11/3/2022
Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat malam. Sekarang pukul 7.29 malam dan saya tengah tunggu masuk waktu Isyak di sini. Hari ini masuk hari ke-9 saya ditinggalkan di Kota Marudu, keseorangan tanpa insan yang dikenali. Gitu suspen tak? Alhamdulillah saya sudah beransur pulih dari homesick. Saya memang masih homesick tapi masa terluang dengan membaca buku yang kakak saya belikan dan melayan kehidupan seharian. Selagi tak buka sekolah macam inilah gayanya. Saya masih di kuarters sekarang. Tak tahu lagi macam mana urusan mahu ke rumah sewa. Semoga Allah permudahkan. Allahumma aamiin.
Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berkenalan dengan orang orang baru di sini. Mereka sangat baik. Antaranya Kak Nina dan juga Kak Ramidah. Mereka bekerja di pejabat sekolah. Harini Kak Ramidah belanja saya nasi goreng pataya. Saya nak bayar tapi Kak Ramidah cakap tak payah. Alamak serba salah pula saya. Tapi saya terima dengan hati terbuka sebab saya ingat Abah pesan, jangan tolak pertolongan orang. Jangan buat dia terasa. Hihi okay. Tapi memang dia sangat baik melayan kerenah saya dengan sistem sekolah lagi. Panjang cerita kalau nak cerita semua. Tapi cukuplah tahu yang dia sangat baik walaupun baru kenal saya. Mungkin taknak guru Semenanjung ni lari kahkah.
Kak Nina juga pekerja di pejabat sekolah. Sekarang saya tumpang kuarters Kak Nina lah. Hari hari masak nasi untuk saya. Selalu tanya itu ini. Kak Nina juga share internet dia dengan saya sebab saya punya line Redone lambat dekat sini. Alhamdulillah saya dikelilingi oleh orang yang baik baik. Harapnya berpanjangan dan berterusan in shaa Allah. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Kak Nina dan juga Kak Ramidah.
Sekolah saya sangat cantik dan besar. Cuma saya sedih sebenarnya, saya datang dengan harapan ramai guru dari Semenanjung di sini. Rupanya ada beberapa yang baru berpindah dan tinggal dua orang saja guru Semenanjung di sini. Sedih! Rasa macam dikhianati tanpa sebab. Tapi tak apalah. Mereka ada hak untuk berpindah. Bukan begitu? Semoga baik baik saja di sini in shaa Allah.
Okaylah sudah masuk waktu Isyak pun. Saya mahu solat dan lepas tu nak chatting dengan Syahadah. Sekarang dia sedang berbuka puasa. Haa saya bila nak habiskan ganti puasa ni. Doakan saya ya. Saya sebenarnya belum dapat sesuaikan diri dengan kitaran masa di Sabah ni. Semoga cepat biasa ya. Okaylah bye assalamu'alaikum.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment