Jumaat lepas, saya tertonton The Masked Singer Malaysia 2 episod 1. Dah dekat penghujung dah saya tengok. Adalah beberapa yang saya tengok. Yang paling saya suka ada dua orang. Pertama adalah Bujang Senang. Saya rasa Akim kot. Hihi. Dia nyanyi lagu Yank. Best! Suara serak serak basah.
Yang kedua Mat Penyu, nyanyi lagu Gemuruh. Best juga! Saya suka tengok lenggok badan dia. Macam natural tak dibuat buat. Tapi saya clueless tak tahu siapa dia. Tak boleh nak agak siapa. Hihi. Malam ni nak tengok lagi episod 2. Harap harap saya boleh teka lah siapa mereka. Saya rasa ada Iman Troye juga. Minggu lepas dia nyanyi lagu Isabella.
P/S: Tahniah Usop kerana telah mengakhiri zaman bujang hari ini bersama pilihan hati terchenta, Teha. Cantik na anak mami. Pi mai pi mai tang tu. Semoga Allah memberkati rumahtangga mereka dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Allahumma aamiin. Bye!
No comments:
Post a Comment