Saturday, June 29, 2024

ZAHRATUL IMAN TURNS 7


Happy birthday Zahratul Iman cucu sulung Tokbah Tokmi. Hari ini Iman officially umur 7 tahun dah. Sekolah darjah satu dah pun alhamdulillah. Kakak Iman role model untuk adik adik dan sepupu nya in shaa Allah. 

Semoga kakak Iman terus menjadi anak yang baik, solehah, dengar kata, rajin, bijak dan suka menolong. Iman belajar rajin rajin ya. Kerja sekolah jangan lupa siapkan awal. Jadi rajin macam MamaDa dan Poksu. Semoga Iman terus petah dalam berkata kata. 

Iman bagus bagus ya di rumah Tokmi. Kalau nampak adik adik sepahkan barang, Iman tolong nasihatkan ya atau tolong kemas balik. Jangan biarkan Tokmi penat ya. Iman good girl. Semoga Iman terus menjadi penyejuk mata Abi dan Umi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 28, 2024

MELAWAN TABIAT MENIRU


Penat otakku yang pasif ini memikir macam mana nak nilai pelajar dengan kejujuran tanpa unsur meniru. Jadi inilah kejadiannya. Kita suruh dorang jawab kuiz di surau memandangkan surau luas dan boleh pisahkan dorang jauh jauh. 

Hasilnya, paling tinggi markah kuiz 30/37 iaitu Farizul Aizat. Yang lain 25 ke bawah. Kalau dalam exam, susah juga kalau kita saja yang bersungguh tak bagi budak meniru. Bila guru lain masuk jaga, ada yang tak berapa nak menjaga.

Tahapnya adalah sampai budak boleh tiru buku eh. Jadi macam mana saya nak menilai kebolehan mereka yang sebenar. Tapi enjoy juga lah buat begini jarang jarang kan. Tak adalah budak boring asyik dalam kelas saja. 

Masalahnya jenuh otak aku nak memikir soalan kuiz lagi haha. Takpelah kalau ada masa saya try usahakan lagi soalan kuiz. Doakan saya menjadi lebih produktif. Hari ini Jumaat tapi mungkin saya balik lambat sikit.

Saya ingat lagi masa saya sekolah rendah dalam kelas Abah, Abah paling pantang kalau murid meniru. Saya rasa semangat itu turun kepada saya untuk membanteras gejala meniru haha. Satu lagi Abah akan bagi hukuman untuk murid yang markah menurun. Saya nak tiru juga kahkah. 

Itu yang untung anak cikgu kan haha. Boleh jadikan ibu bapa sebagai inspirasi dan motivasi. Bila Abah dan Umi bagi nasihat berkaitan sekolah, memang kena dengan jiwa sebab mereka lebih tahu apa yang perlu, apa yang tidak.

Kalau Umi, saya suka sifat Umi yang tegas tapi ada main main juga dalam kelas. Kalau Umi mendenda, Umi akan tarik muka murid jadi tak cantik, cubit ketiak, celah paha dan sebagainya. Itu pun saya ada ambil sikit sikit buat dalam kelas haha.

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 27, 2024

RUTIN PAGI MORNING BOY


Assalamu'alaikum WBT.

Sebagaimana yang boleh dibaca daripada tajuk blog hari ini, ya memang betul setakat ini Muhammad Wildan adalah seorang morning person alhamdulillah. Mungkin menurun daripada Abah nya, saya mengakui itu kahkah. Morning dia bukan calang calang, jam 4 mata dia sudah terbuka luas dan memukul mukul muka Umi nya yang sedang nyenyak tidur. Saya tak tahu nak bangga ke nak sedih sebab kadang kadang dia bangun terlalu awal sedangkan saya belum cukup tidur. Tapi saya bersyukur lah sebab Muhammad menjadi saya punya natural alarm kahkah. Terima kasih Muhammad. Muhammad ada satu tabiat yang saya rasa comel sangat sebab dia macam mini saya bila buat macam tu hiks.

Kalau dia bangun pagi pagi kan, dia akan datang dekat saya dan baring atas saya punya lengan. Kalau tak pun dia akan pastikan badan dia kena badan saya atau belakang badan dia kena saya punya dada dan perut sambil hisap jari kecil dia. Comel kan? Boleh bayangkan ke tak saya punya explanation tu haha. Tapi begitulah. Kenapa saya cakap dia mini me, sebab saya selalu buat begitu dekat Abah Muhammad kahkah, kecuali saya tak hisap jari lah. Mungkin sebab rasa secured kan kalau duduk macam tu kan. Hiks. Saya tak serabut pun kalau Muhammad buat macam tu dekat saya malah saya suka dan saya harap Abah Muhammad pun tak serabut dan suka lah kahkah.

Terima kasih Muhammad selalu teman Umi bersiap nak ke sekolah. Setiap kali nak ke sekolah, Umi akan berpeluh macam dah nak balik sekolah haha. Tapi tak apa, demi Muhammad apa saja Umi sanggup korbankan cewah. Tak adalah, Umi akan buat yang termampu untuk kebaikan Muhammad in shaa Allah. Perkara yang mencabar di pagi hari sekolah adalah mengangkut barang ke kereta, start enjin kereta dan angkat Muhammad masuk ke dia punya car seat, memakan banyak tenaga. Sekian. Rentetan daripada bangun awal pagi, boleh tengoklah ya muka dia bila nak ke taska. Separuh jalan dia sudah tidur dengan nyenyaknya. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, June 24, 2024

STRONG BOY BERSUNTIK 9 BULAN




Assalamu'alaikum WBT.

Hai semua! Hari ini Muhammad kena jarum 9 bulan di Klinik Desa Tanjung Batu. Umi ambil Muhammad dari taska jam 2.30 petang terus ke klinik. Nasib baik tiada orang di klinik. Sebab itu Umi pilih klinik desa ni untuk Muhammad bersuntik, tak payah menunggu lama. 

Sepatutnya Muhammad kena suntik di Klinik Kesihatan Tandek tapi Umi minta izin dengan klinik desa. Lagipun masa berklinik yang Muhammad dalam perut, memang Umi berklinik di klinik desa ni. Syukur sangat Muhammad good boy, tak merengek tak apa masa di klinik. 

Berat Muhammad 10.7 kg. Ada lama sikit di klinik sebab nurse pakat nak tengok buku Muhammad. Dorang bandingkan buku klinik di Sabah. Lain rupanya yang Semenanjung dan Sabah. Dorang kagum sebab detail dan siap ada fatwa lagi haha. 

Harini Muhammad cocok di bahu. Saya pegang badan dan nurse satu orang pegang kaki takut dia gerak kuat kan bahaya. Tapi Muhammad good boy sangat dia tak nangis pun! Alhamdulillah anak Umi kuat. Masuk kereta Umi bagi reward bites. Muhammad suka kan?

Nurse bagi sedia ubat demam. Malam kena bagi bagi mengelakkan dia daripada demam. Terima kasih ya Allah kau permudahkan segalanya. Terima kasih ya Allah kau permudahkan urusanku untuk menjaga Muhammad bersendirian di sini. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, June 19, 2024

HAPPY BIRTHDAY TOKBAH ❤️


Happiest birthday to my beloved Tokbah, hero pertama Umi Muhammad 💓 Hari ini umur Tokbah genap 58 tahun. Muhammad doakan semoga Tokbah sentiasa diberikan kesihatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan rezeki yang halal. Muhammad sayang sangat Tokbah. Muhammad rindu nak naik buai dengan Tokbah. Terima kasih Tokbah sebab menjadi sosok ayah terbaik dalam membesarkan Umi Muhammad dan semua adik beradik Umi. 

Semoga Allah permudahkan urusan Umi dan Muhammad untuk balik ke Kelantan bulan 9 nanti in shaa Allah. Muhammad tak sabar nak jumpa Tokbah, Tokmi dan semua. Terima kasih Tokbah dan Tokmi telah menjadi inspirasi Umi dalam meneruskan hidup dan membesarkan Muhammad juga. Umi selalu cerita, setiap kali Umi dapat result peperiksaan, Tokbah dan Tokmi akan sentiasa menghargai apa apa saja keputusan Umi. Umi ingat lagi masa Umi dapat result setiap semester, Umi akan tunjukkan kepada Tokbah dan Tokmi.

Setiap kali, Tokbah akan zoom in zoom out Umi punya result dan minta Umi forward kepada Tokbah. Tokbah bangga kan sebenarnya, tapi dengan cara Tokbah sendiri. Umi faham juga. Ada satu benda yang Umi kagum sangat dengan Tokbah dan Tokmi. Tokbah dan Tokmi tak pernah berbangga dengan sesiapa pun bila anak anak dapat keputusan cemerlang. Baik Ayah Long, Ayah Ngah, Ayah Lang dan Poksu menjadi hafiz Quran, Mamaiqa dan Mamada dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SMU, SPM, Tokbah dan Tokmi tak pernah war warkan kepada sesiapa pun.

Tokbah dan Tokmi ada cara tersendiri untuk sambut kejayaan anak anak. Itu sangatlah Umi kagumi. Ibu bapa mana yang tak ada keinginan untuk menunjukkan kejayaan anak anak kepada orang luar, tapi Tokbah dan Tokmi tahu apa yang terbaik.Hidup pun alhamdulillah Allah izinkan sentiasa dalam keadaan aman. Dugaan itu sentiasa datang dan pergi. Kami dengan kehidupan kami sendiri. Umi suka sangat begitu. Semoga Umi dapat mencontohi Tokbah dan Tokmi. 

Satu lagi benda yang Umi kagum adalah cara Tokbah dan Tokmi handle masalah. Yang menghadapi saja tahu. Tapi itu Umi nak highlight kan di sini. Terima kasih Tokbah dan Tokmi menjadi contoh yang terbaik kepada kami semua. Tak habis lah blog kalau nak cerita semua benda yang Umi kagumi pasal Tokbah dan Tokmi.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, June 18, 2024

RAYA HAJI MUHAMMAD & FAMILY













Tak tahu nak happy ke nak sedih. Okay yang pertama, Umi dan Muhammad memang sangat happy dapat reunion dengan Abah di hari raya haji ini. Terima kasih Abah sanggup korbankan raya haji bersama Ma dan keluarga terchenta demi beraya dengan kami yang jauh di Sabah ini. Okay yang kedua, benda yang buat cerita ini tak happy adalah sepanjang cuti raya haji ini, kami bergilir tak sihat. 

Mula mula Abah yang tak sihat. Jadi dah tak ada mood dekat situ almaklumlah Abah sentiasa menjadi mastermind dalam apa apa jua benda. Abah driver utama. Abah yang sentiasa excited dalam segala hal. Tapi bila Abah demam dan tak sihat, semua itu tiada. Walaupun kami keluar naik kereta, tapi vibe lain. Kami banyak duduk dalam bilik hotel sahaja. Makan pun tak selera.

Habis turn Abah, Umi pula yang tak sihat. Hmm apa nak jadi kahkah. Bayangkan kami dah menjejakkan kaki ke tempat yang sangat menarik dan cantik iaitu masjid terapung. Tapi satu gambar pun tak diambil sebab semua bukan dalam mood. Tapi yang saya suka adalah ketika tak sihat, masing masing ada di sisi gitu walaupun saya jadi badmood haha.

Kesian Abah, dahlah tak sihat lepas tu Umi marah marah. Okay Umi boleh justify. Tahu tak perasaan kita yang risau tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Jadi saya luahkan dengan perasaan marah. Bukan saya benci, tapi tak suka tengok Abah dan Muhammad dalam keadaan begitu. Okay boleh terima eh. Itulah perasaan saya. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, June 13, 2024

MUKHLISIN 9 MUMTAZ



Tahniah adikku Ahmad Mukhlisin berjaya memperoleh 9 mumtaz atau 9A dalam SMU dan berjaya menjadi pelajar terbaik. Saya memang tak pernah letak target dekat Mukhlisin, tapi saya terkejut juga lah dia dapat 9 mumtaz alhamdulillah. Subjek yang Adik jayyid jiddan adalah Insyak/Mutalaah seperti saya dulu. Hiks.

Saya percaya penyumbang utama kepada pangkat jayyid jiddan adalah Mutalaah, bukan Insyak. Saya pun tak tahu apa benda yang susah dengan Mutalaah ni. Saya memang tak suka perkataan Mutalaah sebab saya tak dapat mumtaz dulu kahkah. Tak sangka lah Adik mengikut jejakku. Tapi yang penting Adik cemerlang.

Kaksha bangga sangat dengan Adik. Kaksha doakan semoga segala urusan Adik dipermudahkan dan juga dalam SPM. Semoga Adik terus cemerlang. Kalau ada rezeki, dapat straight A dan jadi best student in shaa Allah. Semoga al-Quran sentiasa Adik ingat dan tak pernah lupa. Nak hadiah boleh pm. Tapi alhamdulillah adik aku tak baca blog. Takdelah dia nak claim. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, June 12, 2024

ZIARAH CAKNA JEFFRYSON & ADLEETENNY



Saya sebagai guru kelas yang bertanggungjawab, dengan hati terbuka melawat mereka yang mempunyai masalah kehadiran bersama kawan kawan seperjuangan iaitu Cikgu Neilda, Cikgu Khalida dan PK KOKUM Cikgu Jeson. Kami pergi ke dua buah rumah. Rumah pertama rumah si Jeffryson.

Seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas, bukan senang untuk kami sampai ke rumah mereka ya tuan puan. Kami parking kereta tepi jalan, nak ke rumah dia kena turun jalan yang tak sekata. Sampai di pintu rumah, kami disambut oleh anjing. Rumah yang first ni atas air. Cantik pemandangan.

Kakda tak payah cakap, masa nak turun ke rumah tu berair mata Kakda. Sedih mengenangkan begini kehidupan pelajar kita. Tapi itupun masih malas ke sekolah. Pelik juga kan. Dorang ni tak ada keinginan nak ubah kehidupan dorang ke. Ibu bapa pun kadang tak cakna. Entahlah.

Dari pemerhatian saya, anak dorang memang dah malas nak ke sekolah. Bertambah pula dengan ibu bapa yang tak ambil tahu sangat sebenarnya. Tapi nak cakap lebih lebih pun kita bukan dalam kasut mereka kan. Jadi biarkanlah. Kita usaha pun dah. Jadi keputusannya di tangan dorang. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, June 10, 2024

MUHAMMAD DEMAM










Sekali lagi Muhammad demam dan memang panas lah badan dia. Ia sangatlah merisaukan saya. Saya dihubungi oleh pengasuh masa di sekolah. Dia cakap Muhammad panas badan. Terus saya pecut ke taska. Sepanjang 4 hari Muhammad demam, saya sangat lah risau. Yalah siapa je yang tak risau kan. Tapi sebab panas dia sangat tinggi. Saya bagi ubat demam. Sekejap okay lepas tu panas balik. 

Habis demam, tiba tiba naik ruam di seluruh muka dan badan sebab terlalu panas. Mula mula suspek dia kena cacar air. Tapi alhamdulillah pergi klinik Dr. Lee dia cakap ruam. Jadi dia bagi ubat dan sabun. Jadi Umi pun cuti pada hari itu. Sepanjang Muhammad demam, seperti ibu lain juga memang tak cukup tidur, tak cukup rehat sebab Muhammad jadi banyak merengek.

Sebenarnya kan, setakat ini alhamdulillah sepanjang Muhammad tak sihat, saya okay bila penat badan, penat fizikal. Tapi yang menyedihkan adalah penat mental sebab sentiasa fikir kenapa anak sakit, bila anak nak okay. Saya ada juga menangis sebab banyak berfikir. Tapi alhamdulillah saya ada support system yang sangat kuat daripada keluarga.

Kota Marudu, Sabah.