![]() |
29 April 2022. |
Saturday, April 30, 2022
Friday, April 29, 2022
KEPULANGAN PELAJAR ASRAMA KE RUMAH
Terasa kosong hati ini. Tidak ku tahu mengapa. Hampir sebulan bersama sama dengan aspura aspuri Muslim, berpuasa dan bertarawih di surau setiap malam. Kini, tiada lagi semua itu. Mereka sudah pulang ke pangkuan keluarga masing masing untuk menyambut hari raya. Tinggal ku sendiri di sini bertemankan Basirah.
Tidak ku sedar betapa singkatnya tempoh itu. Bersama mereka ku rasa gembira. Kadang kadang geram. Begitulah melayan kerenah anak anak asrama yang sudah ku anggap seperti adikku sendiri. Begitu kita berpuitis ya adik adik. Sekarang saya dengan Basirah berdua saja. Asrama kosong tanpa pelajar. Hati saya pun terasa kosong. Hari hari nampak pelajar tapi hari ini semua balik. Sedih 😠Hmm gayanya macam tak jumpa mereka lepas raya kahkah.
Cuma sedihlah sebab mesti lain sudah lepas ni sebab bukan bulan Ramadan lagi. Banyak aktiviti kami lakukan bersama sepanjang puasa. Program Ihya' Ramadan, majlis khatam Quran, majlis berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan tarawih. Raptai untuk majlis khatam banyak kali, berlatih mengaji. Mengaji bersama. Setiap waktu rehat pelajar mengaji di surau. Tiada lagi lepas ni. Kalau ada tahun depan pun, pasti tidak sama lagi dengan tahun ini.
Tapi begitulah kehidupan. Berlalu tanpa kita sedari. Bila tersedar sudah terlambat. Jadi manfaatkan setiap waktu yang kita ada. Jangan sia siakan. Jangan ikut kata hati. Jalani kehidupan dengan penuh sederhana. Sekian tazkirah malam Jumaat bersama Ustazah Syahirah.
Selamat hari raya semua. Selamat hari raya anak anak asrama sekalian. Begitu. Semoga ramadan kali ini menjadi asbab kita semua ke syurga Allah yang tertinggi. Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. In shaa Allah. Saya akhiri kata kata saya malam ini dengan assalamu'alaikum W.B.T.
Kota Marudu, Sabah.
PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 2022
Hari yang kalut, namun syukur semuanya berjalan dengan lancarnya dan terkawal. Tahniah anak anak asrama! Terutamanya yang terlibat dengan khatam. Setelah beberapa lama kita berlatih mengaji, akhirnya semua selesai pada majlis tadi. Walaupun ada bacaan yang kurang tepat, tapi sekurang kurangnya semua sudah usaha kan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Terima kasih Ustaz Amran kerana sudi hadir merasmikan dan memeriahkan majlis ini. Terima kasih Ustaz Hazmin menjadi tulang belakang paling kuat sepanjang program satu bulan ini terutamanya majlis penutupan ini. Terima kasih Basirah sebab sangat function. Lagi function dari saya.
Terima kasih pelajar semua kerana memberi kerjasama yang maksimum. Saya sayang pelajar pelajar ni macam adik saya sendiri walaupun saya lagi sayangkan adik adik saya kahkah. Tapi saya anggap mereka dan layan mereka seperti seorang adik selayaknya lah. Persiapan untuk majlis boleh dikatakan kalut juga tapi alhamdulillah semuanya lancar.
Penat lah nak tulis detail sangat haha. Alah sedihlah muka Izwan terlindung belakang Ustaz Amran. Sila take note tepi saya adalah Ustazah Basirah ya kawan kawan, bukan pelajar asrama. Umi saya ingat Ustaz Hazmin technician sebab pegang mic dan pakai tshirt biasa. Biasalah ustaz suka kerja balik tabir. Okaylah sampai sini saja.
Demikianlah segala usaha pelajar pelajar asrama dan guru guru untuk menjayakan program selama satu bulan. Akhirnya, berakhirlah sudah segalanya. Aidilfitri pun bakal menjelma tidak lama lagi. Selamat Hari Raya semua! Semuanya di bulan Ramadhan menjadi kenangan yang sangat indah dan takkan dilupakan. Pengalaman yang baru dan sangat memberi kesan di hati saya.
Boleh tekan link ini kalau mau tengok video sepanjang Program Ihya' Ramadan:
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, April 28, 2022
Monday, April 25, 2022
GAJI PERTAMA DALAM HIDUPKU
Kenapa saya rasa tua sangat sekarang 😠Hari ini saya dapat gaji pertama saya. Saya rasa tak percaya! Syahadah, akhirnya kakakmu ini ada pendapatan sendiri! Anda rasa saya ada masa untuk percaya? Tiber. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Tibalah masanya untuk saya membalas budi orang yang menanggung saya selama ini, financially. Selama ini saya hanya buat kerja rumah dan tolong mereka physically dan tak keluarkan satu sen pun duit kepada Abah dan Umi. Sekarang boleh sudah in shaa Allah! Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan urusan kami semua.
Syahadah pun ada list benda yang dia mau sejak sebelum saya kerja lagi kahkah. Dari zaman saya belajar lagi. "Nanti gaji pertama Kaksha, Kaksyadah nak itu ini." Kakakmu pasrah. Hihi. In shaa Allah selagi dalam kemampuan saya, saya akan bagi dan tolong. Gitu. Kenapa macam matang saja saya harini? Hmm.
Sunday, April 24, 2022
Friday, April 22, 2022
YA ALLAH KEKALKAN USTAZAH BASIRAH
Ya Allah, sesungguhnya Basirah sudah ngam denganku. Kau permudahkanlah urusannya. Semoga tiada di antara kami di sekolah ini yang dipindahkan ke sekolah lain. Saya suka sangat bila Basirah hadir dan menjadi sebahagian daripada keluarga panitia Pendidikan Islam. Sekurang kurangnya saya tidak keseorangan. Ustaz Hazmin dan Ustaz Amran ada tapi saya seorang guru Pendidikan Islam yang perempuan. Sedih.
Tapi sekarang saya ada partner sudah! Alhamdulillah. Basirah seorang yang admirable. Saya suka perwatakan dia. Garang sedikit tapi dalam masa yang sama lembut. Perangai pun lebih kurang saya juga. Jadi saya suka sangat. Dia bukan seorang yang jugdemental. In shaa Allah. Saya tak boleh bayangkan kalau kami berpisah. Tapi semuanya telah Allah tetapkan sejak azali lagi. Semoga kami sentiasa reda dan bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kami. Aamiin ya
Rabb.
Pelajar pun sudah selesa dengan Basirah. Mungkin lebih selesa daripada mereka selesa dengan saya. Tapi saya okay saja. Saya rasa macam duduk di negeri sendiri kalau duduk dengan Basirah sebab kami dari daerah dan negeri yang sama, cuma tidak pernah kenal atau jumpa sebelum ini. Tapi sekarang kami rapat macam dah bertahun tahun kenal walaupun tidak sampai sebulan lagi kami mengenali antara satu sama lain.
Sekurang kurangnya saya ada tempat untuk saya berkongsi rasa, bertanya dan sebagainya. Lagipun in shaa Allah kami berdua beraya di sini saja. Sama ada rumah warden ataupun flat kuarters. Kami dah rancang nak masak nasi dagang dan hidang kuih macam beraya dengan family juga. Hihi. In shaa Allah dipermudahkan. Doakan kami.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, April 20, 2022
EXPLORE SEKOLAH BERSAMA ELVY & SUE
Cantik ke tidak pemandangan? Cantik kan! Hihi. Tadi saya, Elvy dan Sue jalan jalan belakang asrama sekolah aka memanjat jalan berbukit demi melihat pemandangan indah dari sekolah kami. Begitu. Kami di luar bilik sebab Ustaz Hazmin dan bodyguards sedang install paip dalam rumah kami untuk salurkan air dari tangki belakang bilik. Akhirnya kami ada tamgki sendiri! Bayar RM200 seorang dek. Tapi takpelah demi keselesaan semua kan. Terima kasih Ustaz dan pembantu pembantu!
Okay berbalik kepada cerita tadi, kami jalan jalan sampai atas. Dahlah dah dekat Maghrib kahkah. Lepas tu kami gambar gambar. Sue dengan Elvy buat video. Saya tinggal handphone di bilik sebab cas. Ya begitulah. Indahnya ciptaan Allah kan. Hihi alhamdulillah. Saya balik saja bilik, terus makan dengan Elvy dan Sue. Elvy memang sudah beli makanan masa sekolah tadi. Saya dengan Sue tapau dewan makan punya. Kami ada hak okay kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, April 19, 2022
MORNING ROLL CALL
Harini ustazah bertugas dek. Pantau dorm dan bilik bilik khas masa pelajar asrama tengah baris. Nasib tak terlambat ustazah punch card di pejabat. Itu pun empat lima kali cucuk baru jadi. Hmm. Semoga diupgrade. In shaa Allah.
Alhamdulillah kebanyakan dorm berada dalam keadaan baik dan bersih. Cuma ada lah cadar tak tegang, sampah bawah katil sikit dan dua tiga benda kecil. Naik sampai tingkat 3 dek pagi pagi. Tapi biasalah tu hihi. Bukan mengungkit cuma bercerita gitu.
Doakan majlis khatam quran berjalan dengan lancar dan terkawal. Saya harap bacaan pelajar cemerlang menjelang hari kejadian. Aamiin ya Rabb. Ustazah sedaya upaya menolong ya anak anak. Semoga bermanfaat.
Bilik Guru, Kota Marudu Sabah.
MEETING PLC BERSAMA PK1
Meeting dalam panas pun boleh dek. Mati karan sejak pagi. Bertabahlah. Terima kasih Ustaz kerana sudi guide kami yang baru belajar. Baik sangat PK1 ni alhamdulillah. Rezeki juga tu. Kenapa muka macam happy saja semua tu? Hihi. Bagus. Okay bye. Apa benda lah saya merepek ni.
Meeting ni sekejap saya kami buat. Sekejap pun dalam 30 minit juga. Kesian PK1 sudah penat tapi tetap teruskan dengan meeting. Dahlah panas. Tapi penting ni untuk PLC. Sepatutnya meeting di bilik mesyuarat tapi sebab mati karan, kami buat di kelas 2 Berlian.
Sir Danial, mohon cover sikit perut itu ya. Terima kasih. Okay gurau. Jangan risau dia tak marah. Dia pun selalu mengata saya. Sekian. Doakan kami guru guru baru dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan dedikasi dan amanah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
P/S: Sekarang jam 5.40 pagi. Saya kena mandi nak ke sekolah. Tapi saya kena check dorm dulu masa roll call. Warden gitu. Okay bye!
Monday, April 18, 2022
SHOPPING BERSAMA BASIRAH
Harini Kakda bawa saya dan Basirah membeli barang di Servay! Total saya beli RM114. Ha berbaloi dek sebuan tak keluar kahkah. Takdelah sampai sebulan sebenarnya. Mungkin dalam 3 minggu. Lama juga kan. Air mineral pun sudah habis. Ha membeli lah kita hari ini. Kebanyakannya saya beli makanan lah. Barang sekolah dua tiga saja kahkah.
Basirah pun beli sekali. At least ada lah kenangan saya dengan Basirah kan. Hihi. Lepas ke Servay, kami ke bazar pula. Saya beli nasi ayam berempah kukus dan air teh ais ada cincau. Sedap! Balik sekolah balik saya yang drive! Hihi. Bukan apa. Saya nak bagi peluang untuk Kakda on the phone with her special person gitu. Lagipun lama dah saya tak drive. Takut kekok nanti.
Sunday, April 17, 2022
PUTERI ISLAM
Seumur hidup saya, tak pernah terfikir akan join unit beruniform Puteri Islam. Dulu masa sekolah saya memang lari dari benda tu. Satu sebab memang saya tak aktif pun koku, dan satu lagi pakaian dia warna pink. Memang tidaklah. Namun, qadarullah sekarang dicampak dalam UB ni dan dijadikan ketua. Seriously ketua penasihat UB Puteri Islam? Saya memang tak sangka.
Kenapa mesti saya kahkah. Saya stress sebenarnya tapi apakan daya. Saya hanyalah seorang guru baru yang tidak mampu menolak apa apa kahkah. Taklah gurau saja. Saya cuma tak sangka akan masuk Puteri Islam. Kenapa mesti baju pink 😠Itu belum lagi kerja yang akan bertambah. Masih mencuba untuk menjadi sepositif mungkin. Namun diri ini hanyalah manusia biasa.
Saya dahlah tak ada basic langsung dalam UB ni. Apa benda pun saya tak tahu. Yang saya tahu uniform dia tema pink. Allahu apa yang patut aku buat. Tapi dah tak ada orang lain yang boleh ambil benda ni sebab kebanyakannya non muslim dan kalau muslim pun semua dah masuk UB lain. Hmm. Doakan saya.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, April 16, 2022
WARDEN PENAKUT
Alkisah yang ingin diceritakan, warden aspuri lagi dua orang iaitu Sue dan Elvy balik kampung sempena cuti sambutan Easter ni. Jadi tinggal lah saya seorang di bilik warden. Masa siang okay lagi, boleh buat itu ini dan tak sunyi. Tapi bila tibanya malam, lepas tarawih saya balik bilik. Sempat lagi video call dengan Syahadah. Lepas tu kan, terus rasa sunyi dalam jam 11 malam. Allahu macam mana ni.
Terus tiba tiba ketua asrama aspuri mesej saya, tanya ustazah okay ke. Hmm bila dia tanya macam tu, kau rasa daku nak kata okay ke? Haha. Saya terus minta dia hantar lah seorang pengawas untuk teman saya. Memang dia dah offer awal awal tapi saya tolak sebab ingatkan okaylah. Tapi akhirnya saya tumpas. Saya terpaksa minta tolong teman saya. Lagipun Syahadah cakap bahaya saya sorang sorang di sini.
Lepas tu datanglah pengawas ketuk pintu. Bukan 1, bukan 2 dek tapi 4 orang haha. Alhamdulillah tidaklah saya kesunyian semalam. Sempat lagi kami berborak, makan dan mereka ambil gambar. Saya layankan saja lah. Katanya ustazah boleh buat kenangan bila balik Semenanjung nanti. Yalah. Mereka macam budak budak lagi perangai. Comel sangat!
Seorang tidur dengan saya di atas katil, dan lagi 3 orang tidur bawah guna saya punya toto yang beli di Servay. Saya terbangun pukul 3 pagi dan lepas tu tidur balik. Saya tersedar lagi pukul 4 tepat dan kejutkan mereka supaya mereka boleh kejutkan pelajar asrama. Tapi saya terlelap balik kahkah. Saya tersedar bila mereka kejut saya untuk sahur. Makanan dah terhidang di ruang depan rumah warden. Wah! Saya bersahur beramai ramai buat pertama kali di Sabah.
Semua pengawas asrama Muslim dan beberapa pelajar Tingkatan 5 yang lain. Lauk ikan goreng dan sayur. Ada tembikai juga. Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua. Malam ini in shaa Allah mereka tidur sini sekali lagi sebab Elvy dan Sue balik esok mungkin. Malam esok ada meeting warden dan pengawas asrama.
P/S: Terima kasih Wani, Adibah, Nazwa dan Sernina temankan ustazah. Gitu sweet tak ustazah haha. Saya ada bagi mereka sepaket maggi kari dan mee goreng sedap. Semoga kenyanglah kahkah. Lagipun saya tak masak pun sekarang.
Kota Marudu, Sabah.
PUZZLE DAY
Kadang kadang saya bagi pelajar selesaikan puzzle yang saya beli di kedai RM2. Ada kelas yang berjaya selesaikan dan ada juga yang tak dapat sebab masa terhad. Lagipun boleh tahan susah juga puzzle ni. Saya sendiri pun ambil masa yang lama untuk siapkan. Kakda ada juga pinjam untuk pelajar kelas dia buat. Hihi.
Saya tengok ada pelajar yang jenis bekerjasama, ada juga pelajar yang tidak. Mereka macam taknak libatkan diri. Saya nampak saya yang dulu, dan mungkin sekarang? Hmm. Kalau pelajar yang jenis dua kali kita suruh dia tak buat juga, saya biarkan saja. Kalau kisah sangat nanti menyakitkan hati pula. Baik saya ignore.
Biasalah bila berhadapan dengan pelajar, masing masing punya karakter berlainan. Sebagai guru, boleh detect pelajar tu jenis macam mana. Apa yang dia nak. Setakat ini kalau yang jenis perlukan perhatian, saya masih beri lah. Tapi tengok juga keadaan. Hmm apalah yang saya cakap ni kahkah.
P/S: Tadi pagi lepas Subuh saya pergi kuarters Basirah untuk basuh baju. Asrama dan rumah warden teda air. Alhamdulillah settle basuh baju, keringkan dan jemur. Saya basuh pun ala kadar saja. Tak mau lah guna banyak sangat air di rumah orang. Bagus tak saya? Okay bye.
Kota Marudu, Sabah.
Friday, April 15, 2022
ABDULLAH ABBAS HANDSOME BOY
Saya masih di awang awangan mempunyai tiga anak saudara ya tuan puan. Tak sangka juga Abdurrahman sudah jadi abang setelah sekian lama membongsu. Abdullah Abbas comel! Alhamdulillah. Diduga sedikit dengan sakit tapi in shaa Allah kembali sihat dan aktif. Kalau tak silap Abbas lahir 23 Mac kan. Jadi dalam 3 minggu lebih sudah umur dia. Cepatnya kan. Tidak sabar mau jumpa! Mesti best sangat bau dia. Ya Allah kuatkanlah diriku ini.
Masa Abbas masih dalam perut Umi dia, saya dan Syahadah tertanya tanya lah macam mana muka baby nanti. Adakah akan ikut Iman atau Abdurrahman atau ada muka tersendiri atau campuran. Haha sampai ke situ kami fikir. Sekali, lain terus dengan kakak dan abangnya. Lepas tu masa baru lahir dia punya berbulu tak boleh bawa bincang dek. Haha. Rambut pun tebal semacam tak macam Iman dan Abdurrahman dulu.
Saya mandi tadi! Lepas tu solat dan bersedia untuk berbuka puasa. Saya nak basuh baju sebenarnya tapi ndada air bah. Macam mana mau ke sekolah nanti ndada baju mau pakai. Tudung pun belum basuh. Senang cerita belum basuh lagi kain baju yang dipakai minggu lepas. Sekian aduan saya untuk hari ini. Assalamu'alaikum W.B.T.
PELAJAR MENGAJAR DI DEPAN
Saya suruh pelajar baca intisari ayat Quran yang dipelajari di depan. Saya sebenarnya nak menggalakkan mereka untuk mahir membaca jawi. Seorang baca, yang lain ikut. Alhamdulillah mereka sangat aktif walaupun kelas dah last last. Ada yang pandai baca jawi tapi malu ke depan. Izwan, take note! Hihi. Ada yang kurang mahir tapi cuba untuk baca di depan. Bagus sangat! Itulah semangat yang kita mahukan. Ada yang memang mahir dan berani ke depan untuk baca. Good job class!
Semoga mereka juga dapat membaca Quran dengan lancar suatu hari nanti. Saya nampak semangat mereka untuk baca Quran tapi mereka tak dapat pembelajaran yang sepatutnya. Saya sedih sebenarnya tapi nak buat macam mana kan. Ibu bapa kenalah peka dengan masa depan anak anak. Tapi saya tak salahkan ibu bapa juga. Mungkin mereka sibuk. Semoga pelajar pelajar ambil inisiatif sendiri untuk mahir baca Quran.
![]() |
Ustazah Nina. |
Thursday, April 14, 2022
KENAPA MUKA USTAZAH TIADA GEMBIRA
Selama dua minggu persekolahan ni, sebetulnya saya dapat rest sikit saja. Sangat banyak kerja yang perlu disiapkan lagi lagi minggu ini. Di sekolah mungkin muka saya suram tidak seperti kebiasaan. Yalah walaupun kita senyum mungkin mata nampak lain kan. Basirah kawan saya pun pernah tegur saya kenapa macam saya berkhayal haha. Saya pun tak tahu apa saya fikir masa tu. Dalam kelas pun saya perasan yang saya makin serius dan kurang senyum. Saya rasa saya macam biasa saja tapi bila saya pandang pelajar yang bising, mereka terus diam. Selalunya tak macam tu. Mungkin mata saya serious haha.
Alkisahnya tadi kemuncak cerita ini. Saya bawa pelajar 3 Berlian ke surau. Sepatutnya kelas di kelas Ustaz Hazmin selalu guna tapi ada orang pula tadi. Jadi kami ke surau. Mereka gerak dulu. Saya jalan slow slow lah nak pastikan semua pelajar ke sana. Bila saya sampai sana, mereka masih belum masuk surau. Saya pun suruh lah mereka masuk dan saya pergi dekat Rizal dan cakap masuklah. Tapi lembut saja. Bukan marah pun. Lepas tu dia tanya, kenapa muka ustazah tiada gembira? Saya terus tersentap. Saya rasa bersalah sangat. Saya terus senyum dan cakap saya gembira sajalah. Dia pun cakaplah, tidaklah, saya nampak muka ustazah tiada gembira. Hmm saya rasa bersalah sangat 😠Maafkan ustazah. Semoga ustazah tak terbawa bawa penangan kerja itu ini di kelas. Kesian pelajar jadi mangsa.
Memang semenjak dua menjak ni dahi saya asyik berkerut. Saya tak pernah pun tinggal tarawih sejak duduk sini. Selalu tarawih dengan pelajar di surau. Tapi dua hari lepas saya terpaksa pantau saja mereka solat tarawih sambil buat kerja guna laptop. Saya harap lepas ni saya takkan tinggal tarawih lagi demi kerja lain. Saya tak salahkan sesiapa pun penyebab saya banyak kerja kahkah. Salah saya sebab selalu bertangguh. Okaylah saya rasa sampai di sini dulu saya punya penulisan di petang hari ini di atas katil. Saya mau solat Asar sekejap. Assalamu'alaikum W.B.T.
Wednesday, April 13, 2022
GURU PENYAYANG
Jam 6 pagi, berada di pintu pagar sekolah dan meyambut kedatangan pelajar ke sekolah. Berdiri selama sejam, takpe dek demi pelajar pelajar terchenta. Setiap hari persekolahan memang akan ada guru bertugas menyambut pelajar di pintu pagar sekolah. Saya hari ini iaitu setiap Rabu, bersama barisan guru guru yang rajin dan berdedikasi.
Ada seorang guru yang tiada iaitu Cikgu Sabinus. Hihi. Mungkin penat sebab selama beberapa minggu bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM. Okay jadi lepas habis sambut pelajar, ada perhimpunan tapi di kelas masing masing. Guru kelas kena ada di kelas dia. Macam saya berada di kelas 2 Permata masa perhimpunan, dengar ucapan guru.
Lepas perhimpunan terus ada kelas. Saya ada 3 kelas hari ini. Waktu rehat saya turun ke surau untuk pantau pelajar mengaji. Dua kali rehat lah kiranya. Tapi saya pantau sikit sikit saja sebab kena buat kerja guna laptop. Nak siapkan laporan CUP Pendidikan Islam. Sekarang pun belum siap lagi tapi melencong ke blog ini. Itulah saya kahkah.
Malam ini mungkin saya tak solat tarawih tapi tetap berada di surau lah lepas solat Isyak berjemaah untuk siapkan laporan CUP. Doakan saya. RPH pun saya belum siapkan. Kena hantar esok juga sekali dengan CUP. Esok saya ada 4 kelas, dan lepas habis sekolah saya ada mesyuarat panitia PAI buat kali pertama. Nervous! Ahlinya Ustaz Amran aka PK1 dan Ustaz Hazmin aka Ketua Warden.
Tapi kena buat dulu memo untuk mesyuarat. In shaa Allah dipermudahkan. Doakan saya ya. Semoga saya kuat dan diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan semua kerja yang diamanahkan kepada saya ini. Macam Ustaz Hazmin cakap, be positive. Okay ustaz, in shaa Allah. Semoga saya terus positif dengan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.
Bilik Warden, Kota Marudu.
Monday, April 11, 2022
SENARAI TUGAS
Setiap jawatan dan tugas yang diberi, saya cuba ambil secara positif. Macam Abah dan Umi bilang, anggap ini sebagai pengumpul pengalaman. In shaa Allah.
1. KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2. KETUA KELAB PENDIDIKAN ISLAM
3. KETUA UB PUTERI ISLAM
4. GURU KELAS 2 PERMATA
5. WARDEN ASPURI
HIAS KELAS BERSAMA 2 PERMATA
Asalnya saya hanya perlukan tiga orang saja pelajar untuk tolong saya hias kelas, akan tetapi alhamdulillah anak anak kelasku semuanya bersemangat waja ya tuan puan. Sekelas datang. Haha. Ada lah dalam tiga orang saja yang tak ada. Saya rasa mereka comel sangat. Level adik adik saya sangat. Haha.
Tapi saya kesian dekat mereka sebab saya tak ada bahan sangat untuk hias. Jadi sekadar hias ala kadar buat masa ini. Letak nama di meja, lekatkan jadual bertugas dan beberapa perkara lagi. Masalahnya budak zaman sekarang yang ada handphone, main TikTok lah dek. Allahu macam macam. Dalam kelas yang tolong hias ada alhamdulillah, ada juga yang datang buat video dengan kawan. Apo. Haha.
Semoga ustazah berkesempatan untuk membeli barang untuk hias kelas dan menjadikan kelas kita ceria, kondusif dan selesa untuk belajar. In shaa Allah. Doakan ya. Sekarang saya masih sibuk dengan benda lain. Banyak juga benda saya kena buat. CUP, mesyuarat panitia dan sebagainya. Taknaklah detail sangat, kahkah.
Bilik Warden, Kota Marudu.
MOREH DALAM GELAP
Percaya atau tidak, saya antara yang masak makanan moreh haritu! Hihi. Walaupun dalam gelap, alhamdulillah kami berjaya menyiapkan maggi telur tambah sosej dan fishball dan air milo sejuk. Dihidangkan kepada 75 orang pelajar asrama. Kami makan dalam gelap di bawah lampu yang malap di surau besar. Lepas solat tarawih mereka tunggu di surau sehinggalah makanan siap. Kami masak di bilik warden lelaki aka pejabat Ustaz Hazmin.
Saya pun makan sekali. Hihi. Tapi pedaslah! Dahlah saya dapat yang banyak. Alhamdulillah kenyang ya kami malam itu. Semoga Allah permudahkan urusan penyediaan moreh yang seterusnya. Yang sponsor untuk minggu ini adalah saya dan Ani Sofea. Kami disuruh untuk sponsor lah kahkah. Tapi demi kebahagiaan dan kegembiraan anak anak asrama, kami dengan rela hati menyumbang ya tuan puan. Gaji belum masuk, guna duit Abah Umi saja kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, April 9, 2022
PROGRAM JOM SAHUR
Program Jom Sahur dijalankan secara serentak seluruh Sabah. Sekolah saya antara yang menjalankannya ya tuan puan. Banyak juga pengalaman saya di sini setakat ini ya alhamdulillah. Kalau nak recall pengalaman saya dulu dulu di sekolah atau universiti memang ada debu sajalah haha. Asyik terperap dalam bilik saja. Alhamdulillah Allah hantar saya ke sini melalui pengalaman yang sangat berharga ini.
By the way, 9 April 2022, kami berkumpul di surau besar seawal jam 3 pagi dan solat tahajjud, hajat dan taubat secara berjemaah. Malam sebelum tu saya dan pengawas asrama cari doa untuk dibaca pagi esoknya tu, di bilik warden aka pejabat ustaz. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya. Ustaz Amran pun join kami sekali. Bersahur pada pukul 4 lebih di dewan makan aspura. Saya dan Basirah makan sekali dengan Ustaz Hazmin dan Ustaz Amran. Hmm awkward tapi mereka baik. Hihi. Okay bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)