Muhammad masa Abah konvo umurnya baru 42 hari. Gigihnya Abah dan Umi bawa Muhammad jauh-jauh di Putrajaya demi meraikan sambutan ini. Alhamdulillah Allah permudahkan. Ingat lagi sepanjang perjalanan ke sana dari Kelantan, jarang sekali Muhammad membuka matanya. Asyik tidur saja. Pergi shopping mall pun dia tidur, pergi kedai nasi kandar dia tidur kahkah. Nasib baik ada gambar sebagai bukti Muhammad pernah menjejakkan kaki ke semua tempat itu alhamdulillah.
Sepanjang di tempat Abah Muhammad konvo, Muhammad langsung tak buka mata haha. Tidur saja. Itu sajalah kesimpulan yang saya boleh buat. Tapi semuanya adalah kenangan yang sangat menggembirakan. Bayangkan saya masih di penghujung pantang, pucat-pucat lagi muka kahkah. Tengoklah jubah konvo Abah Muhammad, kedut seribu. Bukan salah saya pun, lepas Abah Muhammad ambil jubah, terus letak dalam kereta sampailah tibanya waktu konvo.
Saya pun tak terfikir nak tanya. Jadi salah saya lah kali sebab tak peka. Tapi okay juga. Tiada pun siapa complain hihi. Tapi jelaslah di mata kakak iparku bahawa aku seorang yang loklak. Konvo saya sendiri, tiada saya pergi. Jadi dapat jugalah ambil pengalaman join tengok konvo yang ini. Ingat lagi saya jumpa youtuber Ajar, Abe Muiz anak Ustazah Hasmawati dan kawan batch arcom saya si Syuhada tapi tiada dia perasan kewujudan saya ketika itu.
Apapun setahun sudah semua ini berlalu. Cepat kan? Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sekarang saya masih di sekolah, jam 2.54 petang. Kawan-kawan yang lain sudah balik. Saya ada tempat lain yang ingin dituju sekejap lagi. Banyak kerja saya yang tertangguh sebenarnya tapi tak tahulah kenapa tiada semangat saya. Padahal exam lepas buka sekolah minggu depan. Kertas exam belum ada bayang lagi. Doakan saya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment