Saturday, September 14, 2024

REUNITED WITH ABAH


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini setelah hampir dua bulan Abah dan Muhammad berjauhan, akhirnya mereka bersatu alhamdulillah. Hiks. Saya bersyukur Muhammad tidak mengambil masa yang lama untuk adapt dengan Abah alhamdulillah. Mungkin disebabkan oleh setiap hari Muhammad dan Abah bervideo call sehingga mengabaikan Umi yang saban hari membasuh beraknya, memandikannya, memberinya makan, bermain dengannya dan sebagainya.

Haha takdelah gurau saja. Tapi begitulah Muhammad kalau dengar ada orang call, terus dia cakap, "Abah! Abah!". Suka betul kalau ada call masuk. Ada sekali saya di dapur basuh botol susu dia, tiba-tiba kuat suara dia sebut Abah. Laju-laju saya lari masuk bilik, rupanya Abah dia call. Okaylah anak Abah lah kamu. Bye. Okay sambung cerita hari ini, terima kasih Abah setia menunggu kami di balai ketibaan awal lagi demi menyambut kepulangan yang dinanti tiber.

Kami gerak ke Ayam Gepuk Pak Gembus terus lepas keluar dari airport, tapi malangnya kedai tutup. Jadi kami balik ke rumah Maklang di mana Tokma berada. Maklang masak makanan sedap-sedap, jadi Umi dan Abah dating di dapur sambil diganggu oleh Wildan yang belum biasa dengan orang baru haha. Sambil makan, sambil suap dia juga. Maklang masak singgang daging, daging kicap, ayam pedas dan ada ulam-ulam juga.

Alhamdulillah kami disatukan selepas 86 hari terpisah. Saya pasti ramai juga yang mengalami seperti saya. Ramai senior kulliyyah saya yang berpjj dengan keluarga juga, dengan anak dan tanpa anak. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka semua. Semoga Allah permudahkan urusan mereka untuk disatukan secepat mungkin. Baiklah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Jumpa lagi, bye.

Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment