Friday, April 1, 2022

HAPPY BIRTHDAY SYAHADAH

Birthday girl kita menyambut hari lahir nun jauh di perantauan ya. Tapi tak sedih pun sebab Kakcik dan Abe Cik buat suprise! Bestnya 😭 Time aku tak ada pula buat suprise hmm saya keseorangan kahkah okay gurau. Cute bethol saya tengok Syahadah terkejut kena suprise dalam video yang Kakcik hantar. 

Dapat kek dek, kau hado? Lepas tu dapat pula stok makanan letak dalam locker yang barangkali Kakcik borong satu kedai dan juga dapat KFC. Dekat mana lagi nak cari abang ipar dan kakak macam ni hihhi. Alhamdulillah ala kulli hal. Tapi baguslah mereka sampai pada masa yang tepat. Masa Syahadah tengah down tak ada semangat dan nak balik rumah. Gitu kau. 

Alkisahnya Kakcik suruh Syahadah tunggu runner. Katanya ada barang nak dihantar. Macam yang Kakcik buat untuk saya tu. Syahadah pun dengan penuh taat setia menunggulah ianya di depan MO. Sekali Kakcik datang dari belakang bawa kek. Terkejut beruk budak tu. Terngiang ngiang Syahadah punya suara di telinga saya, "Kakcik~~~". 

Apapun, selamat ulang tahun hari lahir ke-20 adikku sayang. Adikku yang beriman, mulutnya terkumat kumit setiap masa membaca doa dan berselawat ya tuan puan. Jangan main dengan adik saya. Ilmu banyak tu. Banyak daripada saya lagi. Saya pun banyak belajar daripada Syahadah. Alhamdulillah impiannya untuk menjadi pelajar TAASL tercapai. Nak jadi cikgu dek. Kelas kau jah. 

Semoga Syahadah sentiasa menjadi contoh terbaik kepada orang sekeliling sepertimana dia sekarang lah. Selalu juga nasihatkan saya kahkah. Semoga Syahadah dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan rezeki yang halal. Saya tak pandai nak doa panjang panjang di sini. Cukuplah dengan saya berdoa untuknya lepas solat ya tuan puan. 

Kaksha doakan juga Kaksyadah cemerlang dalam apa saja yang Kaksyadah buat dan mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Semoga segala cita cita dan impian Kaksyadah tercapai. Tak mau sedih sedih ya di universiti. Kau kan ada Kakcik yang duduk dekat saja. Bersin pun dengar okay bye. 

Syahadah ni, dialah tempat saya lepaskan geram dan saya juga tempat dia lepaskan geram. 1-1. Tempat saya luahkan perasaan dan ceritakan apa apa. Dia sangat memahami tapi acah acah tak faham sebab nak kekalkan status budak. Sumber nasihat untuk saya. Macam macamlah. Yang penting dia tahu saya sayang dia sangat sangat. Gitu dek kau hado?

P/S: Yang penting dia rasa tarikh birthday dia cantik dan special. Erk macam mana kita nak betulkan orang macam ni kahkah okay bye. 

I love you Syahadah ❤

1 comment: