Thursday, March 10, 2022

RUNNER RM20

7 Mac 2022, saya menangis rindu kan rumah dan juga rasa nak balik. Saya call Kakcik. Kesian Kakcik tengah happy tengok Big Stage kena layan saya menangis. Sejam lebih kami bercakap di telefon. Macam macam gaya Kakcik pujuk saya. Hihi. Akhirnya saya berhenti menangis. Kakcik nak hantar buku supaya saya tak bosan dan asyik ingatkan rumah. Kakcik tanya buku apa saya suka, tapi saya tak jawab. Saya pun tak tahu saya prefer genre apa.

8 Mac 2022, Kakcik call suruh turun kuarters ambil barang dengan runner. Allahu lajunya Kakcik buat kerja. Kakcik hantar makanan dan juga dua buah buku. Itupun Kakcik kata runner ambil saja buku apa yang ada di kedai sebab tak ada pilihan sangat di pekan Kota Marudu. Dahlah bayar runner mahal. At least RM20. Serious mahal tu. Tapi demi adiknya yang ngada ngada, Kakcik sanggup buat apa saja. Makanan yang Kakcik hantar chocolate dua keping besar, mi goreng Sedap dua, air susu HL strawberi dan juga serakit telur. Banyaknya! Alhamdulillah. 

Bayangkan Kakcik di Negeri Sembilan, saya di Kota Marudu dan dapat terus barang yang Kakcik hantar selepas mengadu menangis pada hari sebelumnya. Terima kasih Kakcik kerana melayan adikmu ini. Sanggup habiskan banyak duit demi adik yang ngada ngada ini. Saya harap saya dapat balas jasa baik Kakcik dan Abe Cik dengan sesuatu yang jauh lebih besar in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.

P/S: Saya berjaya habis baca sebuah buku dalam masa dua hari. Sangat impressive bagi seorang saya yang membaca bukan kegemarannya. Sekarang tengah baca buku satu lagi. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment