Wednesday, October 9, 2024

HARI BAGI KWAPM & SERAH SLIP EXAM


Sekarang 10.03 pagi, sekejap lagi penyerahan kwapm dan slip exam kepada pelajar. Start dari 8 pagi tadi ada dialog prestasi dari tingkatan 1 hingga 5 disampaikan oleh penyelaras PBD, Cikgu Aveney dan SU Kurikulum, Cikgu Prissla. Ustaz Amran pun ada menyampaikan motivasi dan kata-kata sebagai PK1 mewakili puan pengetua yang pergi bank. 

Ramai pula ibu bapa hari ini ya. Hmm begitulah realitinya kalau ada bagi duit. Memang itu hak mereka tapi dah boleh nampaklah kenapa anak pun jarang datang sekolah. Saya sebenarnya tunggu nak tengok pelajar yang tidak hadir tegar dan berkala, hari ini ada datang tak untuk ambil duit. Biasanya pengalaman saya sebelum ini yang tak pernah datang sekolah tiba-tiba muncul hari bagi duit. 

Begitulah ya. Apapun semoga berjaya semua. Sekarang sangatlah panas di dewan sekolah. Berpeluh macam mandi dah saya sekarang. Tadi saya makan bekal yang saya bawa iaitu nasi, kicap, sayur salad, ayam goreng bestari dan buah oren. Alhamdulillah kenyang. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment