Sunday, March 27, 2022

ADA MEJA SENDIRI DI BILIK GURU

Excited nya dapat meja sendiri di bilik guru kan haha. Padahal memang benda biasa untuk seorang guru kan. Tapi yalah maklumlah saya kan budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Saya dapat meja guru yang berpindah ke Semenanjung. Baru sangat cikgu tu pindah. Hmm tak sempat jumpa. 

Ingatkan bolehlah berkenalan dengan guru dari Semenanjung. Sekali, semua dah pindah. Semua tu 3 orang lah. Jadinya guru dari Semenanjung yang tinggal saya dengan Kakda saja. PK1 pun orang sana tapi menetap di Sabah dah lama. Cara bercakap pun dah gaya orang Sabah dah kahkah.

Minggu pertama persekolahan, saya dapat tahu kena buat fail rekod mengajar. Allah! Apakah ini semua? Bertungkus lumus lah kami semua guru dan yang paling struggle guru 4 orang ni lah yang baru posting ni. Tapi alhamdulillah berjalan dengan lancarnya dan hantar pada Jumaat lepas. Nasib baik boleh print di bilik guru. 

No comments:

Post a Comment