Sekali lagi Muhammad demam dan memang panas lah badan dia. Ia sangatlah merisaukan saya. Saya dihubungi oleh pengasuh masa di sekolah. Dia cakap Muhammad panas badan. Terus saya pecut ke taska. Sepanjang 4 hari Muhammad demam, saya sangat lah risau. Yalah siapa je yang tak risau kan. Tapi sebab panas dia sangat tinggi. Saya bagi ubat demam. Sekejap okay lepas tu panas balik.
Habis demam, tiba tiba naik ruam di seluruh muka dan badan sebab terlalu panas. Mula mula suspek dia kena cacar air. Tapi alhamdulillah pergi klinik Dr. Lee dia cakap ruam. Jadi dia bagi ubat dan sabun. Jadi Umi pun cuti pada hari itu. Sepanjang Muhammad demam, seperti ibu lain juga memang tak cukup tidur, tak cukup rehat sebab Muhammad jadi banyak merengek.
Sebenarnya kan, setakat ini alhamdulillah sepanjang Muhammad tak sihat, saya okay bila penat badan, penat fizikal. Tapi yang menyedihkan adalah penat mental sebab sentiasa fikir kenapa anak sakit, bila anak nak okay. Saya ada juga menangis sebab banyak berfikir. Tapi alhamdulillah saya ada support system yang sangat kuat daripada keluarga.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment