Tak tahu nak happy ke nak sedih. Okay yang pertama, Umi dan Muhammad memang sangat happy dapat reunion dengan Abah di hari raya haji ini. Terima kasih Abah sanggup korbankan raya haji bersama Ma dan keluarga terchenta demi beraya dengan kami yang jauh di Sabah ini. Okay yang kedua, benda yang buat cerita ini tak happy adalah sepanjang cuti raya haji ini, kami bergilir tak sihat.
Mula mula Abah yang tak sihat. Jadi dah tak ada mood dekat situ almaklumlah Abah sentiasa menjadi mastermind dalam apa apa jua benda. Abah driver utama. Abah yang sentiasa excited dalam segala hal. Tapi bila Abah demam dan tak sihat, semua itu tiada. Walaupun kami keluar naik kereta, tapi vibe lain. Kami banyak duduk dalam bilik hotel sahaja. Makan pun tak selera.
Habis turn Abah, Umi pula yang tak sihat. Hmm apa nak jadi kahkah. Bayangkan kami dah menjejakkan kaki ke tempat yang sangat menarik dan cantik iaitu masjid terapung. Tapi satu gambar pun tak diambil sebab semua bukan dalam mood. Tapi yang saya suka adalah ketika tak sihat, masing masing ada di sisi gitu walaupun saya jadi badmood haha.
Kesian Abah, dahlah tak sihat lepas tu Umi marah marah. Okay Umi boleh justify. Tahu tak perasaan kita yang risau tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Jadi saya luahkan dengan perasaan marah. Bukan saya benci, tapi tak suka tengok Abah dan Muhammad dalam keadaan begitu. Okay boleh terima eh. Itulah perasaan saya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment