kahkah. Dia duduk gaya macam orang zaman dahulu kala itu. Shin adalah ketua kelas 4 Abu Bakar yang berwibawa, mungkin. Tapi kalau para pembaca boleh close up itu gambar, terpampang lah jam biri biri dia pakai haha. Sebanyak banyak jam itu juga dia pakai. Entahlah. 

Poksu Shin memang seorang yang sangat unik ya. Botol air pun bukan biasa biasa dek. Botol air sirap legend juga dia guna. Dia punya kuantiti boleh diminum oleh tiga orang dewasa untuk tempoh seminggu. Beg sekolah dia selagi boleh pakai selagi itu lah dia pakai walaupun tali sudah putus sebelah. Ada selipar yang cun, yang kartun warna hijau berkulat berlumut itu juga lah menjadi pilihannya. 

Itulah sedikit sebanyak keunikan Mukhlisin. Syahadah lebih tahu lah sebab dorang lebih rapat. Semoga Adik menempuhi peperiksaan SMU dengan tenangnya dan memperolaeh keputusan yang cemerlang serta menjadi pelajar terbaik. In shaa Allah 10 mumtaz dalam genggamanmu. Namun kalau tengok cara belajar sekarang, entahlah nak. Okaylah sampai di sini dulu coretan dan umpatan saya tentang Poksu Shin.

P/S: Tips untuk nampak lagi gempak dalam gambar adalah kau jangan senyum. Serious itu penting. Itu yang saya belajar daripada Mukhlisin. By the way, tahniah Adnin bakal menimang cahaya mata pertama tahun depan in shaa Allah. Saya tahu pun daripada Rabiatul yang datang melawat Muhammad tadi petang bersama Rajni. Tahniah juga Suhada sudah bergelar ibu! Besar sudah kawan kawan saya semua. Bye! 

Rantau Panjang, Kelantan.

Friday, December 29, 2023

HEALING DI MYDIN MALL BERSAMA ABAH DAN UMI

Muhammad dan Abah 💞
Muhammad dan Umi 💖
Saya Muhammad Wildan 👶

Kemarin, lepas Abah dan Umi Muhammad mengemas rumah Tokbah Tokmi, kami pergi healing di Mydin Mall. Hiks. Menyempat betul Abah dan Umi saya kan. Bukan sekejap kami di sana. Saya dan Umi teman Abah makan ayam penyet. Umi saya pula mabuk alat tulis. Kalau boleh semua benda mahu dibelinya. Saya pula apa lagi saya boleh makan selain susu. Itu sajalah makanan saya sekarang. 

Masa Umi tengah pilih pen, tiba tiba ada orang panggil, Sya! Rupanya kawan Umi saya, nama dia Kakda. Saya tak tahu nak panggil apa dekat Kakda sebab kalau panggil MamaDa, terbatuk yang duduk di UIA sekarang kahkah. Itu MamaDa kesayangan saya. Kalau Kakda yang Umi saya jumpa, kawan Umi di Sabah. Panjang pula jadi cerita saya hiks. 

Saya suka stroller yang Abah dan Umi belikan. Tapi kalau lama sangat baring dalam stroller, saya rasa bosan. Saya buat buat menangis, Abah atau Umi akan dukung saya. Hihi. Saya pula suka memerhati sekeliling. Macam Umi saya pula. Hiks. Dua kali saya minum susu botol. Dalam kereta baru saya minum susu Umi. Pergi Mydin Mall jam 3.30 petang, balik jam 10 malam. Sekian. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, December 28, 2023

OPERASI MEMBERSIH RUMAH


Setelah dua hari di PPS SK Gual Tinggi, akhirnya dapat kami kembali ke rumah alhamdulillah. Air pun makin surut. Boleh lah kita start mencuci rumah. Saya sangat bersyukur kerana air banjir tidak jadi naik atas rumah. Segan kali. Hiks. Naik pun di dapur dan tandas sahaja. Jadi senanglah alhamdulillah kami mencuci. 

Saya dan Abah Muhammad balik dulu check paras air dan switch on plug peti dan Cuckoo. Terus kami buat apa yang termampu seperti kemas bilik kami, kembalikan barang ke tempat asal dan mencuci dapur. Saya enjoy sangat dapat buat dengan Abah Muhammad. Setelah hampir 2 jam, kami kembali ke sekolah untuk ambil Umi, Mukhlisin dan Muhammad serta barang yang berbaki. 

Kami balik menggunakan kereta yang berbeza iaitu kereta Myvi, Aruz dan Saga. Saya drive Myvi, Umi drive Aruz ditemani Adik dan Muhammad, Abe Dailamie drive Saga kereta kesayangannya. Hiks. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Secara keseluruhannya, pengalaman pertama saya di PPS adalah agak menarik sebab kami stay di bilik guru kahkah. Okay bye. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Wednesday, December 27, 2023

SELAMAT TINGGAL DANIAL


Seriouslah Danial, perkara yang pernah dibualkan satu ketika dahulu di kantin akhirnya berlaku jua. Danial dapat bertukar ke Kota Kinabalu, bertugas di sekolah baru in shaa Allah pada 2 Januari 2024. Tiada sudah geng Kakda dan Sue. Selalu lepak di meja mereka. Kiranya majlis perpisahan Cikgu Meijil tempoh hari adalah kali terakhir kami berjumpa. Semoga Danial sentiasa cemerlang dan cool, sentiasa menjadi favorite pelajar. 

Memang ini yang Danial mahukan. Bukan senang berjauhan dengan isteri. Hanya sekali seminggu bertemu. Tambah pula dengan kesihatannya yang kurang memberangsangkan. Tambah lagi dengan kabel besarnya haha. Tak apa Danial, kami okay saja kahkah. Asalkan kau bahagia. Danial cakap kalau duduk sekali dengan isteri, baru dia akan fikirkan perancangan untuk mendapatkan zuriat. In shaa Allah yang terbaik untuk kamu. 

Tiada sudah kelibat yang selalu mengusik kami. Danial adalah seorang yang sangat suka mengusik namun sangat sensitif bila diusik. Ish tak cool langsung lah kau haha. Tapi tak apa. Saya okay saja sentiasa dihina olehnya haha. Saya tahu dia sentiasa bergurau. Cuma kita tak boleh bergurau dengan dia. Kalau bab IT memang dia number one. Bakat dia adalah melukis di ipad. Itu adalah pendapatan sampingan dia. Melukis ikut klien minta. 

Sampai di sini dulu coretan saya. Saya tahu ramai bersedih dengan perpindahan Danial lebih lebih lagi Kakda dan Sue, apatah lagi anak anak muridnya yang tersangatlah meminati Sir Danial. Lepaskanlah Sir Danial kau. Memang dia nak pindah pun. Bukan dia fikirkan perasaan kau haha. Yang penting semoga sentiasa buat yang terbaik seperti yang biasa kamu buat. Kehilangan besar juga namun demi kebaikan dirimu. Semoga baik baik saja. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Tuesday, December 26, 2023

BANJIR 2023

Poksu enjoy betul main banjir.
Hero untuk hari ini tolong call bomba.
Sikit lagi air masuk ruang tamu.

Banjir tahun ini boleh dikatakan paling teruk dalam sejarah hidup saya. Dulu mustahil air akan menjejaki bahagian garaj. Namun sekarang begitu saja dia naik ya. Ia bermula pada tahun lepas bulan 3. Seumur hidup saya menetap di rumah ini sejak tahun 2007, tidak pernah air banjir membolosi dalam rumah, namun qadarullah sekarang 3 kali sudah banjir air naik atas rumah.  

Baru lah saya dapat merasa perasaan rakan rakan yang seumur hidup mereka mengalami perkara ini seperti Rabiatul, Rajni dan even Abah Muhammad. Hiks. Kita yang baru 3 kali air naik rumah dah rasa nak give up, apa lagi mereka yang saban tahun menghadapinya. Anda semua orang yang hebat. Tapi ada hikmah juga. Mana lah saya pernah merasa main air banjir sebelum ini. Tapi sekarang jeng jeng jeng. 

Disebabkan ada Muhammad bersama kami, terpaksalah kami berpindah demi keselesaan anak kecil ini. Elektrik pun dah terputus, air pun naik atas rumah, apa lagi. Angkat kaki lah kami berpindah ke sekolah tempat pemindahan iaitu sekolah Umi saya. Tapi kami stay di bilik guru. Besar kabel saya kahkah. Alhamdulillah Muhammad pun nampak selesa di sini. Ada aircond lagi. Tandas pun selesa. 

Haa nak tahu siapa yang datang selamatkan kami? Polis! Nampak air dah nak naik atas rumah dan tidak menunjukkan tanda untuk turun, Abah Muhammad menelefon 999 untuk meminta bantuan. Terima kasih Abah Muhammad. Lama juga lah kami menunggu mereka sampai. Katanya tunggu turn. Selesa sangat naik bot polis. Abang polis pun yang masih sihat dan muda lagi. Pandai dorang handle bot. 

Sampai di Cabang Empat, kami turun bot naik kereta polis. Kami tu adalah saya, Umi dan Muhammad berserta barang kami. Bot pergi lagi sekali ke rumah dan angkut Abah Muhammad, Mukhlisin dan barang barang lebihan. Muhammad kecil kecil sudah merasa pengalaman begini. Alhamdulillah. Nasib baik kereta semua kami dah pindahkan awal awal lagi. Dua kereta letak di sekolah Umi dan satu di Petron. 

Begitulah pengalaman banjir untuk tahun ini. Harapnya tahun mendatang tiada lagi begini ya. Walaupun ia pengalaman yang menarik, namun tidak lah ku pinta ia berlaku lagi. Semoga Allah lindung kita semua daripada bala bencana dan segala kemudaratan. Allahumma aamiin. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Stay safe ya semua. Okay bye. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Friday, December 22, 2023

MUHAMMAD DI RUMAH POKCIK MOKCIK

Help me Umi, I'm lonely!
Khusyuk betul para anak buah ya.
Para ibu bapa di sini semua bercerita.
Uwais dan Hakim berkongsi pengetahuan.

First time Muhammad menjejakkan kaki ke rumah Pokcik Mokcik kan. Macam salah saja guna menjejakkan kaki kan. Apa eh yang betul. Haa mungkin first time Muhammad memasuki rumah Pokcik Mokcik secara official. Dulu pernah lah masa masih dalam perut Umi beberapa kali juga datang sini. Terima kasih Pokcik Mokcik sudi menyambut kedatangan kami semua. Menjamu kami makan dengan makanan yang sedap semuanya. 

Walaupun mereka sibuk dengan kertas exam yang perlu ditanda. Tersangatlah baik mereka ini alhamdulillah. Kami di sana lama juga. Dari lepas Jumaat hingga lah jam 10 malam baru pulang ya. Tuan rumah pun dah merah mata mengantuk haha. Ada keluarga Pokteh Mokteh, Pak Ude Mak Ude, Paklang Maklang dan keluarga kita alhamdulillah. Ada keluarga Pokcik Mokcik obviously lah sebab mereka tuan rumah kan kahkah.

Masa begini lah kita semua dapat berkumpul, masa cuti sekolah. Almaklumlah mereka semua adalah para pendidik kan. Suka lah Ma dapat berkumpul dengan anak anak. Terubat kerinduan Ma terhadap mereka. Nampak Ma lebih sihat bila cuti sekolah. Cuma sedih juga lah sebab keluarga Poknik Moknik tiada sebab tidak balik. Mereka sekarang di Sabah. In shaa Allah cuti bulan 2 mereka akan balik. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, December 20, 2023

MUHAMMAD DI TERENGGANU


Assalamu'alaikum WBT. 

First time Muhammad datang Terengganu berjalan jalan makan angin dengan Abah dan Umi. Best tak Muhammad? Hiks. Setelah 10 bulan, akhirnya kami kembali ke sini. Last kami stay di sini adalah pada bulan 2 masa Abah Muhammad belajar di IPG. Ketika itu Muhammad masih di dalam perut Umi. Belum pandai menendang lagi. Mungkin dalam 4 bulan kali. 

Sekarang masa tukar pampers sibuk menendang Umi ya budak bertuah ini. Masa dalam perut, kita yang sibuk suruh dia tendang haha. Okay kembali kepada cerita kita, kami berada di sini untuk 3 hari 2 malam. Menetap di Hotel Adi. Boleh cakap lebih 5 kali lah blackout di hotel haha. Tapi tak apa. Alhamdulillah Muhammad sangat supportive. Tak menyusahkan Abah dan Umi untuk tidur. 

Budak ini kalau dalam aircond settle terus dia punya masalah. Almaklumlah lahir pun dalam suasana aircond kan kahkah. Okay gurau. Sempat dia bertummy time di hotel. Ada kami singgah di beberapa tempat yang boleh kata nostalgik lah untuk Abah dan Umi Muhammad. Hiks. Mengimbau betul. Padahal last kami dekat sini belum sampai setahun pun tapi rasa lama sangat. 

Antara tempat yang kami singgah adalah Pantai Penarik, Pantai Batu Buruk, kedai keropok ikan ssaje, restoran Ana dan beberapa lagi tempat lah. Malas lah saya nak mention semua hiks. Secara keseluruhannya saya sangat enjoy lah alhamdulillah. Muhammad pun macam selesa juga di negeri yang indah ini. Abah Muhammad apatah lagi. Begitulah ceritanya.

Kalau ada rezeki lagi, boleh lah kita singgah di Terengganu lagi ya in shaa Allah. Memang banyak tarikan negeri ni saya tak nafikan lah. Awal awal dulu saya tak berapa suka sebab saya ada kawan Terengganu yang saya kurang gemari haha kaitan. Tapi alhamdulillah moment yang dibina bersama di sini telah menghapuskan perasaan itu. Ia telah mengatasi segalanya. Tiber. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, December 18, 2023

HEALING KUNUN


Ya Allah! Cute kan cara budak Muhammad duduk. Kita acah tummy time lah dek. View macam best kan. Jadi kita dedahkan dia dengan cahaya matahari. Kami stay di Adi Hotel selama dua malam. Bestlah Muhammad kecil kecil lagi dah berjalan ke sana ke mari. Datang pun atas urusan bapaknya. Tapi kita tumpang sekaki lah. Bukan selalu dapat jalan jalan kan. 

Saya buat tummy time Muhammad selama dekat 10 minit juga. Nampak kepala dia dah jatuh jatuh, barulah saya angkat dia. Dia pun macam suka duduk macam tu tengok view kan. Muhammad memang suka benar memerhati. Menurun dia punya MamaDa betul. Hmm. Alhamdulillah selama di Terengganu, Muhammad tersangatlah baik. Terima kasih ya Allah. 

Budak ini kecil kecil sudah pandai healing ya. Dia kalau dah berkerut janganlah dikacau. Macam ada masalah negara dek kalau kau tengok dia punya kerutan haha. Ghisau. Umi gurau saja Muhammad ya. Muhammad anak Umi yang soleh, penyejuk hati Abah dan Umi in shaa Allah. Umi minta maaf kalau termengumpat kamu ya. Hiks. Yang penting Muhammad tahu yang Umi sayang Muhammad.

Rantau Panjang, Kelantan. 

Sunday, December 17, 2023

ONE YEAR OF MARRIAGE


Hari ini genap setahun perkahwinan Abah dan Umi Muhammad. Bukan mudah menerima realiti yang saya sudah berkahwin pada usia yang saya anggap sangat muda apatah lagi memiliki zuriat. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Ia juga adalah amanah besar yang perlu dijaga dan dugaan yang perlu ditempuhi. Kenapa saya cakap saya kahwin pada usia yang sangat muda walhal umur saya ketika bernikah adalah 25 tahun. Cukup tua bagi orang di luar sana. Ia adalah kerana sesiapa yang mengenali saya akan faham perangai saya yang belum cukup sedia untuk menggenggam status isteri dan ibu. Begitu. Tapi in shaa Allah saya beransur matang. Saya juga tidak pernah memikirkan bila akan berkahwin atau memiliki zuriat. Namun ini lah jalan hidup saya, ketentuan Allah terhadap diri ini, alhamdulillah dan in shaa Allah dipermudahkan oleh Allah. 

Setahun, tempoh yang singkat namun memberi banyak pengajaran dalam hidup saya. Banyak yang saya belajar sepanjang bergelar seorang isteri begitu. Begitu juga menjadi seorang ibu. Saya memang tabik hormat kepada pasangan yang telah melayari bahtera rumahtangga untuk tempoh yang lama dan juga memiliki anak yang ramai. Macam mana mereka menghadapi sehari hari dalam hidup mereka? Hiks. Saya masih belajar untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah. Satu dugaan yang besar juga hidup berjauhan. Saya tidak dapat merasai kemanisan menjadi suri rumah separuh masa. Menguruskan anak dan suami setiap masa. Entahlah. Kadang kadang rasa sedih dan mahu berputus asa bila duduk berjauhan dengan keluarga. Banyak benda yang saya ketinggalan. Semoga kami dapat bersatu secepat yang mungkin. Aamiin ya Rabb. 

Alhamdulillah banyak kenangan yang dibina bersama sepanjang setahun ini. Tidak kurang juga kepahitannya. Namun in shaa Allah sama sama lah kita mengubah apa yang perlu dan meneruskan apa yang terbaik untuk kita. Semoga rumahtangga yang dibina ini dipenuhi dengan keberkatan in shaa Allah. Semoga apa saja dugaan yang dilalui akan diselesaikan dengan berhikmah dan matang in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, permudahkan segala urusan yang membaca blog ini. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi cabaran hidup. Semoga kita semua diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah bagi kita semua ketenangan, kebaikan dan kebahagian di dunia juga di akhirat. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, December 14, 2023

GURU BERTANDING LARIAN 3×50M


Mantap ke tidak senior senior kita. Hiks. Acara terakhir sebelum berakhirnya sukan hari ini adalah larian 4×50m antara 3 unit iaitu unit Kurikulum yang diwakili oleh Neilda, Cikgu Prissla, Diana dan Ustaz Amran. Unit HEM diwakili oleh Cikgu Erlinda, Cikgu Shahfiyna, Cikgu Khalida dan Cikgu Majawal. Unit KOKUM diwakili oleh Cikgu Juliana, Sue, Elvy dan Cikgu Meijil.  

Semuanya mantap! Yang lawaknya team HEM menang warm up haha. PK HEM lah warm up paling mantap, masa bertanding dia jalan saja haha. Kalau nampak dalam gambar yang kangkang terlebih dia lah itu. Fun betul tadi. Sekarang acara penutupan, terpaksa buat di dewan sebab hujan. Dorang tengah layan lagu Momuhobo nyanyi ramai ramai. 

Sedih sebenarnya sebab PK KOKUM Cikgu Meijil akan berpindah ke SMK Simpangan Paitan sebagai pengetua. Banyak sangat jasa dan kenangan Cikgu Meijil sepanjang di sini. Itu lah ramai sangat yang sedih dengan perpindahan Cikgu Meijil lebih lebih lagi para atlet lah yang banyak berurusan dengan Cikgu Meijil. Tuan nya yang kecil molek paling kanan. 

Dewan sekolah, 
SMKTAN2.  

Wednesday, December 13, 2023

BERSUKAN KITA


Assalamu'alaikum WBT. 

Bersukan lah kita hari ini. Selasa, Rabu dan Khamis tiada belajar untuk memberi laluan kepada sukan akhir tahun. Sekali dengan pemilihan atlet untuk pertandingan peringkat sekolah dan daerah tahun hadapan. Ramai atlet yang berpotensi saya tengok. In shaa Allah ramai lah wakil sekolah tahun depan. Sebenarnya saya tidak kena beri tugas. 

Tapi ada juga lah saya menyibuk. Tanya si Sue apa yang boleh saya buat. Akhirnya Sue kesian dekat saya, jadi dia suruh saya fotostat senarai pemenang setiap kali ada acara. Sebenarnya kenapa nama saya tiada, adalah kerana ketika kertas kerja dibuat, saya masih lagi bercuti. Jadi disebabkan tidak cukup masa, tiada lah dorang edit itu nama nama guru yang bertugas. 

Jadi di sini astaka saya rileks haha. Sekali datang pengetua menengok keadaan. Haa sudah. Adakah saya kena berlakon macam function buat itu ini. Barang barang belum saya kemas kan untuk balik Kelantan. Perasaan saya bercampur baur sebenarnya. Saya nak balik, rindu sangat dengan Muhammad dan family. Tapi dari satu sudut saya tak ada semangat. 

Bila saya fikir cuti hanya 2 minggu, lepas itu kena tinggal anak lagi. Ia membuatkan saya mau muntah dan rasa macam lemah. Apakah kesudahannya? Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah bagi saya dan rakan seperjuangan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang diberikan. Okaylah bye semua. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, December 12, 2023

MUHAMMAD: 3 MONTHS OLD TODAY

Assalamu'alaikum WBT. 

Big boy sudah si Muhammad. Hari ini Muhammad berumur 3 bulan alhamdulillah. Besar dah kan anak Abah Umi ini. Cucu Tokbah Tokmi ini. Sayangnya saya tidak dapat melihat tumbesarannya di depan mata. Terpaksa tengok dari jauh saja. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Kemarin Muhammad kena jarum 3 bulan. Abah Muhammad dan Tokmi yang bawa. Tokmi punch card dulu baru balik rumah dan ke klinik. Abah Muhammad masuk sekolah lambat sikit. Nak tahu berat Muhammad? 7.9 kg alhamdulillah Muhammad anak yang sihat. In shaa Allah lepas ini maintain anak Umi. 

Nurse cakap Muhammad obese. Berat dia sepatutnya untuk baby umur 6 bulan. Tapi tidak apa juga in shaa Allah, sebab Kakda punya anak umur 3 bulan beratnya 8.6 kg. In shaa Allah dipermudahkan. Hiks. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Saya di padang sekarang sebab ada sukan akhir tahun sekolah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, December 11, 2023

MUHAMMAD & ABANG ABDURRAHMAN TENGOK TV


Comel sangat Muhammad dan Abang Abdurrahman tengok tv sama sama. Ralit pula tu. Hiks. Entah cerita apa lah yang dorang tengok. Kalau ikutkan MamaDa, dorang tengok Home Summer. Dengar kata Muhammad tak layan cerita kartun haha. Entahlah nak. Menurun MamaDa kau ini. Abdurrahman pun setia menunggu di sisi Muhammad. 

Saya sangat bersyukur para sepupu Muhammad besar sudah dan boleh tahan matang lebih lebih lagi Iman dan Abdurrahman. Dapat juga dorang tolong jaga Muhammad. Tolong buaikan Muhammad. Bermain dengan Muhammad. Kadang dorang lagi pandai daripada saya kalau bermain atau agah Muhammad. Sedangkan Abdullah pun pandai main dengan baby. Comel kan! 

Padahal Abdullah pun masih macam baby lagi. Tapi sekarang dah pandai sebut banyak perkataan. Kalau dia nampak saya, Syahadah dan Kakcik, dia akan sebut Mama dengan intonasi yang comel. Kalau perkataan Tokbah, dah lama dah dia sebut. Ngam betul Abdullah dengan Tokbah. Jangan kau kacau ah haha. Dah pandai ikut arahan. Maksudnya dia faham lah kan apa kita cakap. 

Dah besar dah. Bila dia besar pun saya tak tahu. Itulah orang cakap sekelip mata saja budak membesar. Macam kes Iman dan Abdurrahman lah, rasanya baru saja dilahirkan. Tidak lama lagi dah nak masuk sekolah in shaa Allah. Okay saya mau menangis sekarang. Sampai di sini dulu lah. Biar saya layan perasaan dulu. Bye pape roger. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, December 10, 2023

WEBINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PAI ASRAMA TAN2


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini kita berpagi di bilik mesyuarat. Hal ini demikian kerana pelajar asrama form 5 mengikuti webinar berkaitan dengan teknik menjawab soalan PAI bahagian sirah. Mengikut ustaz itu bidang inilah yang paling tidak digemari oleh para calon. Budak saya mengakuinya. Dorang cakap memang betul kahkah. Mungkin sebab dia fakta kan, tak boleh nak goreng dia punya jawapan. Banyaklah dorang kena hafal. 

Sepatutnya semalam bah ini tapi saya tak ada mood kahkah. Cikgu Faidal memang serahkan kepada saya bila nak buat. Jadi saya pilih pagi. Lagipun seram juga malam malam nak kena bertapak di bangunan sekolah. Habis webinar, saya kena pergi pekan dengan Sue dan Aveney untuk ambil hadiah hamper untuk sukan akhir tahun sekolah yang akan berlangsung minggu depan, hari Selasa, Rabu dan Khamis. 

Berbalik kepada webinar, sebenarnya kehadiran memang sendu lah sebab tak ramai pelajar asrama Muslim yang form 5. Semua ada 9 orang dan yang hadir adalah 6 orang. Ada lagi 3 orang balik kepulangan tidak wajib. Warden tersilap bagi balik sebab tak ingat ada webinar. Pagi semalam ada 2 webinar okay, subjek Sejarah dan Matematik. Rugi lah budak budak yang tidak hadir. Semoga berjaya lah semua.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, December 8, 2023

LATIHAN SUKAN AKHIR TAHUN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini hari Jumaat, tiada belajar sekolah saya hari ini sebab kami adakan latihan sukan akhir tahun yang akan berlangsung pada Selasa, Rabu dan Khamis minggu hadapan. Saya guru penasihat rumah sukan Jaguar iaitu kuning. Kami buat pemilihan atlet untuk beberapa permainan. Lumba lari 100m, 200m, 400m, 800m dan 3000m jalan kaki. Lempar cakera, lontar lembing, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan sebagainya. Banyaknya kan. Terpaksa kami pilih pelajar dalam hujan semalam. Bermandi hujanlah saya dan Cikgu Juliana. Hihi. 

Sebenarnya saya tak function sangat sepanjang pemilihan kahkah. Tapi ada juga lah kerja saya. Isnin minggu depan sepatutnya ada latihan sukan belah pagi, tapi pengetua sekolah saya kan terpaling mementingkan akademik. Jadi dia batalkan sukan, ganti dengan pdp. Apalah salahnya kalau buat saja sukan. Selain guru kurang rajin untuk mengajar hari itu, murid tidak kurang malasnya. Bayangkan hari pertama saya bertugas selepas cuti 3 bulan, dorang minta santai santai dalam kelas sebab akhir tahun sudah kan buat apa belajar. 

Tapi itulah. Apakan daya guru biasa tiada hak menentang arahan pentadbir. Hihi. Abah dan Umi selalu pesan, puas hati atau tidak, ia kan saja arahan atau kata kata pentadbir khususnya pengetua. Kita tak akan menang walaupun lantang bersuara. Tapi ramai guru lain yang tak puas hati sebenarnya haha. Dorang pun kalau boleh nak berehat sekejap daripada mengajar walaupun cuti sekolah minggu depan sudah. Hiks. Kalau mengajar pun murid memang kurang fokus. Tapi memang itu pun tugas guru. Jadi jalanilah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Okaylah bye semua. 

Hari ini juga adalah anniversary Kak Izzi Izzati dengan suaminya En. Polis yang pertama, dan nak tahu something tak? Kak Izzi pregnant! Tahniah Kak Izzi dan suami bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi. Semoga dengan asbab ini dapat lagi mengeratkan ikatan cinta mereka walaupun berjauhan. Kak Izzi mengajar di Semporna dan suaminya bertugas di Pahang. Jauh kan. Kesiannya mengandung sorang sorang. Semoga Kak Izzi sentiasa kuat dan diberi kesihatan yang terbaik in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, December 7, 2023

PERPISAHAN YANG MEMERITKAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Hampir seminggu berpisah, baru saya dapat memberanikan diri untuk buka gallery, tengok balik gambar sepanjang bercuti panjang hampir 4 bulan. Bukan senang berjauhan dengan keluarga, lebih lebih lagi dengan anak kecil yang baru menginjak usia dua bulan. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Terima kasih ya Allah atas kekuatan yang telah kau berikan kepadaku. Tanpa izin-Mu, tidak dapat aku menjadi sekuat ini. Kuat tak kuat lah, kalau menangis, menangis juga aku. Kalau video call, sah sah akan berair mataku. 

Normal kan begitu? Baru saya faham perasaan Kakda berjauhan dengan anak anak yang baru nak membesar. Umur yang sangat membutuhkan kasih sayang daripada ibu bapa. Tapi kenapa kalau Kakda menangis malam muka tak ada bengkak. Muka saya kalau bangun pagi macam kena tumbuk pun ada haha. Sensitif kali kan mukaku ini lagi lagi bahagian mata. Tapi saya bersyukur saya dapat pengalaman sebegini. Bukan semua dapat merasa berjauhan dengan anak kecil yang masih susu badan.

Semoga dengan asbab ini, diriku menjadi lebih kuat dan dapat menempuhi segala dugaan yang mendatang dengan mudahnya. Semoga mereka yang sama keadaan seperti saya juga sentiasa kuat dan tabah. We got this! Anggap ini sebahagian daripada tabung pahala kita. Mantap! Saya sangat bersyukur mempunyai ahli keluarga yang tersangat supportive. Menjaga Muhammad dengan sebaiknya, sentiasa memberi kata kata semangat kepada saya. Itu yang membuatkan saya lebih tenang walaupun duduk berjauhan alhamdulillah. Terima kasih semua. Love all of you ❤️

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, December 6, 2023

TAHNIAH KAKYID!

Assalamu'alaikum WBT.

Tahniah Kakyid telah bergelar seorang ibu! Tempoh hari dalam 3 minggu sebelum Kakyid bersalin, kami adalah berchat bercakap tentang itu ini. Kebanyakannya adalah pasal bersalin lah sebab Kakyid tanya saya soalan soalan berkaitan itu. Saya pun seperti anak 6 ya berkongsi pengalaman haha. Takdelah disebabkan saya ada pengalaman terkini kan, jadi Kakyid tanyalah saya. Saya pun jawab sekadar yang mampu.
 
Due sebenarnya pada 30 November 2023, tapi Kakyid bersalin dua hari sebelum, macam saya juga iaitu pada usia kandungan 39 minggu 5 hari. Tandanya adalah turun darah jam 1 pagi dan pecah air ketuban jam 5 pagi. Pergi ke hospital 7.30 pagi dan bersalin jam 2 petang. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan bersalin Kakyid. 

Hari ini baru saya tanya Kakyid sama ada sudah bersalin atau tidak sebab saya takut kalau tanya masa baru baru nanti serabut kan. Nak uruskan baby lagi, diri sendiri lagi yang kena jahit dan sakit, kita pula menyibuk bertanya. Aduhai janganlah. Saya pun begitulah tempoh hari. Time aku contractionlah orang itu orang ini nak call. Haha lawaklah bila fikir balik.

Apapun tahniah Kakyid! Semoga kehadiran Aini Khairani menambah seri dalam hidup Kakyid dan keluarga dan semoga menjadi anak yang solehah penyejuk mata Abah dan Umi nya. Semoga Kakyid terus menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Saya dikira special lah sebab saya seorang saja kawan yang tahu Kakyid sudah bersalin. Itu pun sebab saya tanya haha. Dasar Kakyid. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, December 4, 2023

KEMBALI SETELAH 3 BULAN BERBULAN MADU

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai Ustazah Syahirah sudah kembali ke sekolah terus ke kelas anda. Punya lah tiada semangat saya mau mengajar. Tengok lagi jadual baru. Seriouslah 10 masa hari ini. Reda saja lah bah. Penat lagi badan saya dari KB-KL-KK. Nasib baik ada geng Kelantan yang sentiasa menemani dari dulu sampai sekarang alhamdulillah. Kakda dan Basirah menunggu di airport jam 12 tengah malam okay. 

Terima kasih Kakda dan Basirah! Jasamu sangat kukenang. Tidak boleh bayangkan kalau berseorangam tidur di hotel dan ke KM naik pairet. Allahu bersyukurnya saya punya teman seperti mereka alhamdulillah. Hari pertama kembali ke sekolah, Aliff Hamizie menghadiahkan saya kek! Terima kasih Aliff. Saya memang pelanggan setia Mama si Aliff. Kek dorang memang sedap. Hihi. 

Alhamdulillah semua kelas saya masuk dengan penuh semangat. Tipu. Mula mula saya tidak semangat tapi budak budak ini pandai menceriakan saya. Saya jadi semangat untuk mengajar balik. Terima kasih anak anak muridku. Inilah kemanisan menjadi seorang guru. Tiber. Tapi bila fikir pasal rph, saya jadi demotivated balik kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, December 2, 2023

DEMI AMANAH & TANGGUNGJAWAB


Assalamu'alaikum WBT.

Gambar di atas diambil di hospital ketika Muhammad berusia 4 hari kalau tidak silap. Ia adalah hari Muhammad dimasukkan ke dalam wad kerana suhu yang panas dan kuning yang tinggi. Masa berlalu begitu pantas dan tanpa disedari, tiba lah masanya untuk saya berjauhan dengan budak tembam ini demi sesuap nasi. Semuanya untuk kamu Muhammad. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga dipermudahkan proses menjaga Muhammad. Semoga Muhammad menjadi anak yang soleh, baik, ceria, cerdik dan menjadi penyejuk hati semua orang. 

Bila saya ingat balik masa Muhammad masuk hospital, saya rasa menyesal sangat. Saya kesian sebab tangan dia kena cucuk, kena ambil darah selalu, kena paksa makan ubat sebab suhu dia tinggi. Tapi bila fikir balik, ada 1001 hikmahnya. Banyak juga saya belajar masa di hospital, banyak berdikari. Bayangkan masa itu saya pantang hari ke-4. Bersendirian dengan baby. Tempat jahit masih sakit. Emosi saya pun belum stabil. Tapi itulah kena sentiasa positif lah. Dapat pula wad yang sunyi tiada orang lain. Tak boleh ada pelawat. Tapi semuanya adalah kenangan sekarang. 

Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana betapa cepat masa berlalu. Sekelip mata saja tiga bulan berlalu. Rasa baru saja saya balik kampung untuk bersalin. Rasa baru saja kena pergi hospital untuk induce dan bersalin. Rasa baru saja Muhammad dilahirkan. Ini sudah kena pergi untuk berkhidmat balik. Masa memang akan berlalu, jadi manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin. 

Kota Kinabalu, Sabah.

Friday, November 24, 2023

SEHARIAN DI MYDIN MALL

Kak Aishah dan Wildan.
Saya sayang Umi saya.
Kenapa Umi paksa saya duduk.
Hari ini Kak Aishah dan Wildan sakan berjalan jalan di Mydin Mall. Keluar rumah jam 3.30 petang, balik rumah jam 10.30 malam. Kira lah berapa jam kami bertapak di sana. Banyak peristiwa yang berlaku, antaranya adalah kena kencing oleh Muhammad sampai kan kena beli baju baru untuk Abahnya nak solat. 

Lepas tu beria lah bawa susu botol si Muhammad kononnya taknak bagi susu dada lah dan nak suruh biasakan dia dengan susu botol, sekali nampak ada semut dalam susu tu. Hmm minum susu dada juga akhirnya yang mana memang saya suka pun. Hihi. Rasa lagi dekat dengan budak ini. Lagipun saya dah nak kena pergi. 

Punya lah ramai orang tadi. Beli barang sikit saja. Tak sampai 8 barang pun tapi beratur untuk bayar ada dalam 45 minit. Bukan musim cuti pun, hujung minggu saja. Tambah lagi dengan musim hujannya tapi ramai betul orang datang. Nak cari parking ada lah dalam 30 minit. Sebenarnya dah nak give up sebab tak dapat parking. 

Sampaikan Abah Muhammad cakap, kalau tak ada lagi dekat lorong ni kita balik. Sekali ada alhamdulillah. Rezeki si Aishah pakar jalan jalan haha. Sepanjang 6 ke 7 jam di sana, kami makan di food court dan MarryBrown, solat, jalan jalan, shopping barang sikit, termenung dan balik. 

Pengkalan Chepa, Kelantan. 

Tuesday, November 21, 2023

AYAH LONG & MUHAMMAD



Assalamua'alaikum WBT.

Umi cakap Muhammad ada iras iras Along masa kecil. Bersungguh Umi cari gambar Along dan compare dengan Muhammad haha. Syahadah cakap ada lah sikit macam Along tapi lebih kepada gen belah sana. Begitu juga kata Kakcik. Jadi saya nak kata apa. Kakcik kata Muhammad ada iras Aishah anak Kak Zakiah. Tapi muka Muhammad makin hari makin hilang dia punya Chinese look. Tak macam masa baru lahir. 

Memang saya dan Syahadah pernah bincang dulu. Selepas kami observe muka budak kan, kami simpul kan mereka bukan saja akan ambil muka ibu bapa mereka, tetapi juga mungkin akan iras iras ahli keluarga lain seperti makcik dan pakcik atau sepupu serta datuk dan nenek. Sebab itu nak cari jodoh jangan fokus jodoh yang handsome atau cantik saja, kena tengok juga ahli keluarga dia haha. 

Kalau anak anak Along, saya rasa jarang yang muka macam Along. Lebih kepada Kaklong sebenarnya. Yang penting comel kan hihi. Kalau tengok Abdul Hadi sekarang, masha Allah runcingnya dagu. Dia keluar perut Umi dia 3.7 kg. Tapi sekarang badan dia maintain tak besar. Kalau kira dia punya berat masa lahir, memang besar lah sebenarnya. Abdul Hadi sekarang 4 bulan 9 hari, berat lebih kurang 7.2 kg. 

Muhammad Wildan masa lahir berat dia 3.55 kg. Sekarang umur dia alhamdulillah 2 bulan 10 hari, berat dia baru baru ini lebih kurang 6.6 kg.  Risau sebenarnya takut dia terlebih berat badan. Semoga Muhammad pun maintain macam Abdul Hadi juga. Sekarang kami di rumah Ma. Musim hujan sekarang. Muhammad sedang nyenyak tidur di tepi saya dalam kesejukan. Budak ini berak! Sekarang jam 7.52 pagi. Lagi 10 hari saya akan ke Sabah.

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, November 20, 2023

KERETA SUE ANRIONA


Setelah beberapa lama Sue berangan untuk memiliki X50, akhirnya tercapai jua hajatnya! Saya tak sangka! Setiap kali kami ke pekan, wajib kami bercerita pasal kereta impiannya. Kalau ternampak kereta jenis itu dan warna itu, selalu cakap Sue tengok! Syah tengok! Memang kami sentiasa teruja haha. 

Dia sangat tahu apa yang dia mahukan. Kereta jenis apa, warna apa. Walaupun banyak hasutan di kelilingnya, dia tetap teguhkan hatinya, hanya X50 yang bakal dimilikinya. Ternyata benar. Tahniah Sue! Saya tak sangka sangat! Tapi dalam gembira, saya rasa dikhianati sebab dia beli masa saya tak ada di sana. Hiks. 

Mana boleh. Saya lah teman dia bercerita itu ini. Cakap pasal kereta itu ini. Sekali beli masa saya jauh di sini. Aish tak boleh jadi. Haha gurau saja bah. Saya sentiasa gembira untuk kamu Sue. Semoga segala urusan kamu sentiasa dipermudahkan. Semoga kamu cepat dapat lesen. Cepat lah kamu dapat drive X50 kamu. Hihi. 

Agak agak saya boleh try drive juga ke? Hihi. Tak adalah. Chombi saya pun cukup sudah alhamdulillah. Okay saya rindu Chombi. Kakda cakap Bezza saya sudah dipenuhi dengan taik burung. Dasar burung. Ada lagi 10 hari sebelum saya meneruskan kehidupan normal saya iaitu mendidik anak bangsa yang soleh dan solehah in shaa Allah. 

Sebenarnya saya risau sebab dengar kata makin parah disiplin dorang. Saya fikir pun dah pening kepala, apatah lagi hadapi sendiri. Setiap hari ada saja masuk dalam group Telegram pasal kes kes di sekolah. Semoga kita semua dijauhkan daripada apa apa sifat negatif. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Saturday, November 18, 2023

ABDULLAH ABBAS & MAMA SYA

💞

Rasanya Mama Sya dengan Abdullah Abbas tak pernah ada gambar berdua. Ini lah kali pertama ya. Hihi. Abdullah Abbas anak soleh, sihat, kuat, baik dan ceria. Itu paling penting. Hari yang kusam akan jadi ceria kalau duduk dengan Abdullah Abbas. Dia punya vibe positif tu kuat. Alhamdulillah. 

Dia pun dah jadi abang walaupun masih kecil. Bayangkan masa Abdul Hadi lahir, Abdullah Abbas baru saja boleh berjalan. Dulu dia bambam, sekarang makin slim. Kaklong cakap sebab dia selalu berjalan. Itu yang kurus tu. Macam exercise lah jalan banyak tu. Kurus pun tak kurus sangat lah. 

Dia memang badan besar. Kalau dengan Abdurrahman sikit lagi dia lintas lah tu. Lagi besar dari Abdurrahman. Itulah dapat jumpa Abdullah Abbas semalam sebab Along Kaklong singgah rumah Umi sekejap. Mama Da jangan jealous tau. Okaylah sampai sini dulu Mama Sya berblog. 

Mama Sya dan Muhammad kurang sihat dari kemarin. Mungkin sebab kena hujan. Saya pun memang sakit tekak hari sebelumnya lagi. Pergi Lotus's dengan Aishah dan Poksu Mat, berjalan dengan tak bermaya. Tak ada energy langsung. Malam tambah dengan gastrik dan demam urat. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, November 16, 2023

CARSEAT MUHAMMAD

Terima kasih Umi, saya suka saya suka.
Wah macam ice cream, nak try lah.
Hari ini baru sempat Muhammad try duduk di carseat dia. Maklumlah Abah dia balik sekolah makan, rehat kejap, pergi rumah Tokma, balik rumah Tokmi dan tidur. Esoknya rutin yang sama. Mana ada masa nak try carseat bagai. Besok cuti, jadi boleh lah kita jalankan operasi. Hiks. Agak agak Muhammad selesa tak? Tengok lah muka 'happy' dia kahkah. 

Tujuan utama carseat ini dibeli adalah untuk menyenangkan Abah Muhammad hantar dan ambil Muhammad ke rumah Tokmi pagi pagi sebelum pergi sekolah sebab in shaa Allah sepanjang 2 minggu saya di Sabah, Kaklong yang akan jaga Muhammad. Kiranya macam hantar ke pengasuh lah tapi Kaklong tolong jaga. In shaa Allah dipermudahkan. 

Senang juga kalau nak bawa Muhammad ke mana mana, letak saja dia dalam carseat. Tak payah lah susah susah Ma atau Aishah nak meriba kan. Bukan senang nak riba budak 6 kilo haha. Sorry Muhammad Umi termengumpat kamu. Tapi Muhammad tak marah pun sebab itu memang realitinya. Semoga Muhammad selesa duduk di carseat itu ya. 

Abah dan Umi usaha sebaik mungkin mengikut kemampuan untuk keselesaan kamu. Semoga Muhammad menjadi anak soleh ya sayang. In shaa Allah sentiasa sihat, ceria, baik, kuat dan cerdik. Semoga yang baik baik saja untuk kamu Muhammad. Semoga Umi pun kuat juga lagi lagi bila di Sabah nanti. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Tuesday, November 14, 2023

HADIAH DARIPADA MAMAIQA


Terima kasih Mama Iqa untuk semua hadiah 💕 14 helai baju dek, bukan biasa biasa. Mama Iqa ni kalau membeli memang tak boleh sikit sikit eh. Haha alhamdulillah rezeki Baby Muhammad. Sekali dengan tempat mandi sekali Mama Iqa beli. Terima kasih Ya Allah kau kurniakan daku kakak pemurah seperti Kakcik. 

Bukan semua orang dapat nikmat begitu kan. Bersyukur sangat alhamdulillah. Hihi. Harap saya pun pemurah begitu juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kakcik, permudahkan rezeki yang halal buat Kakcik dan semoga Kakcik diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Terima kasih Cik ❤️

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, November 13, 2023

LITTLE DID I KNOW YOU WERE IN MY TUMMY

Gambar di atas diambil pada 31 Ogos 2022 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Abah Muhammad hantar saya ke sana untuk saya fly ke Kota Marudu, Sabah bagi meneruskan tanggungjawab sebab seorang guru di sekolah terchenta. Pertama kali berjauhan setelah berkahwin. Tiber. Ketika ini boleh happy happy lagi, sampai di KK baru terasa kehilangan haha.

Tiada siapa tahu Muhammad Wildan sudah menunggu di dalam rahimku ketika itu. Mungkin baru 3 minggu menjadi penghuni. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang kau curahkan kepada kami. Banyak nikmat yang tidak disangka sangka diberikan dalam hidupku. Segalanya berlaku dengan pantas. 

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami ini digalas dengan sebaiknya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga hari harimu sentiasa ceria in shaa Allah. 

Rumah Kak Siti,
Pengkalan Chepa.

Sunday, November 12, 2023

MUHAMMAD IS 2 MONTHS OLD TODAY

Muhammad! Dua bulan lepas Umi lahirkan kamu. Dua bulan lepas Umi merasakan kesakitan yang tak pernah dirasai selama Umi hidup. Dua bulan lepas Umi dapat merasai nikmat mendengar tangisan kamu di saat kelahiran. Dua bulan lepas kamu memberi peluang untuk Umi bergelar ibu, dengan izin Allah. 

Dua bulan lepas Umi menyusukan kamu buat kali pertama selepas dijahit. Dua bulan lepas Abah dan Umi sama sama struggling memakaikan baju kamu yang pertama. Dua bulan lepas Umi cuci berak dan kencing kamu yang pertama. Dua bulan lepas bermulanya episod Abah dan Umi berjaga malam dan menambah koleksi eyebag. 

Dua bulan lepas, semuanya dua bulan lepas. Umi dapat merasai pengalaman yang tak pernah Umi terfikir akan menghadapinya dalam hidup. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku. Umi tak sangka begitu cepat masa berlalu. Muhammad pun besar sudah. Banyak baju yang sudah tidak muat. 

Teringat segala sakit yang hilang sejurus kamu keluar dari perut Umi. Semoga Muhammad menjadi penyejuk hati Abah dan Umi, menjadi anak yang soleh, bijak, berdikari, taat perintah Allah, punya akhlak terpuji, menjadi hafiz Quran 30 juz dan semoga kamu diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Rumah Kak Siti, 
Pengkalan Chepa.  

Saturday, November 11, 2023

HAPPY BIRTHDAY ABDURRAHMAN ❤️

Assalamu'alaikum WBT. 

Ya Allah, Abdurrahman budak manja dah 5 tahun! Walaupun baru menginjak usia 5 tahun, Abdurrahman punya kepimpinan mantap sudah. Pandai dia menjaga adik adiknya, protective terhadap kakaknya, baik dengan sepupunya dan manja dengan makcik pakciknya. Saya masih ingat betapa excitednya saya dan Syahadah menyambut kelahiran anak saudara lelaki yang pertama. Ini lah budaknya. 

Pemalu sungguh. Tapi mungkin lepas menetap di rumah Mama Iqa selama sebulan, Abdurrahman dapat mengembangkan social skillnya yang mana ia terlahir naturally dalam diri kakaknya. Tiber. Yalah kalau Iman terlebih pula social skills dia haha. Apapun semoga yang baik baik saja untuk anak buah Mama Sya satu orang ini. 

Semoga Abdurrahman sentiasa menjadi penyejuk hati semua orang. Semoga birthday boy ini sentiasa soft spoken seperti sediakala, menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang bijak, anak yang petah dan sentiasa handsome macam selalu. Teruskan menjadi anak yang manja tapi berdikari yang sayang. Mama Sya sayang Abdurrahman Zakwan ❤️

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, November 9, 2023

26 IS JUST A NUMBER


Terima kasih Abah Muhammad buat suprise! Hihi alhamdulillah kenyang makan kek dan pizza hari ini. Boleh dikira suprise lah ni sebab saya memang tak tahu langsung. Tadi call cakap balik lambat sebab ada kerja nak disiapkan. Ingatkan kerja psikometrik ke apa, rupanya gigih pergi Giant semata mata nak beli kek Secret Recipe. 

Terima kasih juga untuk Umi, Kakcik dan Syahadah kerana sudi mengambil masa untuk mengarang ayat ucapan sempena birthday saya. Paling saya tak puas hati si Syahadah dia bold kan nombor 26. Ya memang saya secara officialnya memasuki umur 26 tahun tapi itu hanya lah nombor okay. Tiber. 

Sambung cerita, saya memang rancang bila Abah Muhammad sampai, kami terus pergi kedai Cik Ana nak ukur badan untuk buat baju. Saya dah bersiap semua, lepas tu Abah Muhammad call cakap dah sampai tapi minta tolong ambil botol air di kereta untuk refill. Saya pun pergi lah dekat pintu rumah nak keluar. Sekali buka pintu terpampang Abah Muhammad pegang kek dan pizza sambil ucap Happy Birthday! 

Terkejut mak. Apa pun terima kasih Abah Muhammad sebab berusaha gigih untuk menyambut saya punya hari lahir. Semoga Abah Muhammad terus kuat melayan kerenah saya in shaa Allah. Hihi. Saya kesian sebenarnya sebab saya tak pandai bagi respon. Jadi reaksi saya disuprisekan agak hambar tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Terima kasih ❤️

Kami sama sama makan kek dan juga pizza tadi dengan Abah, Umi dan Poksu Shin. Kenyang alhamdulillah. Begitulah ceritanya. Pandai juga Abah Muhammad buat suprise ya. Saya pun tak sangka. Muhammad ternenung saja tengok kami makan haha kesian. Awak kena sabar ya budak. In shaa Allah dipermudahkan. 

Teratak Hijau,
Rantau Panjang. 

Wednesday, November 8, 2023

MUHAMMAD DAN POKSU SHIN

Terkangkang Muhammad Paksu pegang.
Ke manakah fikiranmu Muhammad?
💞

Poksu Shin memang boleh diharap kalau bab menjaga budak hatta baby kecil macam Muhammad. Haritu dia cakap dia tak pandai pegang dan tak pernah pegang baby. Tapi ada tu hari saya mandi ke tak silap dan Muhammad menangis, saya siap mandi tengok dia tengah dukung si Muhammad. Mantaplah Poksu.

Sekarang kalau balik sekolah wajib terkam Muhammad dulu. Poksu ni memang pencinta budak. Bukan lakonan. Memang dia suka main dengan budak lagi lagi anak anak buah kesayangannya iaitu Iman, Abdurrahman, Abdullah dan yang terbaru Abdul Hadi. Kalau kiss tidak mau dilepaskan haha. Alhamdulillah. 

Didukungnya Muhammad macam macam gaya dia buat haha. Muhammad pun pasrah saja. Sekarang musim Poksu trial SMU. Semoga dipermudahkan urusan Poksu dan in shaa Allah beroleh kejayaan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb. Okaylah saya beradu dulu ya. Assalamu'alaikum WBT. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Tuesday, November 7, 2023

MUHAMMAD HEALING DI TAMAN

Muhammad dan Abah 💣
Muhammad dan Umi 💓
Hari ini Abah bawa Umi dan Muhammad healing di taman Lubok Jong dekat Pantai Timur. Sekejap saja kami sana sambil tunggu Maghrib. Masuk waktu, kami solat di masjid. Sejak ada nya Muhammad, solat pun bergilir gilir. Apapun alhamdulillah atas segala nikmat. Sempat saya dengar kuliah mantan pengetua Maahad Muhammadi Rantau Panjang di masjid. 

Selesai solat kami pergi Pantai Timur Lubok Jong. Tapi sebelum masuk, Abah salin pampers Muhammad. Dia dah kencing banyak dan berak sekali. Lepas itu kami singgah dulu kedai depan Pantai Timur makan pau dan juga burger sambil borak borak dengan penjual. Mesra sangat dorang. Memang healing betul lah semalam. Dalam 8.30 malam baru kami masuk. 

Terus kami naik tingkat atas memang rancang tambah koleksi baju siang Muhammad sebab yang sedia makin hari makin mengecil. Takut Muhammad tak selesa pakai baju ketat. Kami pusing pusing jumpa baju cantik! Saya ambil 3. Tapi saiz nya ambil yang besar terus. Lagi saya beli ketip kuku baby dan stokin baby.

Lepas itu kami ternampak baby carrier. Beria lah nak beli. Tapi nak cuba dulu macam mana guna nya. Minta tolong kakak satu orang, dia tak pandai, dia panggil kawan dia tolong. Kawan nya pun tak pandai, dipanggil nya kawan satu lagi. Tidak dia pandai juga, panggil lah yang berusia nampak macam ada anak. Lama juga lah try pakai. 

Kecoh betul masa try pakai baby carrier. Lagi dorang tengok Muhammad yang lena walaupun di sekeliling suara macam pelakar haha. Main dengan Muhammad sekejap kami pun minta diri. Tak beli pun. Lepas tu nak turun dah ternampak tshirt. Abah Muhammad pun ambil lah satu untuk pakai dalam baju mengajar. Nak turun bayar, tergoda dengan baju kemeja satu tu. 

Try pula baju kemeja. Mula mula nak ambil warna biru tua tapi tak ada saiz. Saiz Abah Muhammad konon L. Ada yang XL saja. Tapi disebabkan memang kemeja diperlukan sekarang, ambil juga lah walaupun warna lain. Tengah try, aircond dan lampu pun ditutup. Ya Allah rupanya dekat 2 jam dah kami pusing pusing. Jam 9.45 kami turun dan bayar. 

Tak cukup healing lagi, healing pula dalam kereta. Haha lawak betul. Macam taknak balik rumah gaya nya. Kesimpulannya tidak terpergi ke rumah Ma . Hiks. Tak apalah bukan selalu kan. Jam 10 lebih baru lah balik rumah. Semua pun dah tidur sebab esok sekolah. Abah Muhammad beria nak pakai baju baru pergi sekolah esok. Sekian. 

Tepi Muhammad,
Teratak Hijau.