Friday, February 18, 2022

Mukhlisin's Birthday


Selamat hari lahir adikku sayang yang ke-15 tahun. Rasa macam baru saja Mukhlisin dilahirkan di dunia ini. Walaupun saya masih kecil ketika Mukhlisin lahir, tapi sebagai anak yang paling tua di rumah masa tu, saya bertanggungjawab untuk jaga Mukhlisin. Pernah saya mandikan Mukhlisin dalam sink dapur sampai hampir lemas sebab masuk air dalam hidung. Hihi sorry. Kakak cuba dek. Masa tu saya pun baru 10 tahun.

Terakhir saya lebih tinggi dari Mukhlisin pada tahun 2019, masa tu Mukhlisin darjah 6. Sekarang sedih dek. Dia dah tinggi dari semua orang dalam keluarga kecuali Abah. Abah saya tinggi. Hihi. Suara Mukhlisin pun dah garau tahap 6. Walaupun dia makin matang, tapi dia tetap macam dulu. Macam budak budak. Selalu ajak saya dan Syahadah main kahkah. Kalau saya macam sibuk sikit mula lah dia buat muka sedih tak puas hati. Walau apa pun jenis permainannya, tak pernah tinggal main ya kawan kawan.

Sekarang alhamdulillah Mukhlisin dah jadi hafiz Quran, dah hafal 30 juz al-Quran. Cuma dia nak buat syahadah. In shaa Allah selesai pada bulan puasa tahun ini. Semoga Allah permudahkan. Allahumma aamiin. Semoga Adik menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan tinggi dan bermanfaat untuk ummah. Semoga dipermudahkan segala urusan Adik dan semoga Adik diberi kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah dan dapat capai segala cita cita dan impian Adik. Semoga Allah lindungi Adik daripada segala bahaya dan kemudaratan dan diberi kesihatan yang baik sentiasa. Allahumma aamiin.

P/S: Gambar di atas dia ambil sendiri ya tuan puan. Biasa lah syok sendiri. Hihi okay gurau. I love you Adik ❤ Okaylah saya mahu makan. Sekarang pukul 12.33 tengah malam. Saya dan Syahadah nak makan! Makan sambil tengok drama Thai, Husband In-Law. Bye assalamu'alaikum. 

18/2/2022

No comments:

Post a Comment