Saturday, December 2, 2023

DEMI AMANAH & TANGGUNGJAWAB


Assalamu'alaikum WBT.

Gambar di atas diambil di hospital ketika Muhammad berusia 4 hari kalau tidak silap. Ia adalah hari Muhammad dimasukkan ke dalam wad kerana suhu yang panas dan kuning yang tinggi. Masa berlalu begitu pantas dan tanpa disedari, tiba lah masanya untuk saya berjauhan dengan budak tembam ini demi sesuap nasi. Semuanya untuk kamu Muhammad. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga dipermudahkan proses menjaga Muhammad. Semoga Muhammad menjadi anak yang soleh, baik, ceria, cerdik dan menjadi penyejuk hati semua orang. 

Bila saya ingat balik masa Muhammad masuk hospital, saya rasa menyesal sangat. Saya kesian sebab tangan dia kena cucuk, kena ambil darah selalu, kena paksa makan ubat sebab suhu dia tinggi. Tapi bila fikir balik, ada 1001 hikmahnya. Banyak juga saya belajar masa di hospital, banyak berdikari. Bayangkan masa itu saya pantang hari ke-4. Bersendirian dengan baby. Tempat jahit masih sakit. Emosi saya pun belum stabil. Tapi itulah kena sentiasa positif lah. Dapat pula wad yang sunyi tiada orang lain. Tak boleh ada pelawat. Tapi semuanya adalah kenangan sekarang. 

Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana betapa cepat masa berlalu. Sekelip mata saja tiga bulan berlalu. Rasa baru saja saya balik kampung untuk bersalin. Rasa baru saja kena pergi hospital untuk induce dan bersalin. Rasa baru saja Muhammad dilahirkan. Ini sudah kena pergi untuk berkhidmat balik. Masa memang akan berlalu, jadi manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin. 

Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment