Thursday, March 24, 2022

BABY BELUM ADA NAMA


Harini dapat tengok muka baby! Kaklong discharge harini alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan Kaklong melahirkan baby. Walaupun tahu tahu dah keluar baby, tapi saya anggap ia satu perjalanan yang sangat smooth untuk Kaklong. Nama baby belum tahu lagi. Yang excited terlebihnya Mama Da lah. 

Tengoklah muka baby tu! Comel tak? Kiranya semua muka lain lain ke macam mana? Iman lain, Abdurrahman lain dan baby ni pun lain. Nampak macam ambil gen family belah Abi dia ni haha. Berbulu bulu ya dek. Seingat saya Iman dan Abdurrahman tak lah selebat ini rambut dan bulunya. Bulu kening pun boleh tahan lebat baby baru ni. Yang penting, sihat in shaa Allah. 

Muka baby kan sentiasa berubah ubah. Tunggu besar sikit lah baru boleh tengok muka sebenar. Nasiblah Mama Sya jauh di Sabah, Mama Da pun boleh tahan jauh juga di Selangor. Suspen betul lah nama budak ni. Mungkin Along dan Kaklong pun tengah pening nak fikir nama anak ketiga ni ya. Haha okaylah biarlah mereka berfikir. Kau nak sangat nama Abdullah Marwan kan, haa letak dekat anak kau sendiri ya. *pesanan untuk diri sendiri* kahkah.

Bye assalamu'alaikum W.B.T.

No comments:

Post a Comment