Assalamu'alaikum W.B.T. Harini sampai lagi satu kotak buku dari kakak dan abang iparku. Punya banyak dia bagi buku dek! Alhamdulillah takde lah sunyi sangat saya nanti kan. Buku buku yang dihantar alhamdulillah nampak interesting semuanya. Ada yang saya dah baca tapi boleh repeat baca sebab best. Abe Cik pesan maximum baca 1 buku sehari saja. Hihi. Harini saya start baca buku pertama, iaitu Oh, Mama Tiriku! Sekarang dah masuk muka surat 337. Cepat ke tak cepat dek.
Saya tak ada specific genre yang saya suka bila baca buku. Asalkan buku tu interesting, jalan cerita dia okay, saya baca saja. Senang kata tak memilih ya. Gitu. Kemas tak dek. Haha. Sekarang saya sedang menunggu 3 barang untuk sampai dan semoga dipermudahkan semua barang itu untuk sampai ke tangan saya. In shaa Allah. Pertama, buku Hidup Ibadat. Kedua, tempat sangkut baju. Ketiga, simkad Yes. Yang first dan second Abah saya yang hantar. Yang third kakak saya yang hantar.
Malam ini malam Nisfu Syaaban. Doa banyak banyak. Bermunajat banyak banyak bak kata Syahadah. Semoga segala doa kita dikabulkan oleh Allah S.W.T. mudah mudahan. Okaylah saya rasa sampai di sini saja blog saya kali ini. Dah lama kan tak update blog. Hakak busy dek buat itu ini. Haha taklah. Sebenarnya sebab kekangan internet. Okaylah bye! Semoga dipermudahkan urusan saya untuk ke pekan nak beli barang keperluan. Aamiin. Assalamu'alaikum W.B.T.
No comments:
Post a Comment