Tuesday, April 5, 2022

TEAM WARDEN ASRAMA

Mempersembahkan warden asrama terhebat! Hihhi tiber. Okay walaupun ada orang judge saya muka tidak rela jadi warden, tapi saya sebenarnya saya terimanya dengan hati terbuka. Sebenarnya panjang ceritanya sebelum saya disahkan menjadi warden. Pelbagai drama terjadi ya tuan puan. Saya hidup berpindah randah ke situ ke sini. Hmm sedih. Tapi saya percaya, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya in shaa Allah. Lari lah ke mana pun, kalau itu yang sudah tertulis untuk kita, itulah yang kita kena terima. Betul ke tidak?

Okay bye nanti sambung lagi mau tidur ni. Dadai 🌟 Okay sambung lagi. Saya baru lepas solat Zuhur. Tadi lepas balik sekolah lepak atas katil dulu kahkah. Saya sebenarnya dah lari dari jadi warden lepas PKHEM dua tiga kali pujuk saya. Sekali lepas dua hari pindah rumah sewa, pengetua panggil ke bilik dia dan arahkan saya jadi warden. Habis cerita. Pindah lah lagi ke sekolah tapi kali ini bilik warden. Nantilah saya cerita lagi. Nak solat Asar. 

No comments:

Post a Comment