Sejujurnya, setelah 14 hari berada di Sabah setakat ini, saya belum boleh menyesuaikan diri dengan kitaran masa di sini. Seriously. Saya keliru nak bangun pukul berapa *alasan*. Tapi in shaa Allah tak lama lagi saya dapat adapt lah dengan pemasaan yang baru di negeri yang indah lagi luas ini. Yang baru bagi saya lah. Bagi orang lain yang dari Semenanjung mungkin mereka dah biasa.
Jadi begitulah cerita tentang kekeliruan saya yang sangat 'menarik' ya tuan puan. Tapi saya suka sebenarnya. Bila saya chatting dengan Syahadah kan, saya dah solat Isyak dah pun dia baru nak solat Maghrib kahkah. Awal sejam saja tapi gap dia macam besar kan. Okay bye. Boring nya cerita saya. Haha. Tapi saya nak lah cerita pengalaman baru saya di negeri orang ni. Okaylah izinkan saya tidur dulu. Sekarang dah pukul 2.09 pagi, 13/3/2022.
Saya baru habis baca novel kedua yang kakak saya hantar iaitu Kerana Dia Lebih Sempurna hasil karya Faizah Mohd Noh. Best sangat cerita dia! Seriously. Saya baca dalam masa sehari saja bila serious. Cerita dia rasa macam dekat di hati. Okaylah sebelum saya terlambat tidur dan memang dah terlambat pun, saya minta diri dulu. Ini saja daripada saya pada malam ini. Assalamu'alaikum W.B.T.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment