Alhamdulillah hari ini tanggal 23/3/2022 di tengah tengah Mama Sya sibuk mesyuarat dalam keadaan yang panas sebab nda ada karan, lahirlah seorang putera ke dunia ini. Mama Sya sudah ada 3 orang anak saudara, alhamdulillah! Seorang perempuan, dua lelaki. Dulu masa mula mula scan doktor kata perempuan. Keluarnya lelaki. Hihi.
Semoga anak yang baru lahir ini menjadi seorang yang comel, soleh, berakhlak mulia dan menjadi penyejuk hati ibu bapa dan semua orang. Nama belum tahu lagi. Angah teka Abdullah Fahmi. Saya teka Abdullah Marwan. Cantik kan? Tapi hak untuk letak nama itu ada pada ibu bapanya. Saya hanya mampu meneka. Along kata dah ada beberapa nama. Tunggu nak pilih saja. Excited Mama Sya nak tahu nama.
Mula lah perjalanan hidup Abdurrahman sebagai seorang abang ya teman teman. Mari kita tengok macam mana dia handle kemarahan kahkah, mengalah ke tak dengan adik dia atau menjalani nasib yang sama macam Iman. Iman dah legend dah. Iman sangat bertolak ansur dengan Abdurrahman. Kakak sulung lah katakan. Penyabar orangnya. Alhamdulillah. Kita tengok Abdurrahman macam mana ya.
Okaylah bye.
No comments:
Post a Comment