12/3/2022
Assalamu'alaikum W.B.T. Alhamdulillah hari ini rezeki dapat makan KFC. Saya contact runner tu pun dah lambat dah. Tapi nasib baik dia masih available. Saya start mesej tak bagi salam apa pun sebab takut non-Muslim. Rupanya Muslim dek. Dia datang hantar KFC bawa isteri dia yang pakai tudung hihi.
Ceritanya saya terpaksa berjalan jauh sangat untuk ambil KFC dengan runner tu di pagar sekolah sebab dia kata guard tak bagi masuk sampai kawasan kuarters. Jenuh saya berjalan sampai berdenyut kepala. Yalah jalan di sekolah saya ni berbukit bukau ya tuan puan. Dah lah jauh. Tapi saya bersyukur sebab ia menjadi asbab untuk saya berjalan dan ambil angin. Kalau tak memang saya terperap saja dalam bilik.
Cas runner RM20. Saya order snack plate combo 2 set dan nugget yang 6 keping. Total semua sekali dengan cas runner adalah RM62. Bayar cash. Nasib baiklah dia baik terima cash. Asal nya dia suruh transfer duit tapi saya tak pandai online banking. Hihi. Dia pun okay saja saya bayar cash. Baik kan? Hello snack plate tu satu set Kak Nina order ya. Bukan saya baham dua dua set tu. Tiber sensitif.
Makin meningkat usia ni stamina makin menurun ya. Ada kaitan dengan usia ke? Masa zaman universiti rileks saja saya berjalan di jalan berbukit, naik turun tangga di kulliyyah. Sekarang jalan sikit pun dah mengah kahkah. Adakah sebab umur dah nak masuk akhir 20-an. Ehh sorry eh saya masih muda baru 25 tahun. Okay bye.
P/S: Kak Nina kata lain kali biar dia order. Runner semua dah biasa dengan Kak Nina. Jadi mereka boleh saja hantar sampai di kuarters ni. Hehe okay Kak Nina. Takpelah pengalaman kan. By the way, guard tadi baiknya. Okay bye.
No comments:
Post a Comment