Saturday, April 16, 2022

WARDEN PENAKUT

Wani punya teddy bear.
Alkisah yang ingin diceritakan, warden aspuri lagi dua orang iaitu Sue dan Elvy balik kampung sempena cuti sambutan Easter ni. Jadi tinggal lah saya seorang di bilik warden. Masa siang okay lagi, boleh buat itu ini dan tak sunyi. Tapi bila tibanya malam, lepas tarawih saya balik bilik. Sempat lagi video call dengan Syahadah. Lepas tu kan, terus rasa sunyi dalam jam 11 malam. Allahu macam mana ni.

Terus tiba tiba ketua asrama aspuri mesej saya, tanya ustazah okay ke. Hmm bila dia tanya macam tu, kau rasa daku nak kata okay ke? Haha. Saya terus minta dia hantar lah seorang pengawas untuk teman saya. Memang dia dah offer awal awal tapi saya tolak sebab ingatkan okaylah. Tapi akhirnya saya tumpas. Saya terpaksa minta tolong teman saya. Lagipun Syahadah cakap bahaya saya sorang sorang di sini. 

Lepas tu datanglah pengawas ketuk pintu. Bukan 1, bukan 2 dek tapi 4 orang haha. Alhamdulillah tidaklah saya kesunyian semalam. Sempat lagi kami berborak, makan dan mereka ambil gambar. Saya layankan saja lah. Katanya ustazah boleh buat kenangan bila balik Semenanjung nanti. Yalah. Mereka macam budak budak lagi perangai. Comel sangat!

Seorang tidur dengan saya di atas katil, dan lagi 3 orang tidur bawah guna saya punya toto yang beli di Servay. Saya terbangun pukul 3 pagi dan lepas tu tidur balik. Saya tersedar lagi pukul 4 tepat dan kejutkan mereka supaya mereka boleh kejutkan pelajar asrama. Tapi saya terlelap balik kahkah. Saya tersedar bila mereka kejut saya untuk sahur. Makanan dah terhidang di ruang depan rumah warden. Wah! Saya bersahur beramai ramai buat pertama kali di Sabah.

Semua pengawas asrama Muslim dan beberapa pelajar Tingkatan 5 yang lain. Lauk ikan goreng dan sayur. Ada tembikai juga. Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua. Malam ini in shaa Allah mereka tidur sini sekali lagi sebab Elvy dan Sue balik esok mungkin. Malam esok ada meeting warden dan pengawas asrama. 

P/S: Terima kasih Wani, Adibah, Nazwa dan Sernina temankan ustazah. Gitu sweet tak ustazah haha. Saya ada bagi mereka sepaket maggi kari dan mee goreng sedap. Semoga kenyanglah kahkah. Lagipun saya tak masak pun sekarang. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment