Hari ini adalah hari terakhir bulan ini. Bulan yang menyaksikan saya bergelar seorang guru. Gitu dek. Sekejap rasa masa berlalu. Awal bulan haritu bukan main lama eh masa. Menangis tak berlagu saya nak balik rumah. Yalah masa tu terperap saja dalam bilik kuarters. Siapa yang tak stress macam tu kan. Bila dah start sekolah walaupun PDPR, okaylah sikit kehidupan sebab sibuk dengan itu ini kan. Tak terfikir sangat nak balik. Tapi hati tetap nak balik.
Anak saudara saya lahir bulan Mac! Sama bulan dengan bapaknya ya. Saya ingatkan dia akan lahir 1/4/2022. Sama dengan MamaDa nya. Tapi perancangan Allah lain ya tuan puan. Abdullah Abbas cute! Hihhi. Saya nak tahu sangat reaksi Iman dan Abdurrahman bila jumpa adik mereka. Along bagitahu Abdurrahman mandi dan bersiap cepat cepat lepas Abi dia ajak ambil Umi dia dan adiknya di hospital. Lepas tu dia cakap ni adik Abdurrahman, bukan adik Iman. Saya memang boleh bayangkan dia cakap macam tu.
Random bethol cerita saya hari ini ya. Haa harini saya makan dengan cikgu cikgu lama! Saya borak dengan mereka. Hihhi. Biasanya kan saya makan dengan geng 4 orang. Tapi masa saya mesyuarat panitia tadi mereka tinggal saya! Pergi makan di kantin. Sedih~ Tapi ada hikmahnya ya tuan puan. Bolehlah saya bersuai kenal dengan cikgu lain kan. Mereka ada cerita juga pasal skop kerja warden. Benda yang selalu terjadi dekat asrama dan sebagainya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment