Assalamu'alaikum WBT.
Sebagaimana yang boleh dibaca daripada tajuk blog hari ini, ya memang betul setakat ini Muhammad Wildan adalah seorang morning person alhamdulillah. Mungkin menurun daripada Abah nya, saya mengakui itu kahkah. Morning dia bukan calang calang, jam 4 mata dia sudah terbuka luas dan memukul mukul muka Umi nya yang sedang nyenyak tidur. Saya tak tahu nak bangga ke nak sedih sebab kadang kadang dia bangun terlalu awal sedangkan saya belum cukup tidur. Tapi saya bersyukur lah sebab Muhammad menjadi saya punya natural alarm kahkah. Terima kasih Muhammad. Muhammad ada satu tabiat yang saya rasa comel sangat sebab dia macam mini saya bila buat macam tu hiks.
Kalau dia bangun pagi pagi kan, dia akan datang dekat saya dan baring atas saya punya lengan. Kalau tak pun dia akan pastikan badan dia kena badan saya atau belakang badan dia kena saya punya dada dan perut sambil hisap jari kecil dia. Comel kan? Boleh bayangkan ke tak saya punya explanation tu haha. Tapi begitulah. Kenapa saya cakap dia mini me, sebab saya selalu buat begitu dekat Abah Muhammad kahkah, kecuali saya tak hisap jari lah. Mungkin sebab rasa secured kan kalau duduk macam tu kan. Hiks. Saya tak serabut pun kalau Muhammad buat macam tu dekat saya malah saya suka dan saya harap Abah Muhammad pun tak serabut dan suka lah kahkah.
Terima kasih Muhammad selalu teman Umi bersiap nak ke sekolah. Setiap kali nak ke sekolah, Umi akan berpeluh macam dah nak balik sekolah haha. Tapi tak apa, demi Muhammad apa saja Umi sanggup korbankan cewah. Tak adalah, Umi akan buat yang termampu untuk kebaikan Muhammad in shaa Allah. Perkara yang mencabar di pagi hari sekolah adalah mengangkut barang ke kereta, start enjin kereta dan angkat Muhammad masuk ke dia punya car seat, memakan banyak tenaga. Sekian. Rentetan daripada bangun awal pagi, boleh tengoklah ya muka dia bila nak ke taska. Separuh jalan dia sudah tidur dengan nyenyaknya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment