Friday, October 11, 2024

TAK KUAT

Assalamu'alaikum WBT. 

Saya sekarang masih di sekolah. Hari Jumaat, 2.43 PM. Tadi lepas kelas saya siapkan rph dan alhamdulillah semuanya all done untuk week 30. Semakin lama saya rasa semakin tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Banyak yang bermain di kepala ini sekarang. Namun ada perut yang perlu diisi dan hati yang perlu dijaga. 

Kadang saya rasa tiada tempat meluah. Saya rasa macam mereka tak akan faham apa yang saya rasakan sekarang. Tapi siapalah saya ini. Ramai lagi yang lebih banyak dan besar masalahnya daripada saya. Apalah sangat yang saya rasakan sekarang. Saya rasa macam sekarang saya lebih banyak memendam. Tapi itulah yang terbaik, mungkin.

Ya saya tahu Allah sebaik-baik tempat meluah. Tapi kadang-kadang saya rasa saya perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati saya yang lama saya pendam. Tapi sebolehnya saya tak mahu membebankan orang lain dengan cerita hidup saya. Mereka pun ada kepayahan dan kerisauan mereka sendiri. Jadi mungkin patut saya teruskan saja begini.

Semalam bawah perut saya sakit sangat dan tak pernah saya rasakan begitu dan ia terjadi ketika saya tunduk untuk mandikan Muhammad sampaikan saya tak boleh berdiri dengan betul. Cepat-cepat saya masuk bilik bawa Muhammad dan pakaikan pampers sambil kesakitan. Saya sempat buat susu dan tutup lampu supaya Muhammad boleh tidur.

Lepas itu saya cuba rilekskan diri dan duduk diam-diam. Alhamdulillah sakit itu semakin hilang. Saya bersyukur sangat sebab Allah permudahkan urusan Muhammad tidur semalam. Dengan keadaannya yang semakin aktif kebelakangan ini alhamdulillah, dan energy nya sangat luar biasa, memang sedikit mencabar lah bagi saya. 

Tapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusan kami. Saya cuba untuk jadi positif seboleh yang mungkin. Lepas saya okay dan Muhammad sudah tidur, saya bangun dan cuci bekas bekal dan botol susu Muhammad, kemas bilik yang tidak berapa kemas disebabkan oleh projek besar Muhammad petang itu, mesin baju dan jemur. 

Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kemudahan yang Kau berikan kepadaku yang kerdil ini. Saya tak patut mengeluh sebenarnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sekarang saya nak cuba buat soalan uasa. Sudah saya listkan tajuk yang akan dimasukkan dalam exam. Doakan saya diberikan kerajinan ya.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment