Saya sebagai guru kelas yang bertanggungjawab, dengan hati terbuka melawat mereka yang mempunyai masalah kehadiran bersama kawan kawan seperjuangan iaitu Cikgu Neilda, Cikgu Khalida dan PK KOKUM Cikgu Jeson. Kami pergi ke dua buah rumah. Rumah pertama rumah si Jeffryson.
Seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas, bukan senang untuk kami sampai ke rumah mereka ya tuan puan. Kami parking kereta tepi jalan, nak ke rumah dia kena turun jalan yang tak sekata. Sampai di pintu rumah, kami disambut oleh anjing. Rumah yang first ni atas air. Cantik pemandangan.
Kakda tak payah cakap, masa nak turun ke rumah tu berair mata Kakda. Sedih mengenangkan begini kehidupan pelajar kita. Tapi itupun masih malas ke sekolah. Pelik juga kan. Dorang ni tak ada keinginan nak ubah kehidupan dorang ke. Ibu bapa pun kadang tak cakna. Entahlah.
Dari pemerhatian saya, anak dorang memang dah malas nak ke sekolah. Bertambah pula dengan ibu bapa yang tak ambil tahu sangat sebenarnya. Tapi nak cakap lebih lebih pun kita bukan dalam kasut mereka kan. Jadi biarkanlah. Kita usaha pun dah. Jadi keputusannya di tangan dorang.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment