Friday, October 4, 2024

TRYING TO MOVE ON


Saya sekarang sedang memujuk hati untuk menerima keadaan ini seadanya di mana saya terpaksa menggunakan handphone baru disebabkan kerosakan yang dialami oleh handphone yang dulu. Jadi saya buat benda yang saya suka dengan handphone baru iaitu guna wallpaper yang sangat saya suka. Simple tapi cantik sangat! Ia sangatlah taste saya. 

Kalau bab kamera memang lah dia kalah dengan yang dulu, akan tetapi tidak apa juga. Saya ada rancangan juga untuk baiki handphone dulu pada masa depan bila ada duit yang cukup. Sekarang duit itu saya boleh gunakan untuk tujuan lain dahulu memandangkan komitmen saya pun makin banyak. Saya juga mendengar suara majoriti agar membeli yang baru.

Kota Marudu, Sabah.

1 comment: