 |
Muhammad nak yang ini! |
 |
Yeahhh happynya... |
 |
One with Umi. |
 |
Santainya dia. |
 |
Abah, Muhammad mengantuk. |
 |
Nak tengok lembu, lembu tak ada. |
 |
Sedapnya aiskrim ni Umi. |
 |
Nak try Abah punya pula. |
 |
Abah dan Muhammad ๐ |
 |
Mendukunglah Abahnya, stroller tak bawa kahkah. |
 |
Pagi di Skyville. |
 |
Umi pun nak juga hiks. |
 |
Muhammad takut dengan buah tu. |
 |
Teman Abah solat. |
 |
Nasi arab 100/10. |
 |
Roti cheese 100/10. |
Percutian kali ini di Kundasang telah membuka mata saya bahawa Kundasang bukanlah tempat yang teruk untuk dikunjungi. Ia adalah kerana pertama kali saya ke Kundasang dalam keadaan yang tidak baik. Memeningkan dan sangat teruk. Tapi kali ini saya sangat suka!!! Alhamdulillah. Terima kasih Abah Muhammad bawa kami ke sini walaupun idea ini pada awalnya ditentang olehku. Hiks.
Abah Muhammad sampai saja di Kota Marudu, mandi, makan dan jalan terus ke Kundasang. Sampai tu dalam jam 5 petang, check in dan bersantai dalam bilik. Puas hati lah bilik dia, selesa dan sejuk boleh ditahan lagi. Kecuali air di bilik air bertakung. Alat mandi satu raga bawa tapi tiada aku mandi kahkah. Pagi esoknya dalam jam 10 pagi keluar cari makan di kedai nasi arab.
Memang itu destinasi yang saya nak kunjungi sangat kalau pergi lagi di Kundasang sebab pernah try makan dengan Kak Nurul dan Abe Jani dulu, memang sedap. Jadi kami repeatlah. Lepas itu order roti cheese dan teh o ais lemon. Memang tak mengecewakan. Apa yang kita nampak dalam menu, itu yang kita dapat. Rasa pun memang sedap. Yang roti cheese tu kami tapau lagi satu hihi. Sedap sangat!
Maklumlah tak pernah jumpa cheese tarik kan. Ouu kalau nak tahu kami pelanggan pertama mereka pada hari itu. Layanan pun alhamdulillah mantap. Kalau ada ahli keluarga saya sampai di Sabah satu hari nanti, memang saya recommend try nasi arab dan menu lain di kedai ni. Siap makan, kami terus ke Desa Dairy Farm. Malangnya lupa bawa stroller Muhammad.
Tapi okay juga sebab bukan saya yang kena dukung haha. Itupun selalu cari tempat duduk sebab Abah Muhammad tak larat haha. Kami pergi bergambar, makan sosej, makan aiskrim, minum susu, bersantai dan biarkan Muhammad explore tempat itu sepuas hati. Suka dia dapat jalan ke sana ke mari. Hampir 3 jam kami di sana. Lepas itu sepatutnya singgah tengok alpaca dulu, tapi Muhammad tidur.
Dia yang terpaling penat kahkah. Alhamdulillah sepanjang di sana dia okay sangat tak meragam. Lepas itu kami singgah solat di masjid. Lama sikit dekat sana sebab kami berganti kan. Masa tu mood Muhammad tak berapa nak okay sangat lepas bangun tidur. Jadi lepas siap solat kami nak balik lah. Tapi kena jalan straight dulu sebab tak boleh pusing sembarangan dekat situ.
Sekali pergi straight jumpa hotel dan ruang parking yang sangat besar dekat puncak tu dan ia jalan mati. Kami bersantai dulu dekat situ. Bagi Muhammad melepaskan perasaannya berjalan-jalan. Memang dia memanfaatkannyalah. Lepas itu kami bertolak balik guna jalan Kota Belud sebab jalan Ranau sangat teruk. Tapi Ranau ada burger sedap. Sekian.
Kami sampai Kota Marudu jam 7 lebih, singgah solat dulu dan makan di Macha. Lepas itu terus balik rumah dan rehat. Alhamdulillah itulah sedikit sebanyak pengalaman kami di Kundasang kali ini. Bersyukur sangat sebab dapat menikmatinya setelah trauma dengan Kundasang hihi. Tapi apapun saya rindu nasi arab.
Kota Marudu, Sabah.
Happynya si Umi dia๐ฅฐ
ReplyDelete