Tuesday, December 26, 2023

BANJIR 2023

Poksu enjoy betul main banjir.
Hero untuk hari ini tolong call bomba.
Sikit lagi air masuk ruang tamu.

Banjir tahun ini boleh dikatakan paling teruk dalam sejarah hidup saya. Dulu mustahil air akan menjejaki bahagian garaj. Namun sekarang begitu saja dia naik ya. Ia bermula pada tahun lepas bulan 3. Seumur hidup saya menetap di rumah ini sejak tahun 2007, tidak pernah air banjir membolosi dalam rumah, namun qadarullah sekarang 3 kali sudah banjir air naik atas rumah.  

Baru lah saya dapat merasa perasaan rakan rakan yang seumur hidup mereka mengalami perkara ini seperti Rabiatul, Rajni dan even Abah Muhammad. Hiks. Kita yang baru 3 kali air naik rumah dah rasa nak give up, apa lagi mereka yang saban tahun menghadapinya. Anda semua orang yang hebat. Tapi ada hikmah juga. Mana lah saya pernah merasa main air banjir sebelum ini. Tapi sekarang jeng jeng jeng. 

Disebabkan ada Muhammad bersama kami, terpaksalah kami berpindah demi keselesaan anak kecil ini. Elektrik pun dah terputus, air pun naik atas rumah, apa lagi. Angkat kaki lah kami berpindah ke sekolah tempat pemindahan iaitu sekolah Umi saya. Tapi kami stay di bilik guru. Besar kabel saya kahkah. Alhamdulillah Muhammad pun nampak selesa di sini. Ada aircond lagi. Tandas pun selesa. 

Haa nak tahu siapa yang datang selamatkan kami? Polis! Nampak air dah nak naik atas rumah dan tidak menunjukkan tanda untuk turun, Abah Muhammad menelefon 999 untuk meminta bantuan. Terima kasih Abah Muhammad. Lama juga lah kami menunggu mereka sampai. Katanya tunggu turn. Selesa sangat naik bot polis. Abang polis pun yang masih sihat dan muda lagi. Pandai dorang handle bot. 

Sampai di Cabang Empat, kami turun bot naik kereta polis. Kami tu adalah saya, Umi dan Muhammad berserta barang kami. Bot pergi lagi sekali ke rumah dan angkut Abah Muhammad, Mukhlisin dan barang barang lebihan. Muhammad kecil kecil sudah merasa pengalaman begini. Alhamdulillah. Nasib baik kereta semua kami dah pindahkan awal awal lagi. Dua kereta letak di sekolah Umi dan satu di Petron. 

Begitulah pengalaman banjir untuk tahun ini. Harapnya tahun mendatang tiada lagi begini ya. Walaupun ia pengalaman yang menarik, namun tidak lah ku pinta ia berlaku lagi. Semoga Allah lindung kita semua daripada bala bencana dan segala kemudaratan. Allahumma aamiin. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Stay safe ya semua. Okay bye. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment