Friday, November 8, 2024

HARI KELUARGA SEKOLAH ABAH


Bestnya kalau dapat join juga program hari keluarga sekolah Abah. Dulu selalu juga ada program begini sekolah Abah anjurkan dan kami akan join. Best! Kalau dia buat permainan bukan kami join pun. Tapi suka duduk dalam keriuhan program itu hiks. Kerja kami adalah judge orang haha. Antaranya dulu ada anak cikgu tu muka macam bini Amar iaitu Wani aka Amani.

Dulu Abah dan Umi akan bawa kami anak-anak. Tapi sekarang lain sudah. Cucu pula yang dibawa. Cucu yang senang dijaga untuk masa ini, yang pandai bawa diri iaitu Iman dan Abdurrahman. Comel kan? Tapi ada lah dua ketul lagi anak yang setia mengikuti aka menyibuk setiap kali Abah dan Umi pergi mana-mana iaitu MamaDa dan Poksu. 

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka semua. Program start hari ini tapi tak pasti lah bila habis. Apapun selamat enjoy ya semua. Anak yang jauh nun di Sabah ini sentiasa memerhati dari jauh dan mendoakan yang terbaik untuk kalian. Hati-hati semua. Untuk MamaDa dan Poksu, enjoylah selagi boleh. Kita bagi lah dorang chance kahkah. Jealous sebenarnya haha. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment