Saya menyalahkan diri sendiri hundred percent di atas kerosakan hp yang amat disayangi. Memang Muhammad yang tukang baling ke sana ke mari namun salah saya kerana membiarkannya begitu saja. Sekarang rasa trauma. Hmm.
Awal tahun ini saya berhabis hampir RM1300 membaiki hp atas sebab yang sama iaitu rosak screen. Rosak serta merta setelah jatuh di atas batu yang tajam dua hari sebelum fly ke Sabah. Salah saya juga sebab careless.
Kali ini masalah yang sama juga berlaku. Saya anggap ini sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini. Abah Muhammad banyak kali pesan suruh jaga betul-betul jangan bagi Muhammad lempar, namun saya degil tuan puan.
Saya menerima ini dengan hati terbuka dalam kedukaan juga. Setiap pertemuan ada perpisahan. Mungkin itu juga yang bakal berlaku kepada saya dan hp yang saya beli dengan gaji kedua saya. Hanya Allah yang tahu kesedihan saya. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment