Sunday, November 3, 2024

PELANGGAN SETIA MACHARUDIN


Panjang alkisahnya hari ini. Di pagi buta lagi sudah menapak di klinik. Bersyukur sangat Muhammad memberi kerjasama yang padu sepanjang di klinik. Masa di rumah dia sendiri bangun masa kami bersiap nak ke klinik dalam jam 2.30 pagi. Bangun-bangun terus membebel haha sambil bawa dia punya botol susu ke ruang tamu. 

Apa yang saya nak highlight dekat sini adalah sepanjang Abah Muhammad berada di sini selama 4 hari, tempat makan kami adalah di Macha sebab itu sahaja yang kena dengan tekak Abah Muhammad. Pernah makan di Boulu tapi sampai sekarang Abah Muhammad trauma makan dekat situ. Akhirnya kedai mamak juga yang dituju.

Kami siap di klinik terus ke masjid untuk solat Subuh. Bergantilah kami solat sebab Muhammad pun tidur. Sambil tunggu Abah Muhammad solat saya pun tertidur. Lepas saya siap solat, kami terus ke Macha. Kalau tengok gambar atas, Muhammad minum susu sambil berlinangan air mata sebab masa itu dia baru bangun tidur.

Menangis teresak-esak menunggu saya siap buat susu haha. Lepas mood dia dah okay, kami letak atas kerusi dia dan makan mee goreng ayam, roti canai kosong, roti canai telur, roti sardin dan mee goreng mamak. Kalau pergi Macha tak pernah beli sikit-sikit haha. Tapi yang penting semua menu yang dibeli berjaya dihabiskan dengan cemerlangnya.

Yang sedihnya adalah tengah hari nanti Abah akan pulang ke sarang balik hua. Itulah kenyataan yang perlu dihadam. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment