Hari ini dari pagi lagi sekolah huru-hara disebabkan oleh kelas 'kesayanganku' 3 Berlian. Setiap minggu, perhimpunan akan dipimpin oleh kelas tertentu mengikut giliran. Dari pengacara, jaga bendera, command, baca doa, baca ikrar dan semuanya akan dilakukan oleh kelas yang bertugas.
Jadi minggu ini adalah giliran 3 Berlian. Awal pagi lagi saya ke kelas dorang untuk pilih siapa yang kena bertugas. Lelaki semua lari bertempiaran taknak. Nasib baiklah Aliza baik hati rela menjadi pengacara. Jadi saya pun turun lah ke perhimpunan. Lengang kejap sebab tak ada yang conduct.
Cikgu Jusip ketua guru disiplin tolong panggilkan budak-budak 3 Berlian untuk keluar ke depan bertugas. Semua bertapuk. Ya Allah guel sebagai guru kelas tersangatlah malu. Perhimpunan yang sepatutnya mula jam 6.50, akhirnya start hampir 20 minit selepas itu. Ramai guru yang merungut sebab panas sudah.
Nama yang dipetik adalah guel seolah-olah guel tidak buat kerja. Apa lagi ketua guru disiplin yang suruh pun tiada dorang bergerak, apatah lagi guel yang begini kahkah. Akhirnya keluar juga lah buat tugas masing-masing setelah dipaksa. Lepas itu semuanya berjalan lancar sehingga habis.
Boleh lagi lepas perhimpunan dorang cakap dekat daku suruh belanja sebab dah buat kerja, hello macam nak keluar anak tekak cikgu-cikgu suruh kau buat itu ini. Bak kata mat saleh, payoh bbaso sungguhlah. Itu saja lah. Terima kasih Kakda sebab sudi membackup ku disaat aku dikecam oleh guru-guru disebabkan kelasku yang tut tut.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment