Thursday, November 28, 2024
Saturday, November 23, 2024
COMING HOME
Terima kasih Kakda dan Basirah sanggup mengambil masa untuk menghantarku dan Muhammad ke airport. Terima kasih Abah Muhammad sudi ke sini menyambut daku dan Muhammad untuk dibawa balik ke Kelantan haha.
Kota Kinabalu, Sabah.
Wednesday, November 20, 2024
LATIHAN EXAM
Minggu depan peperiksaan akhir tahun sudah, jadi hari yang berbaki sebelum dorang beraksi, kita buat latihan simple tak simple juga lah. Saya paparkan soalan demi soalan guna Powerpoint dan pelajar akan tulis jawapan dia di buku masing-masing.
Soalan ada 25, setiap soalan saya bagi masa 45 saat ke 1 minit dan saya akan pergi ke soalan seterusnya. Soalan semuanya macam hint untuk exam sebenar lah. Jadi siap semuanya, pelajar tukar-tukar buku dan check jawapan sama ada A, B, C atau D.
Siapa yang paling banyak betul dijanjikan hadiah. Kali ini hadiahnya bukan makanan seperti biasa, saya bagi pilihan hadiah buku nota, alatan geometri dan set pen. Semoga apa yang dilakukan ini memberi motivasi untuk dorang terus bersemangat selepas ini in shaa Allah.
Semua kelas yang saya ajar saya buat begitu. Suka sangat tengok dorang rasa excited. Dorang semangat saya pun semangat. Sekian. Bila lah boleh stapler kertas exam. Hantar untuk diperbanyakkan dah awal tapi sebab ada subjek lain juga, jadi lambat saya punya siap.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga diberi kudrat untuk menyiapkan segala kerja dengan terbaik in shaa Allah. Kawan saya yang lain tengah pening hadap MH5 Star. Bertabahlah kawan-kawan semua. Esok PPD datang buat pemeriksaan untuk bagi markah.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, November 18, 2024
TANAH KUBUR: ANAK DERHAKA
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini kita bagi 3 Intan/Permata insaf tengok cerita Anak Derhaka siri Tanah Kubur. Alhamdulillah fokus juga dorang menonton. Cuma biasalah ada 3 ke 4 orang yang jenis tak makan saman. Dekat mana-mana saja nak bercakap tak kira situasi apa pun. Hmm.
Lepas habis tengok cerita, saya suruh dorang keluar dan ceritakan pengajaran kisah yang ditonton. Setiap yang merumus itu akan dapat habuan lah. Hari ini hadiah yang saya sediakan adalah oat choco. Sedap! Itu yang dorang semangat keluar menjawab.
Baru sekarang rasa berbaloi beli projector mahal mahal. Alhamdulillah sudah habis bayar. Bayar secara ansuran RM330 selama 10 bulan. Rasa puas hati juga lah guna yang sendiri. Dia ada sediakan powerbank tapi tak pernah guna.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, November 17, 2024
CONGRATULATIONS MAMAIQA 🌹
Tahniah kakakku yang tersayang atas convocation Masters mu! Tiber mengaku kakak kan kahkah. Kau memang terbaik Cik! Semoga Allah permudahkan perjalanan Phd mu dan in shaa Allah beroleh kejayaan yang cemerlang. Memang kau otak pemikir sesuai sangat dengan benda-benda yang memerlukan pemikiran tahap tinggi hiks.
Yang penting kau rajin dan komited alhamdulillah. Tahniah juga Abe Cik di samping mencari rezeki, sentiasa setia bersama Kakcik susah dan senang. Hanya kalian berdua yang tahu apa yang kalian lalui perit dan jerihnya. Syabas dan tahniah. In shaa Allah Mek Ayu tepi Kakcik tu terinspirasi untuk terus bersemangat dan sama-sama cemerlang.
Semoga kau terus cemerlang dalam apa jua yang kau lakukan Cik. Doaku sentiasa mengiringimu in shaa Allah. Hanya yang terbaik aku harapkan untukmu. Kau telah buktikan yang kau boleh. Alhamdulillah dan semoga kau terus cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. Semoga kejayaanmu ini memberi inspirasi kepada ramai orang.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, November 16, 2024
NEW TALENT DISCOVERED: PANJAT SOFA
Tak tahu nak rasa apa. Jadi sekarang tak ada tempat selamat untuk Muhammad dilepaskan. Apalagi ketika saya mandi sebab Muhammad sudah pandai panjat sofa tapi tak pandai turun. Dia turun ikut naluri sendiri saja dalam apa gaya yang dimahukan.
Kalau dalam bilik dia panjat bekas saya letak barang-barang. Bilik Kakda dia panjat meja. Alhamdulillah aktif betul ya anak soleh Umi. Umi discover bakat baru Muhammad di kala dia berumur 1 tahun 2 bulan 5 hari.
Hari ini dia bangun 4.41 pagi ngam-ngam masuk waktu Subuh minta susu. Buat susu tidak diminumnya. Merayau di ruang tamu sambil makan pisang goreng dan tengok Upin Ipin. Jam 7 lebih mandi dan tidur. Setengah jam saja lena lepas itu bangun menolong Umi di dapur.
Makan keropok keping, keropok lekor, ayam goreng dan minum air chocolate Desa. Nasi tidak dimakannya. Lepas itu main-main sampai lah berak dan mandi lagi. Sekarang jam 12.13 tengah hari tidur tidak berbaju. Hiks. Okay Umi pun nak rehat.
Hari ini Umi produktif. Lepas solat Subuh terus mesin baju sambil melayan kerenah Muhammad dan teman Abah di masjid. Abah hari ini ada kelas tambahan. Hari cuti bukan cuti sebab pecutan akhir SMU. All the best Abah. You got this!
Kota Marudu, Sabah.
Friday, November 15, 2024
SOALAN PAT DONE ✅
Assalamu'alaikum WBT.
Alhamdulillah setelah tiga minggu bertarung dengan diri sendiri on off buat soalan exam, akhirnya siap juga. Syukur ya Allah. Lantaklah jsu tak jsu pun yang penting soalan siap kahkah. Malangnya lupa nak ambil tandatangan ketua bidang. Jadi tak dapatlah diperbanyakkan. Tunggulah minggu depan ambil tandatangan Cikgu Emmy dan boleh hantar ke pejabat untuk fotostat.
Exam PAI form 1, 2 dan 3 dijangka berlangsung pada 27 Nov 2024. Dua minggu lagi. Tapi kalau settle awal, dapatlah tarik nafas lega sikit tak rushing. Siap fotostat nak kena stapler lagi. Lepas stapler kena bahagikan ikut kuantiti pelajar dalam kelas lagi. Banyak songeh kan. Lagipun saya prefer buat sendiri. Kalau suruh budak jadi banyak masalah.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, November 12, 2024
MUHAMMAD: 14 MONTHS OLD TODAY
12 hari. |
1 tahun 2 hari. |
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini genap umur Muhammad setahun dua bulan. Makin banyak kerenah dia alhamdulillah. Banyak juga dia menguji ku kahkah. Lagi-lagi bila dia main kipas. Dia tahu saya larang. Jadi bila dia main dekat kipas, dia akan tengok saya dulu sebelum dia pegang atau tarik wayar kipas. Masalah sekarang dia belum faham lagi bila saya marah betul-betul. Eee geramnya. Tapi suka tengok dia gelak-gelak bila kita marah.
Kalau ramai orang lain depan dia, mula lah dia action sampai terteleng-teleng kepala dia haha. Kadang sampai terjatuh. Tapi yalah setiap hari terpaksa hadap muka Umi saja kan, jadi dia boring lah kali. Kalau saya buka pintu bilik, dia akan mencari pintu bilik yang terbuka. Selalu lah Dida atau Auntie Su jadi mangsa melayan dia kahkah. Sebab itu saya selalu kuarantin dia dalam bilik haha.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, November 10, 2024
هاري Ú¤Ø§Ù„ÙŠÚ Ø³ÙˆÚ½ÙŠ دالم هيدوڤكو
Assalamu'alaikum WBT.
Kemarin adalah hari paling sunyi dalam hidupku. Sepatutnya menjadi hari yang bahagia kerana ia adalah ulang tahun hari lahirku. Tapi apa yang berlaku buatku menangis seharian. Benda tak ada apa pun sebenarnya kahkah. Saja daku tulis di sini supaya suatu hari nanti jika dipanjangkan umur, dapatlah daku throwback ketidakmatanganku meniti kehidupan kuakua.
Dari pagi macam biasa bervc dengan Abah Muhammad, teman pergi masjid, sarapan pagi dan buat kerja rumah. Ceritanya bermula apabila lepas solat Zuhur, Abe Jani ajak Abah Muhammad dan family pergi berkelah di pantai. Sudah ku tahu apa kesudahan cerita kalau mereka keluar bersama. Saya akan dipalau kahkah. Sepanjang perjalanan, kami vc tapi saya tak buka kamera dan mute.
Bukan apa, ada Ma dan Mokyoh serta anak buah dalam kereta. Jadi daku rasa tak selesa kalau wajahku terpampang depan mereka. Setakat jam 3 petang, tiada ucapan hari lahir dari Abah Muhammad. Memang saya pernah cakap yang saya tak kisah kalau tak wish pun, rupanya dia ambil mudah apa yang saya cakapkan itu. Tapi takpe saya sedia menjadi tunggul tengok mereka bergelak ketawa dalam kereta. Hmm.
Sampai di pantai, saya minta Abah Muhammad end call sebab tiada apa juga yang saya dapat sebab tak ada interaction pun. Sekadar saya tengok mereka. Lepas itu saya sangat sunyi dengan Muhammadnya yang sangat susah saya kawal kemarin sebab emosi saya tak stabil. Umi minta maaf sebab masak tak sedap sampai Muhammad taknak makan.
Umi minta maaf sebab tengking Muhammad dan kasar dengan Muhammad. Rupanya bahaya jaga anak masa keadaan mental tak bagus. Sambung cerita, saya nak sangat call Umi atau Syahadah tapi saya takut kalau saya call, mereka ingat saya nak ingatkan mereka tentang hari lahir saya sebab masa tu belum ada siapa yang ucapkan kepada saya dan saya rasa itu bukan isu yang besar.
Jadi petang itu saya habiskan dengan marah-marah Muhammad dan menangis. Saya pun tak tahu kenapa saya nak beremosi. Tersangat tidak matang. Tapi mungkin sedikit sebanyak saya memerlukan perhatian ketika itu tapi saya tahu family sedang kalut dengan urusan mereka dan family Abah Muhammad sedang bergembira ketawa di pantai dan juga Mydin Mall.
Alkisahnya sampai ke sudah Abah Muhammad tak ingat saya punya birthday. Saya tak pernah sangka saya akan rasa sekecewa itu sebab sebelum ini saya tak pernah ambil kisah kalau orang tak ingat birthday saya. Saya pun tak cuba ingatkan Abah Muhammad pun. Taknaklah beria sebab birthday tu bukan apa pun kan. Tapi rupanya memberi kesan juga kepada saya.
Tapi apa yang menjadi isu adalah bila pagi tadi saya saja-saja tanya dekat Abah Muhammad, ingat tak kemarin hari apa. Boleh saja kalau mengaku tak ingat dan at least minta maaf ke apa kahkah. Tapi jawapannya membuatkan saya rasa nak runtuhkan bumi. Saya malas nak cakap tapi faham sendiri lah kalau ayat cover macam mana. Jadi saya kecewa.
Itulah kisahnya sedikit sebanyak. Jadi lepas ni jangan tanya kenapa saya tak wish birthday. Sekian. Sekarang pukul 9.03 malam. Muhammad pun dah tidur alhamdulillah. Tapi dia kerap tersedar sebab tak selesa. Masih batuk berkahak. Okaylah itulah kisah yang saya ingin ceritakan. Apapun jangan ambil hati. Bergembiralah dengan kehidupanmu sekarang.
Apapun benda tu tak sepatutnya menjadi isu pun. Saya pun tak adalah ambil hati ke apa. Kenapa nak paksa orang ingat benda tak penting kan. Banyak lagi benda lain yang nak kena ingat. Jadi, enjoy sajalah hidupmu. Jangan disebabkan satu hal kecil yang tak ada makna, memberi kesan kepada diri seumur hidup. Banyak lagi masalah lain nak fikir kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, November 9, 2024
Friday, November 8, 2024
HARI KELUARGA SEKOLAH ABAH
Bestnya kalau dapat join juga program hari keluarga sekolah Abah. Dulu selalu juga ada program begini sekolah Abah anjurkan dan kami akan join. Best! Kalau dia buat permainan bukan kami join pun. Tapi suka duduk dalam keriuhan program itu hiks. Kerja kami adalah judge orang haha. Antaranya dulu ada anak cikgu tu muka macam bini Amar iaitu Wani aka Amani.
Dulu Abah dan Umi akan bawa kami anak-anak. Tapi sekarang lain sudah. Cucu pula yang dibawa. Cucu yang senang dijaga untuk masa ini, yang pandai bawa diri iaitu Iman dan Abdurrahman. Comel kan? Tapi ada lah dua ketul lagi anak yang setia mengikuti aka menyibuk setiap kali Abah dan Umi pergi mana-mana iaitu MamaDa dan Poksu.
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka semua. Program start hari ini tapi tak pasti lah bila habis. Apapun selamat enjoy ya semua. Anak yang jauh nun di Sabah ini sentiasa memerhati dari jauh dan mendoakan yang terbaik untuk kalian. Hati-hati semua. Untuk MamaDa dan Poksu, enjoylah selagi boleh. Kita bagi lah dorang chance kahkah. Jealous sebenarnya haha. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, November 7, 2024
MUHAMMAD ANAK SOLEH PANDAI SOLAT
Kebiasaan perangai seseorang yang bergelar ibu untuk melebih-lebih dalam segala hal berkaitan anaknya. Maksud saya bila saya cakap Muhammad pandai solat adalah dia pandai sujud haha. Itupun sujud celup. Terkadang sampai terhantuk kepalanya di lantai.
Apapun saya berharap Muhammad dapat ambil yang baik daripada apa yang dia lihat Umi dia buat walaupun saya bukan contoh yang terbaik. Saya ada sedih sikit bila fikir mungkin dia akan lebih soleh dan pandai solat jika dia tengok Abahnya.
Tapi apakan daya, kami hidup berjauhan. Jadi untuk masa ini, saya lah yang menjadi contoh kepada Muhammad. Bukan mudah sebab saya pun bukanlah solehah tapi saya cuba. Bila saya sebut 'Allahuakbar', terus dia sujud. Cute!
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, November 5, 2024
SANAH HELWAH MAMAIQA
Assalamu'alaikum WBT.
Sanah helwah kakakku, Nur Syafiqah yang ke-30! Tua sudah kau. Hiks. Takdelah, you're still young. Muka pun muda, jiwa pun muda, perangai pun muda. Daku sangat mengagumi semangatmu yang sekarang. Ingat lagi dulu Kakcik pernah meluahkan impian untuk menyambung pelajaran di peringkat Masters. Sekelumit pun tidak ku percaya haha. Tapi aku angguk juga. Tak sangka semua itu menjadi realiti sekarang alhamdulillah. Tahniah kakakku.
Semoga dipermudahkan urusanmu untuk menyelesaikan Phd dengan cemerlangnya dan jayanya. Sungguh kau hebat Cik. Tidak dapat ku menafikan kenyataan itu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, permudahkan rezeki yang halal buatmu dan mengabulkan segala doamu. Semoga kau sentiasa sihat dan bersemangat dalam kehidupanmu. Semoga kau berjaya dalam apa saja yang kau lakukan. Aku sentiasa mendoakanmu in shaa Allah.
Semoga kau sentiasa menjadi isteri yang solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah, adik yang solehah dan in shaa Allah ibu yang solehah suatu hari nanti. Sudah aku nampak bagaimana figuramu sebagai seorang ibu daripada cara kau melayan anak-anak buahmu, apalagi anak-anak muridmu yang tiada kaitan darah daging denganmu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu. Kau orang baik, aku harap aku boleh menjadi sebaikmu Cik.
Jangan kau rasa dirimu tua. Walaupun umurmu sudah banyak kahkah, tapi yang penting mukamu sentiasa muda sama juga dengan perwatakanmu. Semoga dipermudahkan urusanmu untuk berbakti kepada orang sekeliling apa lagi kepada Abah dan Umi sepertimana yang kau buat sekarang. Aku tak pandai nak berdoa panjang-panjang seperti adikmu yang solehah di UIA itu, tapi cukuplah kau tahu bahawa kau sentiasa di dalam doaku. Bye.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, November 4, 2024
BERJINAK-JINAK DENGAN BUKU
Umi memaksa Muhammad baca buku. Tapi bukan masanya lagi kali kan haha. Bukan suruh baca pun, suruh tengok saja tapi dia taknak. Terus ditutupnya buku itu tanpa segan silu. Umi pun tak adalah nak memaksa pun. Bagi tengok gambar saja pun. Sekali sehari pun jadi lah. Sekurang-kurangnya dia tahu juga lah itu buku.
Dulu saya pernah terfikir, kalau ditakdirkan saya dikurniakan anak, saya nak ajar dia Bahasa Arab. Tapi saya sendiri pun sejak mengajar di Sabah dan dipaksa mengajar Pendidikan Islam, terus saya pun lupa Bahasa Arab. Jadi sekarang mungkin masanya untuk saya menebus balik semua itu. At least sambil dia belajar, saya pun boleh belajar.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, November 3, 2024
PELANGGAN SETIA MACHARUDIN
Panjang alkisahnya hari ini. Di pagi buta lagi sudah menapak di klinik. Bersyukur sangat Muhammad memberi kerjasama yang padu sepanjang di klinik. Masa di rumah dia sendiri bangun masa kami bersiap nak ke klinik dalam jam 2.30 pagi. Bangun-bangun terus membebel haha sambil bawa dia punya botol susu ke ruang tamu.
Apa yang saya nak highlight dekat sini adalah sepanjang Abah Muhammad berada di sini selama 4 hari, tempat makan kami adalah di Macha sebab itu sahaja yang kena dengan tekak Abah Muhammad. Pernah makan di Boulu tapi sampai sekarang Abah Muhammad trauma makan dekat situ. Akhirnya kedai mamak juga yang dituju.
Kami siap di klinik terus ke masjid untuk solat Subuh. Bergantilah kami solat sebab Muhammad pun tidur. Sambil tunggu Abah Muhammad solat saya pun tertidur. Lepas saya siap solat, kami terus ke Macha. Kalau tengok gambar atas, Muhammad minum susu sambil berlinangan air mata sebab masa itu dia baru bangun tidur.
Menangis teresak-esak menunggu saya siap buat susu haha. Lepas mood dia dah okay, kami letak atas kerusi dia dan makan mee goreng ayam, roti canai kosong, roti canai telur, roti sardin dan mee goreng mamak. Kalau pergi Macha tak pernah beli sikit-sikit haha. Tapi yang penting semua menu yang dibeli berjaya dihabiskan dengan cemerlangnya.
Yang sedihnya adalah tengah hari nanti Abah akan pulang ke sarang balik hua. Itulah kenyataan yang perlu dihadam. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, November 2, 2024
DEEPAVALI DI KUNDASANG
Muhammad nak yang ini! |
Yeahhh happynya... |
One with Umi. |
Santainya dia. |
Abah, Muhammad mengantuk. |
Nak tengok lembu, lembu tak ada. |
Sedapnya aiskrim ni Umi. |
Nak try Abah punya pula. |
Abah dan Muhammad 💓 |
Mendukunglah Abahnya, stroller tak bawa kahkah. |
Pagi di Skyville. |
Umi pun nak juga hiks. |
Muhammad takut dengan buah tu. |
Teman Abah solat. |
Nasi arab 100/10. |
Roti cheese 100/10. |
Percutian kali ini di Kundasang telah membuka mata saya bahawa Kundasang bukanlah tempat yang teruk untuk dikunjungi. Ia adalah kerana pertama kali saya ke Kundasang dalam keadaan yang tidak baik. Memeningkan dan sangat teruk. Tapi kali ini saya sangat suka!!! Alhamdulillah. Terima kasih Abah Muhammad bawa kami ke sini walaupun idea ini pada awalnya ditentang olehku. Hiks.
Abah Muhammad sampai saja di Kota Marudu, mandi, makan dan jalan terus ke Kundasang. Sampai tu dalam jam 5 petang, check in dan bersantai dalam bilik. Puas hati lah bilik dia, selesa dan sejuk boleh ditahan lagi. Kecuali air di bilik air bertakung. Alat mandi satu raga bawa tapi tiada aku mandi kahkah. Pagi esoknya dalam jam 10 pagi keluar cari makan di kedai nasi arab.
Memang itu destinasi yang saya nak kunjungi sangat kalau pergi lagi di Kundasang sebab pernah try makan dengan Kak Nurul dan Abe Jani dulu, memang sedap. Jadi kami repeatlah. Lepas itu order roti cheese dan teh o ais lemon. Memang tak mengecewakan. Apa yang kita nampak dalam menu, itu yang kita dapat. Rasa pun memang sedap. Yang roti cheese tu kami tapau lagi satu hihi. Sedap sangat!
Maklumlah tak pernah jumpa cheese tarik kan. Ouu kalau nak tahu kami pelanggan pertama mereka pada hari itu. Layanan pun alhamdulillah mantap. Kalau ada ahli keluarga saya sampai di Sabah satu hari nanti, memang saya recommend try nasi arab dan menu lain di kedai ni. Siap makan, kami terus ke Desa Dairy Farm. Malangnya lupa bawa stroller Muhammad.
Tapi okay juga sebab bukan saya yang kena dukung haha. Itupun selalu cari tempat duduk sebab Abah Muhammad tak larat haha. Kami pergi bergambar, makan sosej, makan aiskrim, minum susu, bersantai dan biarkan Muhammad explore tempat itu sepuas hati. Suka dia dapat jalan ke sana ke mari. Hampir 3 jam kami di sana. Lepas itu sepatutnya singgah tengok alpaca dulu, tapi Muhammad tidur.
Dia yang terpaling penat kahkah. Alhamdulillah sepanjang di sana dia okay sangat tak meragam. Lepas itu kami singgah solat di masjid. Lama sikit dekat sana sebab kami berganti kan. Masa tu mood Muhammad tak berapa nak okay sangat lepas bangun tidur. Jadi lepas siap solat kami nak balik lah. Tapi kena jalan straight dulu sebab tak boleh pusing sembarangan dekat situ.
Sekali pergi straight jumpa hotel dan ruang parking yang sangat besar dekat puncak tu dan ia jalan mati. Kami bersantai dulu dekat situ. Bagi Muhammad melepaskan perasaannya berjalan-jalan. Memang dia memanfaatkannyalah. Lepas itu kami bertolak balik guna jalan Kota Belud sebab jalan Ranau sangat teruk. Tapi Ranau ada burger sedap. Sekian.
Kami sampai Kota Marudu jam 7 lebih, singgah solat dulu dan makan di Macha. Lepas itu terus balik rumah dan rehat. Alhamdulillah itulah sedikit sebanyak pengalaman kami di Kundasang kali ini. Bersyukur sangat sebab dapat menikmatinya setelah trauma dengan Kundasang hihi. Tapi apapun saya rindu nasi arab.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)