Sunday, September 29, 2024

SUSAHNYA MENGAJAR ORANG YANG TIDAK MINAT

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya setakat ini mengajar murid yang jelas-jelas tidak mahu belajar, jelas-jelas membenci konsep menuntut ilmu, jelas-jelas tiada langsung minat untuk belajar. Hampir sama semua itu, cuma saya ingin ta'kidkan di sini bahawa susahnya untuk mengajar orang yang memang tak mahu belajar. 

Apa yang saya boleh cakap, orang-orang beginilah yang membuatkan kita menjadi hilang minat untuk mengajar. Mood boleh jadi merudum terus bila jumpa pelajar seperti ini. Bila murid tunjukkan muka tak berminat pun kita dah rasa lain macam dan rasa nak give up mengajar kelas itu. Apa lagi kalau kita bagi kertas, dibuang begitu saja. 

Apa yang kita bagi itu macam tiada nilai saja. Belajar macam kena paksa. Pedihnya jumpa murid begini. Kita pun automatik jadi malas mengajar. Memang betul kita kena pelbagaikan cara mengajar. Mungkin menjadikannya lebih menarik, tapi bukan selalu dapat buat begitu. Bukan satu kelas yang diajar, bukan juga satu tingkatan. 

Ada jugalah masanya saya guna cara menarik dan memang murid berminat, tapi bukan selalu juga. Tapi highlight saya di sini adalah sikap mereka yang seolah-olah dipaksa dan belajar itu menjadi beban kepada mereka. Saya pun pernah jadi pelajar di sekolah suatu ketika dahulu, jadi saya faham juga perasaan dipaksa belajar itu.

Tapi budak sekarang yang saya hadapi macam belum ada kesedaran diri tentang diri sendiri. Maksudnya kalau lihat daripada situasi dan keadaan ekonomi keluarga mereka, mereka sepatutnya lebih sedar (diri) dan belajar bersungguh-sungguh namun sekarang yang sebaliknya berlaku. Hidup nak selesa tapi malas dan tak ada usaha langsung.

Pasal adab malas nak cakap lebih-lebih lagi kawasan sini kali yang memang tidak dititikberatkan langsung. Ibu bapa pun macam tidak cakna dengan pembelajaran anak. Pasal cara dibesarkan, saya tidak menyalahkan anak-anak hundred percent sebab saya tahu juga macam mana kehidupan mereka. Agama entah ke mana.

Jadi sebab itulah budak-budak ini saya doakan agar satu hari nanti, akan timbul kesedaran dalam diri mereka. Bukan tiada budak yang bagus, ada. Tapi tidak ramai. Semoga mereka dikurniakan taufik dan hidayah untuk menjadi lebih baik dalam segala hal. Semoga mereka menitikberatkan pelajaran dalam hidup mereka juga dan stabil dunia dan akhirat.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment