Assalamu'alaikum W.B.T.
Hari ini hari pertama saya tidur di rumah sewa saya. Perasaan saya bercampur baur bila berpindah. Saya sedih meninggalkan kuarters. Walaupun sekejap, banyak kisah saya bina di kuarters. Menangis sebab nak balik, proses recovery, itu dan ini. Dahlah pemandangan dari kuarters sangatlah cantik. Boleh nampak laut. Langit pula kalau petang petang mashaAllah. Kaknina pula sangat baik. Aveney pun sangat baik. Saya dah selesa dengan rumah tu walaupun ada masalah air. Macam nostalgik kan. Tempat pertama saya tinggal sejak penempatan.
Tapi ada hikmahnya saya berpindah ke rumah sewa. Ia banyak benefit untuk jangka masa panjang, in shaa Allah. Housemate saya pun alhamdulillah baik baik. Seorang dari Penang dan seorang lagi Selangor. Saya suka di sini setakat ini. Sekarang pukul 6.05 pagi. Semalam saya tidur lambat tapi terbangun awal pula pagi ni. Hihi. Boleh tahan panas juga bilik semalam. Tapi seorang saya mampu bertahan ya tuan puan. Alhamdulillah.
Harini in shaa Allah saya akan ke pasar tamu bersama Kakda. Nak kenal lah tempat orang kan. Masa duduk kuarters nampak asrama budak saja. Hihi. Di sini luas lah sikit pemandangan. Tapi Umi pesan jangan suka suka keluar. Jangan biasakan diri keluar situ sini. Keluar bila perlu saja. In shaa Allah Umi! Haritu jiran rumah sebelah ni ajak housemate saya pergi kenduri. Best sangat nampak! Boleh kenal culture orang kan. Sporting kan jiran saya? Dia ustazah.
Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan pagi saya. Saya lapar. Semalam tak makan pun. Sejak PDPR di sekolah ni, saya tak sempat nak makan malam. Nak buat macam mana, balik bilik rasa penat. Bilik pun tak terurus. Mungkin sebab baru lagi kan. Tak terbiasa dengan keletihan itu. Okaylah bye assalamu'alaikum.
![]() |
Pemandangan dari kuarters. Nampak tak laut? |
No comments:
Post a Comment