Memang impianku dari kecil ingin menjadi seorang guru. Ditambah lagi dengan kerjaya Abah dan Umi sebagai pendidik, menguatkan lagi keinginanku untuk bergelar seorang pendidik anak bangsa. Gitu~ Pendidik yang berkaliber, berdedikasi, rajin, sabar seperti Abah dan Umi. In shaa Allah. Doakan.
Dulu bercita cita untuk menyambung pelajaran di IPG seperti Abah dan Umi, namun tidak kesampaian bila aku gagal di pusingan pertama lagi. Hihi. Tapi rezeki ku diterima masuk TAASL selepas beberapa cabaran harus kutempuhi. Walaupun lambat daripada kawan kawan aku yang lain, aku bersyukur langkah pertama telah berjayaku tempuh iaitu bergelar pelajar pendidikan di UIA.
Tanggal 1 Mac 2022 merupakan tarikh keramat bagiku apabila aku selamat melapor diri sebagai seorang pegawai pendidikan nun jauh di Sabah, daerah Kota Marudu yang bagiku jarang didengari selama aku hidup. Namun aku bersyukur diberi peluang menjadi seorang pendidik dan aku berharap aku dan kawan kawan seperjuangan akan menjadi pendidik yang berdedikasi dan jujur dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Allahumma aamiin.
Ada antara kawan kawanku dihantar ke Sabah sama sepertiku, ada juga yang dihantar ke Sarawak dan ada juga yang dihantar ke Kuala Lumpur. Di mana pun kita berkhidmat, niat lah kerana Allah dan sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Cabaran saya sekarang adalah terlalu bosan berseorangan di kuarters guru. Hihi. Tapi alhamdulillah terubat dengan buku dan makanan yang kakakku hantar dari jauh.
Cabaran kedua saya adalah terpaksa mengajar subjek Pendidikan Islam walhal selama ini saya belajar untuk mengajar Bahasa Arab. Apapun, jadikan ia sebagai motivasi dan asbab untuk kita menjadi lebih berilmu dalam ajaran Islam dan menjadi Muslim dan Muslimah sejati. Semoga kawan kawanku yang belum berpeluang untuk posting akan diberikan rezeki posting tidak lama lagi in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Allahumma aamiin.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment