Assalamu'alaikum W.B.T. Hari ini adalah hari ke-4 umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. Saya tidak sedar pun sudah masuk hari ke-4 puasa. Hihhi. Yang penting puasa saya di sini sendu. Hihi takdelah. Okay alhamdulillah. Walaupun bukan di sisi keluarga terchenta, saya ditemani oleh warga sekolah dan orang sekeliling yang baik baik alhamdulillah dan mengisi kekosongan saya.
Ceritanya pagi tadi saya bertugas sempena program Guru Penyayang. Kami sambut pelajar yang datang. Pagi cikgu, pagi! Begitulah skripnya setiap kali pelajar lalu. Yang bertugas tadi, PKKO Cikgu Meijil, Cikgu David, Cikgu Sabinus, Elvy dan Kakda. Saya pun sekali lah. Hihi. Saya keluar dari bilik seawal 5.30 pagi ya tuan puan. Saya orang pertama yang punch card harini. Yeahhh!
Saya pun naik bilik guru dan suasananya boleh tahan menakutkan kahkah. Tapi saya buat rileks sajalah. Tadi masa bertugas saya sempat berbual dengan Cikgu David. Selama ni tak berkesempatan berbual pun. Pukul 6.50 pagi kami bertolak balik ke bilik guru lah. Saya dengan Kakda jalan saja. Sedih! Menarik kan cerita saya? Hihi. Pengalaman yang baru untuk saya alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment