Sunday, December 17, 2023

ONE YEAR OF MARRIAGE


Hari ini genap setahun perkahwinan Abah dan Umi Muhammad. Bukan mudah menerima realiti yang saya sudah berkahwin pada usia yang saya anggap sangat muda apatah lagi memiliki zuriat. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Ia juga adalah amanah besar yang perlu dijaga dan dugaan yang perlu ditempuhi. Kenapa saya cakap saya kahwin pada usia yang sangat muda walhal umur saya ketika bernikah adalah 25 tahun. Cukup tua bagi orang di luar sana. Ia adalah kerana sesiapa yang mengenali saya akan faham perangai saya yang belum cukup sedia untuk menggenggam status isteri dan ibu. Begitu. Tapi in shaa Allah saya beransur matang. Saya juga tidak pernah memikirkan bila akan berkahwin atau memiliki zuriat. Namun ini lah jalan hidup saya, ketentuan Allah terhadap diri ini, alhamdulillah dan in shaa Allah dipermudahkan oleh Allah. 

Setahun, tempoh yang singkat namun memberi banyak pengajaran dalam hidup saya. Banyak yang saya belajar sepanjang bergelar seorang isteri begitu. Begitu juga menjadi seorang ibu. Saya memang tabik hormat kepada pasangan yang telah melayari bahtera rumahtangga untuk tempoh yang lama dan juga memiliki anak yang ramai. Macam mana mereka menghadapi sehari hari dalam hidup mereka? Hiks. Saya masih belajar untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah. Satu dugaan yang besar juga hidup berjauhan. Saya tidak dapat merasai kemanisan menjadi suri rumah separuh masa. Menguruskan anak dan suami setiap masa. Entahlah. Kadang kadang rasa sedih dan mahu berputus asa bila duduk berjauhan dengan keluarga. Banyak benda yang saya ketinggalan. Semoga kami dapat bersatu secepat yang mungkin. Aamiin ya Rabb. 

Alhamdulillah banyak kenangan yang dibina bersama sepanjang setahun ini. Tidak kurang juga kepahitannya. Namun in shaa Allah sama sama lah kita mengubah apa yang perlu dan meneruskan apa yang terbaik untuk kita. Semoga rumahtangga yang dibina ini dipenuhi dengan keberkatan in shaa Allah. Semoga apa saja dugaan yang dilalui akan diselesaikan dengan berhikmah dan matang in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, permudahkan segala urusan yang membaca blog ini. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi cabaran hidup. Semoga kita semua diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah bagi kita semua ketenangan, kebaikan dan kebahagian di dunia juga di akhirat. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment