Friday, June 28, 2024

MELAWAN TABIAT MENIRU


Penat otakku yang pasif ini memikir macam mana nak nilai pelajar dengan kejujuran tanpa unsur meniru. Jadi inilah kejadiannya. Kita suruh dorang jawab kuiz di surau memandangkan surau luas dan boleh pisahkan dorang jauh jauh. 

Hasilnya, paling tinggi markah kuiz 30/37 iaitu Farizul Aizat. Yang lain 25 ke bawah. Kalau dalam exam, susah juga kalau kita saja yang bersungguh tak bagi budak meniru. Bila guru lain masuk jaga, ada yang tak berapa nak menjaga.

Tahapnya adalah sampai budak boleh tiru buku eh. Jadi macam mana saya nak menilai kebolehan mereka yang sebenar. Tapi enjoy juga lah buat begini jarang jarang kan. Tak adalah budak boring asyik dalam kelas saja. 

Masalahnya jenuh otak aku nak memikir soalan kuiz lagi haha. Takpelah kalau ada masa saya try usahakan lagi soalan kuiz. Doakan saya menjadi lebih produktif. Hari ini Jumaat tapi mungkin saya balik lambat sikit.

Saya ingat lagi masa saya sekolah rendah dalam kelas Abah, Abah paling pantang kalau murid meniru. Saya rasa semangat itu turun kepada saya untuk membanteras gejala meniru haha. Satu lagi Abah akan bagi hukuman untuk murid yang markah menurun. Saya nak tiru juga kahkah. 

Itu yang untung anak cikgu kan haha. Boleh jadikan ibu bapa sebagai inspirasi dan motivasi. Bila Abah dan Umi bagi nasihat berkaitan sekolah, memang kena dengan jiwa sebab mereka lebih tahu apa yang perlu, apa yang tidak.

Kalau Umi, saya suka sifat Umi yang tegas tapi ada main main juga dalam kelas. Kalau Umi mendenda, Umi akan tarik muka murid jadi tak cantik, cubit ketiak, celah paha dan sebagainya. Itu pun saya ada ambil sikit sikit buat dalam kelas haha.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment