Gigih ahli Kelab Staf atur suprise untuk puan punya birthday ngam ngam pada hari perhimpunan. Nasib mood puan pun okay alhamdulillah berbeza dengan minggu lepas. Mungkin tahun ini saja yang boleh dilakukan begini sebab tahun depan pada tarikh yang sama iaitu 14 Okt puan akan bersara.
Jadi ahli Kelab Staf mengambil kesempatan untuk menggembirakan hati puan. Tapi memang nampaklah puan terkejut dan terharu dengan suprise ini. Dengan bayaran RM15 seorang, dapat tempah 4 biji kek termasuk kek chocolate indulgence dari SR dan juga nasi ayam berempah Cikgu Faidal.
Memang puas hati lah. Kami makan sama-sama di bilik mesyuarat bersama puan, guru-guru dan akp semua. Rezeki Chlista lah first day lepas habis cuti bersalin terus dapat menikmati parti kahkah. Pagi saya makan nasi bekal dari rumah lauk ayam goreng kunyit dan buah oren.
Jadi tengah hari baru saya makan nasi ayam berempah. Puas hati sangat dengan rasa dan saiz ayam yang besar. Hiks. Saya ada makan kek SR tu satu piece besar juga lah. Kek lain tak sempat makan. Lagipun kek memang tak boleh makan banyak. Kemanisan melanda.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment