Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini genap 8 tahun Along dan Kaklong mendirikan rumahtangga dan alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak-anak yang comel, cerdik, baik dan sihat. Saya rasa macam menua seiring dengan bertambahnya tempoh perkahwinan mereka. Bayangkan dari saya masih di CFS, selepas itu degree di Gombak, habis belajar, kerja dan fasa sekarang.
Begitu juga dengan adik-adikku yang dulunya masih sekolah rendah dan baru masuk sekolah menengah, sekarang seorang hampir habis degree dan habis tingkatan 5. 8 tahun masa yang panjang, dan alhamdulillah terhasilnya 4 orang yang bikin geram haha. Zahratul Iman, Abdurrahman Zakwan, Abdullah Abbas, Abdul Hadi dan semoga berkembang lagi selepas ini in shaa Allah.
Saya tak pernah jemu tulis nama budak-budak ribena ini walaupun panjang sebab saya rasa ia sangat unik. Entah kali keberapa saya bagitahu benda yang sama tapi memang itulah yang saya fikirkan. Malah saya rasa bangga setiap kali sebut nama mereka. Cantik kan? Sepanjang saya tengok mereka membesar, saya banyak belajar sebenarnya. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak.
Saya doakan semoga perkahwinan Along dan Kaklong sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan. Semoga mahligai yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga dengan kebahagiaan. Semoga Along dan Kaklong tak pernah jemu menghasilkan pewaris kahkah. Okay gurau. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan dipermudahkan rezeki yang halal buat mereka.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment