Wednesday, February 23, 2022

Umi's Birthday

Happy birthday Umi! 

Harini, 8 Mac 2022 baru saya sempat nak berblog. Selamat hari lahir Umi yang ke-58. Abah dan Umi sentiasa muda pada saya tak kiralah berapa pun umur mereka. Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, permudahkan rezeki yang halal buat mereka, memberi mereka ketenangan dan jauh dari segala masalah, dipanjangkan umur, sentiasa diberkati, dirahmati dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Allahumma aamiin. 

Semoga dipermudahkan urusan Abah Umi cuci rumah akibat banjir dibantu oleh Alang dan Adik atau sesiapa sahaja yang ada di rumah sekarang. Hanya Allah yang tahu betapa banyaknya dan besarnya pengorbanan Abah Umi selama ini lebih lebih lagi untuk hantar saya ke Sabah ni. Tak dapat saya ungkapkan dengan kata kata atau tulisan betapa bersyukurnya saya mempunyai ibu bapa seperti Abah dan Umi. 

I love you Abah dan Umi ❤

P/S: Birthday Umi 23 Februari lagi tapi harini 8 Mac saya baru sempat nak update blog. Sekarang saya di Kota Marudu dan internet tak berapa kuat sangat. Saya tumpang internet kakak nina sekarang. Banyak sangat benda yang saya nak ceritakan tentang perjalanan saya dan keluarga ke Sabah tapi saya pasti ia akan jadi sangat panjang. Coming back soon in shaa Allah. 

No comments:

Post a Comment