Monday, March 28, 2022

GENG KANTIN

Saya, Kakda, Aveney dan Danial semua sama sama lapor diri pada 1/3/2022 di sekolah kami ditempatkan. Kenal tak sampai sebulan lagi. Tapi alhamdulillah semua okay dan jadi geng kantin kahkah. Setakat ini selalu makan di kantin sekali. Order hari hari menu sama iaitu nasi goreng ayam. Tapi harini ada menu baru iaitu nasi ayam penyet. 

Mereka semua baik baik alhamdulillah. Saya bersyukur dipertemukan dengan manusia yang baik di sekeliling saya. Umur kami berbeza kahkah. Kakda 32 tahun, Danial 29 tahun, saya dan Aveney 25 tahun. Tapi macam sebaya saja semua. Hmm. Kakda opsyen RBT, Danial dan Aveney opsyen BI dan saya opsyen PAI. 

Mereka ni selalu juga bergurau dan saling mengata antara satu sama lain kahkah. Tapi Danial cakap saya gangster. Kurang asam betul. Dia panggil Kakda, Kaklong. Itupun kadang kadang saja. Hmm saya sebenarnya baru balik dari sekolah. Okay bye. 

P/S: Seorang lagi dalam gambar tu adalah anak PK1 saya. Dia baru start praktikal harini. Major TESL. Kelas dek. Belajar di UKM. Umur tak silap saya 23 tahun. Sekian. 

No comments:

Post a Comment