Friday, April 29, 2022

KEPULANGAN PELAJAR ASRAMA KE RUMAH

Terasa kosong hati ini. Tidak ku tahu mengapa. Hampir sebulan bersama sama dengan aspura aspuri Muslim, berpuasa dan bertarawih di surau setiap malam. Kini, tiada lagi semua itu. Mereka sudah pulang ke pangkuan keluarga masing masing untuk menyambut hari raya. Tinggal ku sendiri di sini bertemankan Basirah. 

Tidak ku sedar betapa singkatnya tempoh itu. Bersama mereka ku rasa gembira. Kadang kadang geram. Begitulah melayan kerenah anak anak asrama yang sudah ku anggap seperti adikku sendiri. Begitu kita berpuitis ya adik adik. Sekarang saya dengan Basirah berdua saja. Asrama kosong tanpa pelajar. Hati saya pun terasa kosong. Hari hari nampak pelajar tapi hari ini semua balik. Sedih 😭 Hmm gayanya macam tak jumpa mereka lepas raya kahkah. 

Cuma sedihlah sebab mesti lain sudah lepas ni sebab bukan bulan Ramadan lagi. Banyak aktiviti kami lakukan bersama sepanjang puasa. Program Ihya' Ramadan, majlis khatam Quran, majlis berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan tarawih. Raptai untuk majlis khatam banyak kali, berlatih mengaji. Mengaji bersama. Setiap waktu rehat pelajar mengaji di surau. Tiada lagi lepas ni. Kalau ada tahun depan pun, pasti tidak sama lagi dengan tahun ini. 

Tapi begitulah kehidupan. Berlalu tanpa kita sedari. Bila tersedar sudah terlambat. Jadi manfaatkan setiap waktu yang kita ada. Jangan sia siakan. Jangan ikut kata hati. Jalani kehidupan dengan penuh sederhana. Sekian tazkirah malam Jumaat bersama Ustazah Syahirah. 

Selamat hari raya semua. Selamat hari raya anak anak asrama sekalian. Begitu. Semoga ramadan kali ini menjadi asbab kita semua ke syurga Allah yang tertinggi. Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. In shaa Allah. Saya akhiri kata kata saya malam ini dengan assalamu'alaikum W.B.T. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment