- Kenang Daku Dalam Doamu (SM Salim)
- Seruling Anak Gembala (Jeffrydin) / (Sharul Kamal)
- Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais & Kartina Dahari)
- Malam Semakin Dingin (Tajul & Afieq Syazwan)
- Kekasih Impian (Natta Reza)
- Halusinasi (Fieya Julia)
- Reckless (Madison Beer)
- Happier (Olivia Rodrigo)
Tuesday, November 30, 2021
Favorite Songs (November 2021)
Friday, November 26, 2021
32nd Anniversary
Monday, November 22, 2021
Raya Terakhir Mek
Assalamu'alaikum W.B.T. Tadi saya tengok gambar lama lama, saya teringat Mek dan Ayah iaitu ibu bapa Umi saya. Ayah dijemput Ilahi pada 3 Mac 2011 dan Mek pada 17 Januari 2014. Saya rindu sangat dekat Mek dan Ayah. Saya boleh dikatakan rapat juga dengan mereka sebab saya selalu tidur di rumah merekadan ikut ke mana mereka pergi. Tapi saya terkilan sebab tak banyak yang saya berjasa pada mereka sebab dulu saya kecil lagi dan Mek Ayah dah berusia.
Semoga roh Mek dan Ayah sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan tinggal dalam syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T.
P/S: Gambar di atas adalah gambar raya terakhir Mek iaitu pada 2013. Keluarga saya tak ada sekali masa tu dekat rumah kakak sulung Umi. Kami pergi masa lain sebab kami balik beraya di Pahang.
Petang raya sebelum kami bertolak ke Pahang, kami singgah ke rumah Umi Besar, kakak sulung Umi. Saya tak pasti Mukhlisin duduk dekat mana masa ni. Mungkin dia tidur.
Okaylah. Sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Saya akan sentiasa merindui Mek dan Ayah. Mereka sangat baik dan sabar dengan kerenah saya. Love you Mek dan Ayah. Sentiasa dalam doa saya.
22 November 2021
Friday, November 19, 2021
Hadiah Untuk Iman & Abdurrahman
Bingsu MyKori
Makan Di Dubu Yo!
Joging Pagi
Dapat Barang Free
Jejakkan Kaki Di Rumah Kakakku
![]() |
Budak budak mengaji sambil melukis. |
![]() |
Di klinik untuk buat swab test Angah. |
![]() |
Posing depan kedai motor. |
![]() |
Bahan bahan memasak. |
![]() |
Gula gula dan bahan untuk buat air. |
![]() |
Rempah ratus. |
![]() |
Ruang kerja Kakcik. |
![]() |
Bersama anak sepupu, Ariq yang comel dan bijak. |
![]() |
Bila orang lebih umur excited main buai beginilah rupanya. |
![]() |
Saya matang. Saya tak main buai. |
Thursday, November 11, 2021
Abdurrahman's Birthday
Tanpa kusedari, anak saudara lelakiku yang dilahirkan pada 11/11/2018 ketika aku sedang berjuang mati matian (ptuihh) di universiti sudah menginjak umur tiga tahun.
Setelah tiga tahun menjadi anak bongsu, tiba masanya untuk Abdurrahman bertukar status sebagai abang. In shaa Allah berkuatkuasa pada April 2022. Doakan.
Perangai masih seperti seorang tipikal adik yang tak mahu kalah dan gemar merebut barang yang dimain oleh kakak Iman. Tapi tak apa. Keadaan itu akan dirasainya juga bila mempunyai seorang adik nanti. Rasakan!
Keadilan untuk Iman!
Tuesday, November 9, 2021
วันนี้เป็นวันเกิดของฉัน
9 November 2021
Happy birthday to me! Genaplah umurku 24 tahun hari ini. Hihi mengaku. Okay bye. Beria benar tulis tajuk dalam Thai kan. Saya, Syahadah dan Mukhlisin sekarang tengah rancang dan dah buat pun, buat apa? Belajar satu bahasa asing. Hihi.
Kami pilih bahasa Thai. Kenapa? Hmm duduk tepi Thailand saja tapi tak pandai cakap Thai, malulah kahkah. Taklah, tak tahu kenapa terlintas nak belajar bahasa Thai. Mungkin sebab kami selalu juga tengok movie Thai dan banyak kali juga ke negara Thailand.
Jadi rasa lebih attached lah dengan Thailand, mungkin. Nampak tak bila dah semakin meningkat usia, ulang tahun hari lahir bukan sesuatu yang exciting lagi. Haha. Sibuk bercakap pasal Thai. Okay bye. Terima kasih kerana singgah di blog random saya.
Bye!
Friday, November 5, 2021
Cameron Highlands
Kakcik's Birthday
Wednesday, November 3, 2021
Iman Abdurrahman Cuci Kereta
Balik Pahang!
Alhamdulillah selamat sampai di rumah Tok dan Aki dalam pukul 2 petang lebih sikit. Bertolak tadi dalam pukul 7.30 pagi. Berhenti sekejap di R&R Gua Musang untuk makan. Sampai Jerantut turun beli lauk dulu untuk masak.
Sampai saja di rumah Tok Aki, saya dan Umi terus memasak. Syahadah ada kelas online. Abah berborak dengan Tok Aki. Mukhlisin? Tidur. Pening katanya. Tapi sempat lagi dia melukis sebelum tidur. Alang pun tidur.
Sekarang semua dah makan kecuali Mukhlisin. Tidur lagi. Kena Abah kejutkan baru bangun kahkah. Sudah setahun lebih tak balik sini. Last balik raya haji tahun lepas. Alhamdulillah diberi kesempatan kali ini untuk balik lagi.
Monday, November 1, 2021
Klinik Gigi
Semalam 31/10/2021, saya dan Syahadah ke klinik gigi untuk buat rawatan gigi dia. Hanya seorang saja yang boleh masuk bangunan jadi saya tunggu dalam kereta lah. Boleh tahan lama juga lah saya tunggu. Dia keluar dengan mata merah. Hihi dia menangis!
Sebabnya Syahadah tak pernah rasanya buat rawatan gigi sepanjang 19 tahun hidup. Ini pertama kali. Mungkin terkejut lah kot kena tampal sebab ngilu kan. Kena bayar RM18 tapi ada hamba Allah yang mulia tolong bayarkan iaitu Ustazah Normah kawan Umi.
Syahadah kena scaling juga. Saya pun pernah buat tapi di universiti tahun 2015. Tak sakit tapi berdarah lah. Haa saya sebenarnya excited sebab pertama kali menjejakkan kaki ke klinik ini sebab baru buka. Dulu dekat bandar Rantau Panjang. Kecil saja tempatnya. Nak parking kereta pun payah.
Klinik baru ni sangat besar dan banyak tempat parking. Jadi tak susah hati sangat lah setiap kali nak parking kan. Lagi pun tempat ni dekat saja dengan rumah saya. Tak sampai 5 minit sudah sampai. Okaylah sampai di sini dulu blog saya kali ini. Bye!
1 November 2021 (Monday)